Friday, January 21, 2011

Saturday, January 8, 2011

laman sosial alam maya



laman sosial alam maya.

aku tak nafikan, benda ni memang dah macam keperluan hidup. perfek. kau bayangkan, kau boleh bersosial tanpa had waktu walaupun sebenarnya kita bukannya jenis yang suka bersosial sangat pun. maksud aku, kalau bab menekan papan kekunci kau memang nombor satu, tapi bila kat dunia sebenar, kau pendiam yang nombor satu.

ala biasalah, benda macam ni memang ada pro dan kontra nya. namun tahukah kau, di sini aku ingin berkongsi beberapa perkara mengenai ragam alam maya.

1. laman ini menyebabkan penghabisan masa berskala besar tapi kau tetap cakap ini satu keperluan

aku tak boleh bayangkan kalau ada manusia yang kerjanya online 24/7 dengan menekan butang suka (like), memberi komen (comment) dan membaca suapan berita (news feed) secara konsisten. yalah, sebenarnya benda macam ini aku tak ambil kisah sangat pun sebab sekurang-kurangnya mereka ambil tahu hal orang lain daripada melayari laman bersifat kelucahan. kerja-kerja macam ini akan menjadi semakin rancak jika tiadanya gangguan orang yang tak dikenali dan yang lebih utama, nyamuk.

2. wujudnya trend-trend baru yang bermusim

korang sendiri pun tahu yang laman sosial ada kuiz dan permainan yang pelik-pelik. aku sendiri pernah jadi petani secara maya melalui farmville. pada masa yang sama aku juga pernah menjadi mafia secara maya melalui mafia wars.

kemudian bermula trend kuiz dan muncullah kuiz seperti adakah kau orang kelantan sejati?, adakah kamu kawan sebenar saya?, dan yang lebih kronik, berapa banyak peratuskah anda mahukan seks pada hari ini? kau pun tahu kuiz seperti ini tidak membangunkan bangsa tapi kau ambil juga, mengapa?

dan trend terkini tidak lain tidak bukan ialah dengan memberi nombor kepada seseorang melalui inbox dan orang itu akan menulis mengenai kau dengan sejujurnya pada dinding profil nya (wall). cool.

3. "gambar profil tak menunjukkan diri saya sebenar"

ini selalunya kenyataan orang perempuan yang berlagak alim tetapi tidak sedar yang gambar penanggalan tudung yang diletakkan di profilnya seolah-olah sudah cukup untuk menunjukkan diri dia yang sebenar. yelah, nama pun nak pertahankan diri (defend) jadi keluarlah ayat-ayat seperti 'don't judge a book by its cover' dan 'iman saya Allah saja yang tahu'.

sebenarnya aku tak kisah sangat pasal hal-hal begini karena adik-beradik aku pun semua lelaki. tapi sekurang-kurangnya aku tahu lah bahawa kau nak expose diri kau yang cantik dan seksi tapi sedarlah yang kau exposekan tu sebenarnya jerawat yang berada di dada dan pipi kau.

4. wujudnya kelompok-kelompok yang sebenarnya belum matang tetapi berlagak matang

golongan ini aku rasa mereka terlebih upaya. kau bayangkan penat tak penat untuk tulis ayat macam ini :

sAyerzz sAYunk aWAk

aku tahu ini trend dulu-dulu. tapi aku sendiri pun penat nak taip tiga perkataan macam contoh kat atas ni. bagi aku golongan ini memang pelik. silakan matang ya. kau buat maksiat rajin pun tak matang-matang kah?

sudah-sudah lah tu, aku yang menaip ini pun sama je sebenarnya. pergi tutup suis komputer kemudian cabutkannya dengan kasar, dan pergi baca buku. jangan senyum lebih dihadapan komputer, tetapi sila senyum lebih dalam kehidupan sebenar.



Powered By Blogger