Wednesday, April 28, 2010

bicara nafsu kabur

baru malam tadi aku berfantasi. oh ya, pernahkah korang berfantasi sambil tersengeh tentang wanita idaman yang korang akan miliki pada masa depan ketika sedang merenung cerek elektrik?

fantasi aku tidak lah sehebat mana. perlu mendaki gunung-ganang dan berenang di lautan api hanya untuk mencari seorang wanita yang diidam-idamkan. dalam perjalanan tu siap ade king kong yang bajet hensem yang berupaya menghalang usaha aku untuk mendapatkan wanita tersebut. tidak sama sekali.

kalau dulu, orang tak pernah kisah siapa yang akan kau ambili untuk menjadi teman hidup. apa yang penting orang tu mesti ade kriteria bersopan-santun(oh ya, perkara yang akan terjadi di ranjang tidak diambil kira dalam kes ini), pandai hormati suami, taat pada agama dan paling penting pandai ambil hati ibu bapa. kalau perempuan tu ade kriteria sebegini rupa, konfem dah boleh buat bini.

erm tapi ini kisah dulu.

tapi ini la klise artis-artis malaysia jika ditemuramah mengenai siapa yang akan dijadikan teman hidup. hipokrit. padahal masing-masing sibuk berparti liar di sana-sini. sibuk ingin mendedahkan dada yang berjerawat sambil mengenakan off-shoulder tops yang akan menampakkan lagi kesan suntikan BCG di zaman sekolah dulu-dulu. tapi bila ditanya mengenai calon hidup, susunan ayat memang memainkan peranan penting. itu hak masing-masing.

semuanya mungkin berbeza kini.

aku juga pernah terfikir mengenai hal ini dan mendapati aku punyai citarasa pelik terhadap wanita idaman aku.

1. seorang wartawan. ini penting. aku mempunyai impian untuk memliki sebuah kedai urut. jadi, mungkin kerja-kerja promosi akan menjadi lebih mudah. tapi, wartawan hiburan mmg aku bungkus siap-siap. aku sendiri pun sudah begini rupa. berkahwin pula dengan wanita sebegini, sentiasa sibok dengan gosip picisan yang tidak memberi faedah. sah-sah akan bersama di neraka juga di tingkat yang sama.

2. wanita yang mempunyai minat mendalam terhadap alam sekitar dan haiwan. ini penting. korang juga tahu betapa jarangnya aku bersama channel animal planet dan betapa seramnya aku dengan haiwan, serangga, etc diluar sana.

3. kini aku belum lagi terdesak, jadi paras rupa, ukuran badan, etc mungkin diambil kira.

topik ini sebenarnya terlalu subjektif (wah aku gune ayat ko sam) untuk dibincangkan. sebenarnya, tidak perlu untuk menaip entri sebegini panjang untuk menafikan seseorang itu gay, lesbo, etc. tapi aku akan tulis, jika aku mahu. hehe..

oh ya, tahniah kepada shiro, fahmi n carrot kerana terpilih untuk ke france. aku tengok korang ni pon aku da tahu, mungkin korang memang sama power dengan nur amalina 17A1. yang lain nye cuma korang belum masuk iklan pensel peperiksaan dan pati ayam brands je lagi.

Saturday, April 24, 2010

random





ade 4 poster nike SB yang cun giler. so, selamat mengundi buat penduduk-penduduk yang berkenaan.(oh ya. hulu selangor dikecualikan)

--------------------------------------------------------------------------------

muar-shah alam-damansara-ipoh-tronoh-damansara-kajang-muar. haha, konklusi seperti rantai makanan ini memang tak lengkap. tidak menceritakan segala-galanya.

kini aku masih menunggu tawaran. tapi, hari ke hari masih sama. dunia juga masih begini. korea utara dgn nuklearnya, israel dengan palestin nya,dan amerika dengan iran nya. tapi, belum cukup untuk menginsafkan alif, seorang lelaki yang optimistik, tidak mempunyai waris, dan yang ada hanyalah katalog koleksi video skodeng dari dulu hingga kini.

pintu kereta ditutup rapat. radio di tiun hingga lagu Lex dendangan Ratatat kedengaran. siap sedia untuk journey yang panjang. untuk seminggu yang lepas, aku telah menghabiskan masa di damansara saja, haha, lihat satu jeans zara dah menjadi milik aku.

kelmarin juga aku bercuti di utp, sebuah universiti yang cantik, menarik, ade 8 tasik dan bukan untuk budak-budak yang bercita-cita untuk membuka syarikat produksi filem porno yang pertama di malaysia. bukan. sebab, utp ini hanya memberi peluang untuk pelajar engineering saje. mak ai, dua hari di utp, ini saja yang aku tahu pasal utp. -abaikan-

*qamar, maza, botak, azri, mad, naufal, ipin, ari, afiq azimi, dan ramai lagi budak saser yang ada kat utp hari tu, thanks a lot, tanpa korang educamp is nothing. haha.

Saturday, April 10, 2010

negatif

situasi berikut boleh terjadi di mana-mana. tetapi aku sering terfikir untuk memanipulasikannya secara tersirat sehingga ia menjadi sesuatu yang negatif.

just read this.

"assalamualaikum adik!"

"waalaikumsalam."
(tersirat: "ape kejadahnya abang ni call petang-petang ni, dah la tak kenal.")

"tahniah! adik telah disenarai pendek untuk mengikuti petronas eduquest camp."
(tersirat: "nasib baik aku keje telefon orang je, kalau tak, memang aku tak pilih ko pun")

"owh abang ni serius ke?owh ok," (tersirat: "apasal suara abang ni hepi gile, ingat aku nak pergi sangat ke kem tu.")

"yup, adik kene mendaftar di utp pada 15/4 pukul 8 pagi," (tersirat: "kau memang menyusahkan aku pun. bazir je bagi makan minum dengan hostel free kat orang mcm ko ni")

it's not over yet.

"huyo! jauh tu. transport kene sendiri ke abang?" (tersirat: "alang-alang dah shortlisted kan nama aku, sediakan transport sekali r,")

"owh kami tidak menyediakan transport, tapi adik boleh rujuk website kami untuk keterangan lanjut," (tersirat: "eh budak ni, dah la makan minum orang bagi free kt sini, transport pun nk orang sediakan jugak, ni da lebih ni,")

few minutes later, things still happen that way.

"owh saya akan berada disana untuk dua hari ke bang?," (tersirat: "alang-alang nak kasi makan minum free tu, kasi la duduk lama-lama sikit kt utp tu,")

"ye dik, dua hari je, tak lama pun dik," (tersirat: "nak simpan ko lama-lama kt utp buat ape?habiskan beras je!")

let's just end it there. (tersirat: malas nak tulis :P)

why am i crapping with all this stuff???
haha aku da lama tak update blog ni. segala dialog tersirat di atas hanyalah imaginasi aku semata-mata.
Powered By Blogger