Tuesday, March 30, 2010

scholar

14/4/2010

larkin, johor bahru

interview mara

mood : cuak sial

*currently into cry by james blunt

Friday, March 19, 2010

cerita untuk tegan&sara

hari isnin minggu hadapan merupakan hari yang istimewa. hari dimana aku mengambil ujian permainan jpj yang telah lama aku idamkan. jadi aktiviti menonton video terhangat melayu di halaman melayuboleh memanglah suatu idea yang kurang bernas di saat genting begini.

haha, aku tahu mungkin anak-anak remaja di kawasan kundang hulu lebih arif mengenai kepupusan laman web seperti itu, jadi sah-sah aku ketinggalan zaman. tiada kena-mengena dengan tegan&sara.

jam analog bagaikan statik pada minggu lepas. suatu minggu-yang-amat-hectic. sejarah membuktikan bahawa aku telah merangka satu strategi yang tidak islamik bagi memilih course terbaik untuk permohonan biasiswa. ya tuan-tuan, biasiswa!yang selalu digunakan oleh anak melayu untuk membeli gajet-gajet teknologi terkini yang kelihatan sangat kool dimata penduduk kampung pisang.

strateginya mudah. pemadam adik aku yang dipotong seperti cube atau lebih senang kita panggil dadu. kemudian ditulis pula kursus-kursus yang aku minat dengan menggunakan kod tertentu. setelah diundi selama tiga kali, yeah hasilnya, aku memilih kejuruteraan jerman. pernah juga aku membuat search di ejen pencarian google mengenai kursus ini, tetapi pelik. bagaikan suatu kebetulan apabila keputusannya merujuk kepada 'sasha gray and jenna jameson tour on germany'?!. what the...

secara jujurnya, aku tidak mengharapkan apa-apa untuk biasiswa ni. apa yang aku harapkan ialah aku dapat mendengar lagu dendangan tegan&sara setiap hari. owh ya, alangkah baiknya jika aku dapat ke putrajaya esok hari. barangkali boleh juga aku menyaksikan pro skater europe (rujuk skatemalaysia.com) beraksi di malaysia, tanah tumpahnya darahku.

Tuesday, March 9, 2010

siar-siar

11 mac
(foto-ihsan ifwat)

huyo! penat gila. aku baru balik dari johor bahru. pergi johor tu pun memang tak terancang, aku bangun je tido adik aku dengan kaisan dah tunggu untuk aku bersiap, then terus travel jb. pergi jb pun semata-mata nak buat ramai kat johor close skate comp. overall, comp tu memang happening gila. ada punk skaters la, joey, boy jb, wan extra dan ramai lagi skater johor yang lain. plus, comp tu diadakan di legaran segget/bazaar jb, fuh memang crowded.

sebelum tu, kami sempat untuk ke danga bay. memang best skate kat situ. dapat la jugak berkenalan dengan skaters dari singapore-haha danial n khalid best wei skate dengan korang!!nnt aku add korang kat fb tu.

next, aku tak nak ulas sangat pasal result spm. saser sudah dapat terbaik se-malaya tu kira puas hati gilebabi ah. tahniah kepada guru-guru dan raksaser!! haha, pasni jom ramai-ramai buat semak kat online application untuk biasiswa tu.


(sedikit gambar-gambar di batu pahat
)

to din, thanks a lot for the trip!!





*susah betul nak dapat duit dari orang

Monday, March 8, 2010

episod 11 mac

ok. entry kali ini bermula dengan episod mak ani mencari kucing putihnya di tengah-tengah tasik titiwangsa, dan cerita bersambung apabila ade sepasang couple cina bercumbu di stesen LRT hang tuah dua bulan yang lalu, sehinggalah aku baru sahaja memperoleh sepasang kasut nike sb hari ini, kini aku sedar masa berlalu begitu cepat. mmg benar, time wait for no men.

kalau dulu heboh pasal nak tunggu 18 november, tapi hari ni, lagi kecoh pasal nak tunggu 11 mac.

"lek eleh, relaks la brader, result spm je, ni ha moto ni, kan boleh menjamin masa depan ko jugak", kata brader rempit yang tersangat 'cool' kepada arman yang baru je lepas lulus test jpj.

memang btol, spm je kot, haha, it's not the end of the world babe!tapi tu kata brader-brader shuffler yang dah pon lame abes spm. bagaimana dengan aku? seorang yang masih tak tau nak decide cita-cita sendiri.

atau lebih terang, tak tau ape course yang akan diambil untuk menyambung pengajianku di ipta/ipts yang selalunya dipandang tinggi oleh mak jah, seorang janda meletop yang mempunyai sebuah gerai goreng pisang di hujong kampung pisang.

kemudian episod cerita ini akan disambung, bermula dengan detik aku berjalan kaki dengan berbaju melayu pada 11 mac, 10.45 pagi. menuju ke stesen bas. then naik bas hingga ke seremban, kemudian naik teksi untuk ke saser. selepas itu, cerita akan terhenti, kerana aku pon tak tahu apa yang akan keluar pada slip keputusan nanti.

kemudian bermula pula episod berjumpa guru dan rakan-rakan seperjuangan, bergelak ketawa hanya sekadar untuk melupakan kekecewaan. selepas itu, balik ke rumah, campak baju melayu dalam washing machine kemudian dok la mengadap fesbook, twitter, maispace, etc. di situ sudah pastinya terdapat status rakan yang gembira dan ada yang 'redha sajalah'.

so, bagi rakan-rakan saser, marilah berbaju melayu pada khamis nanti (ni je mesej yang aku nk sampaikan sebenarnye)

Thursday, March 4, 2010

demo LtdL

yaww!!esok le tour de langkawi akan start kat muar beb!!!haha so aku dan rakan-rakan lain mewakili rakan muda muar akan buat demonstrasi. so mane-mane awek-awek, amoi-amoi, keling or bangla-bangla, mat rempit(yang ade RXZ ekzos biru je haha), posmen-posmen meh ramai-ramai pegi dataran tg.emas and gelakkan aku sk8..haha ok habis untuk intro.

sepertimana yang diketahui, result akan kuar khamis depan. spe yang x risau bai!. aku tau, lepas ni mesti kecoh pasal status di fesbook, twitter, myspace, tagged, friendster ke. 'yes aku dpt str8 a', 'alhamdulillah mission accomplished', 'yeah aku berjaya', 'yes lepas ni boleh kawin ank mak jah hujong kampong', 'lepas ni nk study oversea' dan sebagainye semata-mata utk luahkan perasaan puas hati korang kat rakan-rakan.

so sape2 yang rase nk mati ke, menggigil ke, rase nk meletop ke, cepat-cepat la buat benda yang korang suke. kalau yang suke porn, mengadap la porn tu sampai mati. kalau yang suke makan, makan la sampai K.O.

kalau yang suke skateboard, skate la sampai tendon kt kaki tu koyak. kalau suke bolasepak, main la bola tu sampai patah kaki. tp kalau mcm sipot, suke t*t*k, ahha itu aku pon tak tahu la pot, haha.

akhir kata, sape yang sudi sponsor aku sepasang kasut fallen forte, ha jumpe la aku kt saser khamis nnt. tp ni pon aku tgh pikir nk dtg ke tak.
Powered By Blogger