Wednesday, January 30, 2013

marilah menunaikan solat


Sebenarnya dah lama dah gua fikir nak buat post nasihat menasihati begini tapi tulah disebabkan kesuntukan masa, nak update blog pun gua dah tak sempat.

tema dan persoalan nya mudah. solat itu tiang agama dan kalau tak solat, agama akan runtuh. gua rasa semua orang tahu yang solat ni penting tapi selalunya benda penting ni lah yang selalu kita buat sambil lewa. bila gua tanya diri sendiri, gua sendiri pun tak terjawab.

tapi kalau dari segi pengamatan gua dengan tambahan daripada buku pendidikan islam tingkatan 3, kita semua lalai solat disebabkan :

a. environment. tengok kawan lain buat tak tahu je, kita pun dok ikut rilek je lah.
b. jarang dengar hadis. since kita tak nampak apa yang kita akan dapat bila solat, jadi kita kene ambil tahu lah sikit-sikit. so dalam hadis ni banyak cerita pasal ganjaran-ganjaran solat yang sekali gus membakar lagi semangat kita yang selama ini malap je. feh ayat aku dasyat.
c. dah banyak sangat tinggal solat. sampaikan bila tak solat pun dah tak rasa apa-apa dah.
d. korang boleh tajak sendiri dah, apa-apa jawapan yang releven semuanya betul.

gua bukan apa sebenarnya, cuma gua terkilan. gua terkilan dek kerana apa yang Rasulullah risaukan, tangiskan dan gusarkan selama ini mengenai lalai solat umatnya betul-betul terjadi kat depan mata gua. lebih menyedihkan isu ini terjadi kat gua sendiri.

jadi ingatlah sahabat-sahabat, kita ni bila mana dilahirkan ke muka bumi, kita akan diazankan. dan apabila kita mati pula, kita akan disolatkan. tapi sayang tuan-tuan, jarak antara azan dengan solat tak lama.

jika Tuhan nak kita pergi, dalam apa jua keadaan pun kita boleh pergi even dalam kelambu sekali pun.

Tuesday, January 1, 2013

if i could be who you wanted, all time




"I am more worried about being a good person than being the best football player in the world. When this is all over, what are you left with?" - Barcelona and Argentina forward, Lionel Messi.



Powered By Blogger