Thursday, March 29, 2012

what an end


orait, lepas dah habis usha kawan-kawan aku menangis tempoh hari kat airport, dan dan tu aku termenung. aku pandang wafiy, wafiy pandang aku. lantas aku cakap kat wafiy,

"rilek la bro, next year turn kau pulak. agak-agak kalau next year ada dalam 80++ yang fly, mau lagi happening klia ni."

"tu lah dia.", balas wafiy sambil mengesat air mata.

dah lama aku satu bilik dengan si wafiy ni, baru hari tu aku tengok dia betul-betul sedih. ok, habis cerita pasal wafiy.

......

untuk yang belum tahu, aku sekarang sedang menikmati cuti selama 6 bulan. ah, aku bukan tak tahu, mesti korang teringin nak tanya soalan begini, "weh yat, kau tak bosan ke cuti lama-lama?"

so biasanya aku akan jawab,"tak. come on lah guys, nikmat ni kot."

itulah, aku bukan nak cakap apa cuma mungkin ada sebab Tuhan bagi aku cuti panjang-panjang macam ni. aku dah tak nak merungut lagi dah. (haha telan air liur gak aku tulis ayat ni)

aktiviti-aktiviti aku masa cuti ni kalau nak cerita memang steady habis. boleh kata kalah orang-orang yang dah pencen. cuma yang slack tu aku selalu tak pergi masjid je. kalau pasal match bola kat astro tu, boleh kata aku tak miss la. biasa kalau ada match, aku tak tidur sampai subuh. then lepas subuh, sumbat koko krunch sikit, lepas tu baru tidur.

kalau dah tidur pulak, aduhai azab. paling cikai kul 12 tengah hari baru bangun. nak cerita dia punya steady, aku bangun je siap dah bau dah lauk pauk kat dapur tu. aku tak cerita banyak aku terus mandi, makan, solat, terus hantar mak aku pergi kerja.

ok, sekarang nak cerita aku punya rajin pulak. aku tak tahu orang lain rasa macam mana la kan. tapi aku ni ada sikap pelik sikit. masa aku belajar kat gmi dulu, kelas yang paling aku tak de bakat ialah kelas bahasa jerman.

boleh kata bab ponteng tu memang aku boleh settle la. malas habis kaw-kaw punya. tapi bila dah fail subjek tu, baru lah tiap-tiap hari aku nak baca nota jerman. kalau tak pun tiap-tiap hari mesti ada menyanyi lagu jerman punye lah.

sekarang setiap petang, kalau tak kutip batu/cabut rumput kat taman, korang boleh cari aku kat skatepark. ha, yang ni memang fixed. asal petang je aku dah meronta-ronta nak keluar. bukan apa, sambil-sambil beriadah tu dapat la gak usha awek-awek jogging ye dak?

ok, sampai sini dulu.



Friday, March 16, 2012

viel erfolg




kepada semua rakan-rakan yang akan pergi ke jerman tak kira la bila pun,
aku wish good luck and all the best.

bukan senang woo nk dapat pergi sana. tak kira la mcm mana korang
nak 'huhahuha' kat sana pun, asalkan dapat degree sudah lah.

hope jangan ada yang balik awal atau yang balik lambat sangat la
haha.



Monday, March 5, 2012

das ende



yupp. finally it's over!

sudah. mari aku huraikan gambar-gambar yang telah berjaya diambil hanya sekali dalam seumur hidup ini.

dalam banyak-banyak gambar, gambar yang ni aku paling suke. mana taknya, dah setahun setengah belajar, barulah dapat bergambar bersama baju merah yang lawa lagi disayangi. gambar ni sebenarnya diambil sebelum dapat result. so, semua orang happy.

ok gambar seterusnya. gambar aku bersama adi ni memang susah nak dapat kat dalam dunia ni. kalau ada pun, ni jelah satu. takpe jangan sedih di, ada banyak lagi peluang kalau nak berjaya. jumpa kau kat ump nanti.

ni gambar semasa graduation. lihat bertapa santainya aku disisi loko. haha. dan lihat saja gelagat wafiy. korang jangan takut. dia angkat tangan tu bukan maknanya dia tengah berkempen pilihan raya atau apa. sebenarnya dia cuba untuk menyerap semangat orang lain supaya dia lebih bersemangat untuk terus belajar pada masa hadapan.

orait, kita ke gambar seterusnya. ni merupakan gambar sekelas. tapi tak semua ada pun sebenarnya. walaupun tak semua fly, tapi jangan risau, by the age of 25 insyaAllah kita semua engineers. so, sama je.

ha yang ni special. gambar bersama rakan-rakan sepersekolahan dulu. kalau apa-apa event kiteorg mesti bergambar sekali. kalau gambar buruk kiteorg bergambar lagi sekali. cukuplah tu ye dak? tak boleh banyak-banyak, karang jadi tak special pulak. haha.

yang ni gambar bersama nobita. gambar ni sebenarnya kiteorg nak buat macam hand-wrestling tapi kat udara(on air). haha konon maskulin lah tu.



Powered By Blogger