Saturday, October 27, 2012

i might be wrong


berikut merupakan 10 fakta yang perlu kita renungi bersama-sama, yelah sementara kita semua ni ada free time nak baca benda-benda macam ni, yedok?

mari mulakan!

1. okay sekarang dah nak masuk 2 bulan dah belajar kat ump. tapi life dah sebijik macam kat gmi. keadaan bertambah buruk bila kampus yang gua duduki ini terletak jauh ceruk nun sana. cis ayat pun dah tak betul dah.

2. buat pengetahuan semua, gua ada kelas german setiap hari pukul 8 pagi. aduh punya azab. gua dah berazam untuk tidak ponteng pun tahun ni. tapi tulah, tak nak ponteng pun last-last gua ter-ponteng jugak.

3. gua ada sorang lecturer german dari ukraine. disebabkan kat sini byk cuti dengan event makan-makan, lantas beliau menamakan malaysia sebagai negara 'makan-makan'.

4. haritu ada pilihanraya kampus. nak cerita gua punya sikap yang tak 'up-to-date' kat kampus tu, gua main undi je awek yang agak-agak cun. dah macam nak pilih gula kapas dah.

5. ok tak habis lagi cerita pasal gadis-gadis. kat sini feh, ramai gila awek muslimah. adoi perlu ke aku terangkan lebih lanjut lagi? lupakan.

6. kelas yang paling gua blur sampai sekarang ialah kelas engineering material. padahal gua belajar dalam english ni, paham nye idok gak.

7. harga teh o ais kat sini still ada yang rm 0.80. waktu first time beli, gua siap suruh brader tu ulang suara 2 kali atas sebab ragu-ragu.

8. mengikut khabar angin, gua dikatakan akan menduduki exam testdaf tahun depan. haha. gua macam dah boleh nampak dah masa depan gua mcm mana. yelah bab belajar bahasa ni memang gua slow banyak.

9. aktiviti paling best kat sini ape lagi kalau bukan futsal disertakan dengan game bola PES 2013 sebagai aktiviti 'cool down'. pantang ada masa free, terus satu rumah turun main futsal.

10. beautiful family, beautiful friends. subhanallah, what more could I ask for? thank you, Allah.

gambar ala-ala cover album backstreet boys, amacam?


Powered By Blogger