Friday, November 23, 2012

we are accidents waiting to happen


kemunculan hero 'mee bandung muar'. ayuh!


dulu masa gua kecik-kecik, gua tak pernah percaya yang pelajaran boleh menjamin masa depan, jadi gua pernah tanam cita-cita nak jadi pro skater. dari bawah sampai ke atas semuanya orang sponsor.

serius heaven. tiap-tiap hari buat benda yang gua suka. tapi cita-cita gua semakin kabur bila gua masuk sekolah menengah.

masa tu gua baru tahu yang gua bukan jenis 'super-human' yang boleh fokus banyak benda. so gua terus dengan cita-cita gua yang lain untuk jadi jurutera. gua ingat lagi masa kecik-kecik nak pergi sekolah, setiap pagi gua akan sarapan.

sambil-sambil mak gua hidangkan sarapan, dia akan cakap 'sila makan bakal engineer'. aduh, punya sweet mak gua walaupun masa tu gua tak paham pun apa dia cakap.

jadi gua pun tekad untuk terus maju dalam pelajaran. tapi gua kalau belajar memang tak pernah serius pun dari dulu. sampai satu tahap gua tak tahu ape tujuan gua belajar calculus yang siap ada double integral bagai. cis.

tapi gua macam biasa, waktu tak ok gua ok, waktu ok pun gua ok.


Saturday, October 27, 2012

i might be wrong


berikut merupakan 10 fakta yang perlu kita renungi bersama-sama, yelah sementara kita semua ni ada free time nak baca benda-benda macam ni, yedok?

mari mulakan!

1. okay sekarang dah nak masuk 2 bulan dah belajar kat ump. tapi life dah sebijik macam kat gmi. keadaan bertambah buruk bila kampus yang gua duduki ini terletak jauh ceruk nun sana. cis ayat pun dah tak betul dah.

2. buat pengetahuan semua, gua ada kelas german setiap hari pukul 8 pagi. aduh punya azab. gua dah berazam untuk tidak ponteng pun tahun ni. tapi tulah, tak nak ponteng pun last-last gua ter-ponteng jugak.

3. gua ada sorang lecturer german dari ukraine. disebabkan kat sini byk cuti dengan event makan-makan, lantas beliau menamakan malaysia sebagai negara 'makan-makan'.

4. haritu ada pilihanraya kampus. nak cerita gua punya sikap yang tak 'up-to-date' kat kampus tu, gua main undi je awek yang agak-agak cun. dah macam nak pilih gula kapas dah.

5. ok tak habis lagi cerita pasal gadis-gadis. kat sini feh, ramai gila awek muslimah. adoi perlu ke aku terangkan lebih lanjut lagi? lupakan.

6. kelas yang paling gua blur sampai sekarang ialah kelas engineering material. padahal gua belajar dalam english ni, paham nye idok gak.

7. harga teh o ais kat sini still ada yang rm 0.80. waktu first time beli, gua siap suruh brader tu ulang suara 2 kali atas sebab ragu-ragu.

8. mengikut khabar angin, gua dikatakan akan menduduki exam testdaf tahun depan. haha. gua macam dah boleh nampak dah masa depan gua mcm mana. yelah bab belajar bahasa ni memang gua slow banyak.

9. aktiviti paling best kat sini ape lagi kalau bukan futsal disertakan dengan game bola PES 2013 sebagai aktiviti 'cool down'. pantang ada masa free, terus satu rumah turun main futsal.

10. beautiful family, beautiful friends. subhanallah, what more could I ask for? thank you, Allah.

gambar ala-ala cover album backstreet boys, amacam?



Tuesday, August 28, 2012

raya 2012


tidak mengecewakan. cuma bila umur dah jejak puluh-puluh-an ni nak main bunga api pun kene sorok-sorok. makan pun tak boleh comot-comot lagi dah. cis.

kalaulah masa aku budak (tak kisah la puasa cukup ke tak) dulu memang meriah. boleh main bunga api secara terang-terangan. makan ketupat dengan kuah kacang pun boleh comot-comot.


ini gambar kami 4 beradik. ketahuilah senyuman bukan dibuat-buat malah cukup meyakinkan ini bukan untuk dijaja. cuma jangan ditanya puasa kami cukup atau tak. raya tetap raya.


haha biasalah, bila sudah lama tak berjumpa gambar tipikal lompat-lompat mesti ada. cuma bezanya kami tak perlu lompat banyak kali. haha.


Saturday, July 21, 2012

don't act like i never told ya



mari perbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini.

salam ramadan dari kami sekeluarga.

Monday, July 16, 2012

courage is the absence of fear


-if howard schultz gave up after being turned down by bank 242 times, there would be no starbucks today.

-if j.k rowling stopped after being turned down by multiple publisher for years, there would be no harry potter.

-if walt disney quit too soon after his theme park concept was trashed 302 times, there would be no disneyland.

so guys just don't give up and do your best for testdaf.


Friday, July 13, 2012

bermalas-malasan


semenjak dua menjak ni gua dah selalu sangat kene tipu dengan cuaca. cis. cuaca selalu redup je macam waktu pagi. kalau gua bangun kul 8 tu memang betul lah sebab gua tengok jam pun pukul 8. tapi kalau gua bangun pukul 12 pun gua rasa macam pukul 8.

siap excited bangun nak sarapan lepas tu nak jogging. sekali tengok jam dah pukul 12 tengah hari. cilake.

baru tadi aku chat dengan brader po. aku bukan apa, cuma macam down sikitlah tengok kawan-kawan lain tak dapat tawaran masuk uni. so aku cakap baik-baik kat brader po. insyaAllah banyak lagi peluang kalau nak sambung belajar. second intake ada lagi. ipts ada lagi. rayuan pun boleh try lagi. mohon terus ke uni pun boleh lagi.

never give up guys. because if you give up too soon, you'll never know what you'll be missing!so just keep going.

aku cakap ni untuk ingatkan diri aku juga. sebab kadang-kadang quotes macam ni boleh melegakan aku bila aku betul-betul down. just melegakan lah. takdelah tiba-tiba terus bangkit berjaya nya.

so guys, whatever you do always give it 100% unless you donating blood.

Thursday, June 28, 2012

fratelli d'italia


dulu aku pernah tengok macam-macam aznil kat astro ria. pastu ada sorang mamat cina ni dia pandai nyanyi semua national anthem dari negara lain. sumpah style. even aku pun jadi jakun jap tengok dia. dan-dan dalam hati aku cakap "eleh aku pun boleh buat".

nak cerita aku punya takde kerja sepanjang cuti ni. ha, aku dah boleh nyanyi national anthem itali dgn perancis. setiap kali ada match euro kat astro melibatkan 2 pasukan ni, aku dah standby dah depan tv just nak ikut diorg nyanyi sama-sama. kes ni kalau aku tengok bola sorang-sorang la. takde kat mamak aku selamba nak bantai nyanyi nye.

sebut pasal euro ni aku tak sokong mana-mana team lah. harimau malaya tetap harimau malaya. haha semangat betul. apa pun aku minat cara spain dengan itali main.

kalau spain main, memang diorg main passing bola sampai mampus lah jawabnya. tapi betul lah tu. yelah kalau dah ada 11 orang kat atas padang tu nak expact apa? so kene lah rajin main pass bola kat teammate yedak. ok habis cerita bola.

baru-baru ni gak, aku dapat tahu yang ibu kepada anas dan ibu kepada akem dah meninggal dunia. kepada anas dan akem, takziah aku ucapkan. dua-dua kawan masa kat saser dulu. kalau anas tu memang aku baca setiap perkembangan pasal  mak dia kat blog dia. sedih, aku tak tipu.

tu bahagian diorang. bahagian aku, aku tak tahu lah macam mana. cuma lambat atau cepat semua akan pergi juga.

Saturday, June 16, 2012

hadiah hari jadi



nyjah, why you are so great at skating?


20 tahun mengenal dunia


kepada semua pembaca, alhamdulillah masuk hari ini dah 20 tahun dah aku belajar mengenal dunia.

alhamdulillah, Allah masih beri lagi aku peluang untuk terus mengenal Allah, kenal dunia, kenal diri sendiri, kenal ibu bapa, kenal adik beradik, kenal kawan-kawan, kenal semua lah senang cerita.

kalau nak ikutkan, 20 tahun tu memang dah cukup dah nak kenal semua ni. tapi disebabkan aku ni manusia biasa, aku selalu pentingkan benda yang tak penting. jadi tu yang buat masa selalu tak cukup. kalau nak bukak balik apa yang aku dah buat sepanjang cuti ni memang segan beb. macam-macam salah dah aku buat.

solat masih selalu lewat. kalau boleh dah nak hujung waktu baru lah nak berwuduk. nak tolong ibu pun malas. macam selalu ada benda bisik macam ni, "yat kite rilek dulu yat, nanti-nanti kau tolong lah mak kau tu, kau tengok bola ni dulu, lepas ni nak gol kot". lebih kurang macam tu r. padahal kat rumah dah install PVR ni.

ibu, ayah, ayat selalu nak jadi budak baik, tapi tulah susah betul nak dengar kata.

kepada kawan-kawan, aku nak ucap terima kasih, dengan adanya korang, hidup aku gembira kot. aku sengaja je sorok birthday alert kat fb tuh. haha bukan nak bajet hot, bukan nak uji korang ingat ke tak birthday aku ke apa. sebabnya birthday korang pun aku tak pernah nak wish. haha. tapi sebenarnya aku sendiri pun jenis tak kisah.

apa-apa hal pun, cuti ni biar kita kasi layan euro dgn durian dulu!


Saturday, June 2, 2012

YNWA #3


-'Liverpool appoint Rodgers'

untuk sesi YNWA kali ni, gua nak ucap tahniah kat brader rodgers ni. tadi aku baca komen-komen kat eurosport ada yang cakap "queen rogers 'the average joe' manager of loserfool". haha. macam betul gak tuh.

sebab masa nak cari manager baru bukan main heboh lagi. gua siap dah bayangkan guardiola, rafa benitez ke, guus hiddink ke. last-last, diorang appoint rodgers je. tapi apa-apa hal pun gua rasa macam terlalu awal nak cakap macam tu. sebab tengok swansea main season lepas memang best broo.

jadi, gua harap kali ni biar player yang best-best je main kat anfield. tu rembat iker muniain, adrian lopez kasi bawak masuk anfield la satu kali. adoi APTB (ape pun tak boleh) la.


Wednesday, May 30, 2012

suddenly summer


salam.

fuh bila baca tajuk gua macam dah ada kat jerman, tapi kat malaysia je sebenarnya, tiap-tiap hari 'summer'.

hari ni gua macam nak update status lah. sampai sekarang gua tak tahu kenapa gua takut nak update status kat fb, padahal kat wall sendiri kot. tu salah satu tabiat pelik gua la.

ok berikut merupakan status gua :

'okay aku dah dapat offer dari uni malaysia pahang, hapelagi suruh sambung belajar la tuh'

ok dah.

sebenarnya gua rasa bersyukur sangat lah. sebab gua mohon satu ni je uni untuk sambung belajar. uni yang lain semua gua dah terlepas dateline. alhamdulillah dapat. ni gua kasi satu lagu untuk korang.



Saturday, May 26, 2012

daydreaming


ok hari tu gua baru je upload lagu kegemaran gua. jadi, seiring dengan rentak lagu radiohead yang semakin rancak tu tetiba gua rasa macam nak berangan. kali ni tanpa gangguan nyamuk, gua ingat gua nak senaraikan angan-angan gua siap detail sekali lah senang cerita.

- anfield, liverpool
orait, ni bukan nak tunjuk gua gelabah sangat dengan bola sepak EPL la. bukan apa, stadium bukit jalil gua dah pergi, stadium jcorp (home of johor fc) pun dah pernah tengok. jadi teringin gak lah nak tengok bola secara live kat anfield ni. sebab mana taknya aku tengok dalam tv pun dah terlompat-lompat teruja dengan diorang punya chants semua. selama ni tengok bola kat malaysia byk bunyi 'vuvuzela' je. kene join ultras baru ada chants. letih bai.

- porsche 911
cekik darah. kereta idaman macam ni memang selalu ada dalam mimpi gua. walaupun gua tahu yang gua akan end up dengan proton savvy nanti. tapi gua memang minat habis. senang cerita kalau sebelah ada gambar jessica ennis pastu sebelah lagi ada gambar 911 ni, gua rasa gua tolak gambar jessica ennis guna jari kelenking je. selamba habis.

-street league, USA
korang cakap je pro skater mana yang korang minat, korang boleh tengok diorang main kat sini. walaupun dalam comp, tapi gua tengok diorang main dah macam dalam games dah. aku yang pernah masuk comp aku tahu lah die punya nervous mcm mana. adrenalin. gigil lutut beb. tapi mat saleh semua ni power habis.

-beach wedding (PD pun boleh la)
ok aku serius ni. walaupun gua macam tahu yang gua akan kahwin lambat lagi. tapi gua dah plan macam-macam. nak pakai costume hang tuah lah, nak pakai capal lah, nak naik kuda lah, nak potong kek guna keris lah. pendek kata semua dah ada dalam kepala. maaflah gua teruja plak guna word 'lah'. yang penting nanti kita semua makan bersila ok!

-around the world in 100 days
yang ni gua dah tekad dah. gua macam teringin nak buat rekod tak tentu pasal. macam selalu yang korang tengok kat tv. ok aku bagi contoh 'ekspidisi bermotor ke tanah suci', 'berenang menyeberangi selat inggeris', 'mengurus kan badan dalam masa 3 hari'. tapi gua just nak keliling dunia sambil menggunakan public transport. je.

Saturday, May 19, 2012

Tuesday, May 15, 2012

perutusan hari guru


jadi hari ni gua ingat gua nak buat perutusan hari guru sikit la. yelah bukan apa, selalu kita dok dengar perutusan daripada menteri pelajaran je masa hari guru. bosan. so, gua ingat baik gua bikin perutusan gua sendiri.

perutusan gua ni bukan jenis yang serius-serius la. saja je nak dok ingat balik perihal gua semasa zaman persekolahan. untuk yang tak tahu, gua dapat first education kat tadika islam sungai abong, muar. baru tadi gua ingat nama cikgu gua, tapi sekarang dah lupa pulak. cis jilaka.

masa ni gua tak la nakal sangat. banyak nangis je ada la. tapi gua ingat gua ada masuk satu acara sukaneka ni. acara makan pisang. berlari mcm nk mampus, pastu sampai satu checkpoint kene makan pisang. sape dapat makan paling banyak akan menjadi juara. gua bukan nak kata ape la kan, hakikatnya gua kalah. damn gua makan pisang siap nak termuntah kot time tu. member gua pulak boleh selamba makan tak ingat dunia tanpa gangguan nyamuk. cis.

lepas tu, gua masuk pra-sekolah dekat s.k. air hitam batu 15. masa ni gua berlagak la sikit. yelah sebab gua dah ada pengalaman masuk tadika dulu. so, dah tak nangis-nangis lagi dah. masa ni gua nakal la gak. walaupun gua ada back-up besar iaitu ayah gua yang merupakan cikgu kat situ, tapi gua rasa tak cukup. gua tetap kene marah dengan cikgu md.sam. gua ingat lagi masa tu gua suka keluar sekolah lalu pintu belakang senyap-senyap. konon nak explore kampung-kampung kat belakang sekolah tu lah.

sekali gua balik, tengok-tengok cikgu md.sam dah tunggu kat pintu belakang. hapelagi, kene tengking kaw-kaw punya. masa pra-sekolah ni banyak benda gua dah main. pendek kata semua permainan dalam video my generation gua dah pernah tapau. setiap kali balik sekolah, baju sekolah mesti kotor punya. confem.

lepas tu, gua naik darjah satu. so, dari darjah 1 sampai darjah 6 gua still sekolah sama. still ada back-up besar. gua sorang je boleh rambut panjang. boleh datang lambat. boleh tak pakai name tag sekolah. macam-macam lagi lah. seingat gua masa ni kepala gua ingat nak main je. tak pernah terfikir pun nak tulis surat-surat cinta ni apatah lagi nak study. dulu cikgu paling gua angker cikgu faridah dengan cikgu aminah. feh sekali dia rotan dengan pembaris kayu berbekas jugak lah.

apa-apa hal pun, rotan yang berbirat tulah yang sebenarnya education. terima kasih cikgu!

so, lepas UPSR, gua pindah sekolah tinggi muar. waktu form 1 sampai form 3 pakcik gua hantar pergi sekolah. masa ni, kalau lambat sikit je datang sekolah alamatnya duduk kat depan dewan lah kau. waktu ni gua memang nerd baik la. tak banyak buat hal. depan cikgu sopan je. setakat ponteng perhimpunan tu berani lah gua buat. cuma gua angker sikitlah dengan cikgu azman dan cikgu zainal (katik).

diorg kalau cubit, mak ai, sakit gila beb. tak apelah, nama pun nak bagi education kan. terima kasih cikgu!

so, lepas PMR, gua pindah lagi ke sekolah sains seremban. masa dekat sekolah ni gua banyak discover pasal diri gua. dapat result teruk pun gua gagahkan jugak untuk tamatkan persekolahan gua kat sini. yang paling kenal gua, gua rasa budak kelas gua la. depan cikgu macam biasa, gua nampak baik. tapi kat belakang bukan main aktif aku main kutuk-kutuk orang. sori bukan aku tapi gua.

kat sini gua belajar macam-macam daripada cikgu-cikgu gua. belajar bersabar ketika nak makan dan minum. korang tahu lah, nasi kawah dengan air kosong yang menggelegak panas. then, kene tengking semasa inspection. belajar menjadi aktif. kat sini pertandingan basketball ke, kriket ke, ragbi ke, kawad kaki ke semua gua try masuk.

dan yang paling gua ingat, setiap kali habis kelas kiteorg kene cakap panjang sikit :

terima kasih cikgu
maafkan kami cikgu
halalkan ilmu cikgu
doakan kami cikgu
(ikut subjek) A1 cikgu.

jadi saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru diseluruh negara.

Monday, April 23, 2012

if


okay this is from the heart,
frankly,
if i could discipline myself,
i will spend most of my time at the mosque.

but what if the 'time' suddenly ends for me?
everybody know that i will regret for not having more time for 'masjid'.


Saturday, April 14, 2012

YNWA #2


roses are reds, violets are blue
everton 1 liverpool 2!

it's not about returning to wembley in a short period of time

it's not about heading for the double titles

it's not about losing or winning in the final

but it's about winning the derby match.

yelah, kau bayangkan kalau kau duduk kat merseyside. kau minat liverpool, yang jiran sebelah rumah kau minat everton, tak ke banyak point nak naik kan marah jiran kau. haha.

congrates to the team!

eh haha salah team pulak.

ok yang ni baru betul.


Wednesday, April 11, 2012

YNWA


When you walk through a storm
Hold your head up high,
And don't be afraid of the dark,
At the end of a storm,
There's a golden sky,
And the sweet silver song of a lark,
Walk on through the wind,
Walk on through the rain,
Though your dreams be tossed and blown,
Walk on, walk on, with hope in your heart,

And you'll never walk alone,
You'll never walk alone,
Walk on, walk on, with hope in your heart,
And you'll never walk alone,
You'll never walk alone...

goodluck to liverpool for the upcoming merseyside clash.


Thursday, April 5, 2012

bayangkan kau sanggup ke penang hanya untuk makan nasi kandar


hari ni saja aku nak guna 'gua'. sajalah kasi nampak macam brader-brader sikit.

orait lepas dah dok cerita pasal aktiviti harian gua hari tu, so hari ni gua ingat gua nak buat flashback lah sikit. yelah bukan apa, baru tadi gua duk belek-belek laptop gua tetiba gua perasan satu benda. punyalah banyak gambar-gambar gua masa kat college dulu yang memang gua tak pernah upload kat mana-mana pun.

jadi untuk mengelakkan masa daripada terbuang dengan jayanya, so gua dah plan nak buat satu post pasal trip gua bersama roomate gua ke penang.

tema dan persoalannya mudah.

kami berlima terasa ingin menambah baik pengetahuan kami mengenai malaysia dengan lebih lanjut. maka kami terus pergi ke pulau pinang.

namun jalan ceritanya tak berapa nak mudah sebenarnya. cis, baru 4 jam dalam kereta kau dah mengeluh ya?

baiklah mari kita terus melihat gambar-gambarnya.


orait, kita mulakan dengan gambar encik wafiy bersama nasi kandaq-nya. lihat, betapa menggunung nya nasi beliau. disini gua nak nasihatkan korang supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan ketinggian gunung nasi itu. apakata korang cek dulu harga dia.

ok, lepas dah kenyang kami lepak-lepak jap cerita pasal masa depan. tiba-tiba bunyi wisel kedengaran!ha, tu semua kerja brader m.u. ni. dia port baik duduk kat depan sinki semata-mata nak tiup wisel then tanya "line clear?". yang ni gua nasihatkan layan je la brader ni. jawab je lah "line clear!".

baiklah gambar seterusnya. disebalik poket yang sudah kering, ketahuilah keceriaan yang terpancar pada muka brader po dan wafiy ini bukanlah dibuat-buat.

amacam? masih mahu nafikan bahawa gua rindu lecturer chemistry gua? kini tidak lagi. haha. kau bayangkan tengah gua berseronok berjalan-jalan dekat georgtown, tetiba gua jumpa ini. hapalagi, kasi snap satu kali la.

ini gambar gua di hadapan hotel penginapan. bilik dia mak ai punyalah kecik. apapun, gua selesa tidur kat hotel ni. tapi gua sengaja tak nak tanya 4 kawan gua yang lain keesokan harinya.

kalau gambar sebelum ni diorang senyum. kini tidak lagi. barangkali lapar agaknya. ketahuilah juga bahawa keseriusan pada riak wajah brader ini pun bukanlah dibuat-buat. disini gua ada nak bagi satu nasihat. untuk yang ada masalah makan awal, korang jangan risau. standby duit, terus je datang kedai ni.

Thursday, March 29, 2012

what an end


orait, lepas dah habis usha kawan-kawan aku menangis tempoh hari kat airport, dan dan tu aku termenung. aku pandang wafiy, wafiy pandang aku. lantas aku cakap kat wafiy,

"rilek la bro, next year turn kau pulak. agak-agak kalau next year ada dalam 80++ yang fly, mau lagi happening klia ni."

"tu lah dia.", balas wafiy sambil mengesat air mata.

dah lama aku satu bilik dengan si wafiy ni, baru hari tu aku tengok dia betul-betul sedih. ok, habis cerita pasal wafiy.

......

untuk yang belum tahu, aku sekarang sedang menikmati cuti selama 6 bulan. ah, aku bukan tak tahu, mesti korang teringin nak tanya soalan begini, "weh yat, kau tak bosan ke cuti lama-lama?"

so biasanya aku akan jawab,"tak. come on lah guys, nikmat ni kot."

itulah, aku bukan nak cakap apa cuma mungkin ada sebab Tuhan bagi aku cuti panjang-panjang macam ni. aku dah tak nak merungut lagi dah. (haha telan air liur gak aku tulis ayat ni)

aktiviti-aktiviti aku masa cuti ni kalau nak cerita memang steady habis. boleh kata kalah orang-orang yang dah pencen. cuma yang slack tu aku selalu tak pergi masjid je. kalau pasal match bola kat astro tu, boleh kata aku tak miss la. biasa kalau ada match, aku tak tidur sampai subuh. then lepas subuh, sumbat koko krunch sikit, lepas tu baru tidur.

kalau dah tidur pulak, aduhai azab. paling cikai kul 12 tengah hari baru bangun. nak cerita dia punya steady, aku bangun je siap dah bau dah lauk pauk kat dapur tu. aku tak cerita banyak aku terus mandi, makan, solat, terus hantar mak aku pergi kerja.

ok, sekarang nak cerita aku punya rajin pulak. aku tak tahu orang lain rasa macam mana la kan. tapi aku ni ada sikap pelik sikit. masa aku belajar kat gmi dulu, kelas yang paling aku tak de bakat ialah kelas bahasa jerman.

boleh kata bab ponteng tu memang aku boleh settle la. malas habis kaw-kaw punya. tapi bila dah fail subjek tu, baru lah tiap-tiap hari aku nak baca nota jerman. kalau tak pun tiap-tiap hari mesti ada menyanyi lagu jerman punye lah.

sekarang setiap petang, kalau tak kutip batu/cabut rumput kat taman, korang boleh cari aku kat skatepark. ha, yang ni memang fixed. asal petang je aku dah meronta-ronta nak keluar. bukan apa, sambil-sambil beriadah tu dapat la gak usha awek-awek jogging ye dak?

ok, sampai sini dulu.



Friday, March 16, 2012

viel erfolg




kepada semua rakan-rakan yang akan pergi ke jerman tak kira la bila pun,
aku wish good luck and all the best.

bukan senang woo nk dapat pergi sana. tak kira la mcm mana korang
nak 'huhahuha' kat sana pun, asalkan dapat degree sudah lah.

hope jangan ada yang balik awal atau yang balik lambat sangat la
haha.



Monday, March 5, 2012

das ende



yupp. finally it's over!

sudah. mari aku huraikan gambar-gambar yang telah berjaya diambil hanya sekali dalam seumur hidup ini.

dalam banyak-banyak gambar, gambar yang ni aku paling suke. mana taknya, dah setahun setengah belajar, barulah dapat bergambar bersama baju merah yang lawa lagi disayangi. gambar ni sebenarnya diambil sebelum dapat result. so, semua orang happy.

ok gambar seterusnya. gambar aku bersama adi ni memang susah nak dapat kat dalam dunia ni. kalau ada pun, ni jelah satu. takpe jangan sedih di, ada banyak lagi peluang kalau nak berjaya. jumpa kau kat ump nanti.

ni gambar semasa graduation. lihat bertapa santainya aku disisi loko. haha. dan lihat saja gelagat wafiy. korang jangan takut. dia angkat tangan tu bukan maknanya dia tengah berkempen pilihan raya atau apa. sebenarnya dia cuba untuk menyerap semangat orang lain supaya dia lebih bersemangat untuk terus belajar pada masa hadapan.

orait, kita ke gambar seterusnya. ni merupakan gambar sekelas. tapi tak semua ada pun sebenarnya. walaupun tak semua fly, tapi jangan risau, by the age of 25 insyaAllah kita semua engineers. so, sama je.

ha yang ni special. gambar bersama rakan-rakan sepersekolahan dulu. kalau apa-apa event kiteorg mesti bergambar sekali. kalau gambar buruk kiteorg bergambar lagi sekali. cukuplah tu ye dak? tak boleh banyak-banyak, karang jadi tak special pulak. haha.

yang ni gambar bersama nobita. gambar ni sebenarnya kiteorg nak buat macam hand-wrestling tapi kat udara(on air). haha konon maskulin lah tu.



Saturday, January 28, 2012

us against the world




and tonight i know it all has to begin again,
so whatever you do, don't let go

and if we could float away, fly up to the surface and...
i know that i will just start it again.




Thursday, January 26, 2012

unfortunate





dear parents, i promise u i will learn from my mistake. i need a real big support from all of u during this hard time.

alhamdulillah, i still have a lot of time to re-plan my future.

this is the road that i have been travelled less, and i'm on my way!



Tuesday, January 24, 2012

everything will be fine



result day. RESULT DAY. result day. RESULT DAY. result day. RESULT DAY. result day. result day. result day. result day. result day. result day. result day. result day. result day. result day. result day. result day. result day.



Powered By Blogger