Wednesday, December 31, 2008

feast!


*haha. big feast for 2008. takpe next year kat umbai pula jum.

malas = lazy

syukran. dah pun masuk tahun 2009. well, macam biasa, kalau tanya kat budak yang lahir tahun 1992, mesti diorg cakap tahun ni la yang paling genting, SPM ma! ni kira final hurdle la dalam zaman persekolahan.

alrite, bila masuk tahun baru ni, perkara yang paling malas, mesti la balik asrama, tak tahu kenapa, 'come on hayat! lagi setahun je', 'ala yat, chill, dah nak habis sekolah kan' huhu. itu, kalau korang nak tahu, antara kata-kata semangat yang sering dilontarkan kepada aku. nak-nak masa aku ckp 'adoi, malas gila nak naik sekolah'.

tapi kalau fikir balik, memang sekolah adalah yang terpenting pada tahun ni. 'steady je la yat. kalau 08 aku boleh layan duduk asrama. then why not for 09?'

Tuesday, December 23, 2008

suruhan-suruhan

yeah, musim-musim cuti ni aku memang paling dikehendaki kat rumah. everyday before my mum pergi kerja je, ini la kerja yang dia suruh buat :

  1. ayat, nanti clearkan meja makan tu ea.
  2. ayat, nanti tolong ibu basuh pinggan sekali.
  3. ayat, baju dalam baldi tu masuk dalam washing machine.
  4. ayat, nanti sidai baju tau.
  5. ayat, dah habis tu nanti angkat baju dan lipat sekali.
  6. ayat, nanti tolong beli newspaper.
  7. ayat, kalau ada masa nanti sapu sampah sekali ea.
*huhu setiap kali cuti mmg 'enjoi'!!huhu

Monday, December 22, 2008

ReUnIoN

erm. hari ini memang aku tak berapa nak sihat la, selsema la, batuk la, muntah la, adoi serious shit macam-macam. then tiba-tiba aku terpanggil nak post satu cerita yang terjadi pada minggu lepas.

'hayat, tolong ibu beli barang, plastik sampah, susu f&n, dan biskut. ibu tinggalkan duit atas meja tu tau. kalau ada duit baki guna untuk beli coklat' okay. so macam biasa bila kene beli barang je terpaksa la aku jalan kaki pergi the store yang tak berapa jauh dari rumah aku tu.

sampai je, aku terus pergi beli plastik sampah. then turun tingkat satu beli susu dan biskut. erm, then ade duit baki, cari la coklat. tgh sibuk aku cari coklat, tiba-tiba ada budak perempuan tegur, 'oit hayat, cari apa tu, knal aku tak' erk, la rupanya si ain baizura yang tegur aku. then dia cakap 'hayat hold on ea, kejap je' dia keluarkan hp dia dan calling someone.

'hello. rehan, where are u? then lama juga la dia bual kat hp dia tu. tiba-tiba dia ajak pergi kat satu tempat ni. only then si rehan pun muncul 'hi hayat. dah beli ke plastik sampah u tu' dia tegur secara spontan 'hi rehan what are u doin' here'. then die ckp balek 'i baru je habis reunion la'.

*cakap pasal reunion ni. teringat pula aku kat kawan-kawan lama masa kat primary school dulu.

Saturday, December 13, 2008

cerita coklat dan insomnia!!


addicted! -cadbury fudge-

erm. nowadays, aku macam dah kene itu satu penyakit. yang digelar insomnia! maybe cuti ni, tidur pada pukul 3 pagi merupakan perkara biasa. tp, kes aku, langsung tak boleh tido sampai keesokan harinya. no wonder my mum keeps calling me as 'owl'.

*aku takut waktu nak naik sekolah nanti.

Monday, December 8, 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


*selamat menjalankan ibadah korban!!

Friday, December 5, 2008

suka duka Paintball



suatu petang yang hening

ibu: esok hayat dengan amal pergi main paintball tau, ada bran?
hayat: errr, sempena apa?
ibu: pejabat ibu ada buat pertandingan, hayat masuk tau, ibu dah register nama hayat dan amal sekali
hayat: boleh

huhu rasanya ini la first time aku main paintball. memang ada suka duka main paintball ni. memang takut beb masa nak main tu sebab ramai orang cakap sakit beb badan kalau kene tembak. tapi disebabkan mak gua dah bayar(rm 10 je). so jangan banyak tanya.

SUKA
  • best gila sebab dapat pegang senapang yang boleh tahan beratnya
  • rasa macam kat battlefield
  • dapat tembak seorang(tu pun kira puas hati beb)
DUKA
  • team aku je yang kalah
  • kene tambak kat jari, sakit gila
  • belum kene tembak refff dah suruh keluar(apa point kat sini aku pun tak tahu)
so, itulah suka duka pengalaman pertama aku main paintball ni. puas gak la, sebab aku main sampai 3 game, sadly, sumer tewas di medan.

*selamat hari raya aidiladha

Wednesday, December 3, 2008

demam video game

video game? cakap je, PS2? xbox? semua aku dah pernah try. tapi satu je belum, Wii by Nintendo. aku nak je beli satu kat kedai, tapi tu la, ekonomiku tak membenarkan. yeah, sekarang ni pun tengah gila video game. tiap-tiap hari aku sentuh PS2 tu. hampir semua game aku dah try. dari game sukan sampailah ke game yang adventure. memang melalaikan.

cakap pasal video game ni, pernah juga aku main PS sampai tak mkan. ini semua berlaku selepas PMR la beb. tu la, rase free gila masa tu. ingat lagi dulu, lepas je habis kertas geografi, aku dan kawan terus je balik rumah, campak bag, neck tie, stokin then main PS2 sampai nak maghrib. memang game freak dan tiada life mungkin.

as usual, demam tu kembali setelah munculnya cuti panjang begini. pagi? petang? malam? tgh malam? masa habis kat depan tv je, luckily, homework banyak yang dah tiru masa kat sekolah lagi. aku tau, next year spm. lama lagi. "hayat! bile mau baca buku tu! kesian buku tu, menangis tak ada org baca" demikianlah teriakan mak aku sepanjang hari kalau dia ternampak aku khusyuk depan tv.

*sedar-sedar la yat...next year spm..sumpah lama lagi

Monday, December 1, 2008

Ikan bakar oh ikan bakar!!!


ini dia jeti sabak awor, muar


ikan bakar?oooo, dah lame aku tak makan resipi tu sejak pindah sekolah ni, yah, kalau kat muar ni, spot yg paling best untuk makan ikan bakar, tak lain tak bukan mesti kat sabak awor. seingat aku dulu, tempat ni tak la menarik sangat, sebab tempat dia macam 'warung' biasa, tak da tarikan. tapi sekarang dengar cerita sabak awor dah di'upgrade'kan jadi medan ikan bakar.

yeah, nowadays, nazrul asyik cerita pasal motor baru dia je dan yang best nye dia mau ajak aku makan ikan bakar di sabak awor! it's my pleasure actually, yeh tak tau la bila. just wait and see.

cerita pasal ikan bakar ni, teringat dulu makan ikan pari, tak habis pun sbb tak makan tulang. then my mum told me that, kenapa tak makan habis ikan ni, tengok ni ha banyak lagi isinya. ni tulang ni memang boleh makan. dan itu lah first time yang aku dapat tahu, tulang ikan pari ni boleh dimakan. ya begitu saja.

*can't wait to go sabak awor with da gang!!!

Destination Week:Ipoh n Taiping!!!





@pencil rock,tambun,ipoh,perak,MY


Taiping,perak,MY

yeah it seems to be first time aku masuk dunia blogging ni. haha. ini mungkin disebabkan sifat curiosity yg maybe terlalu tinggi dalam hidupku. yeah finally detik yang paling aku tunggu-tunggu dah sampai. schoOL hOliday!!!!

hehe ingat lagi dulu masa kat muar high..kalo cuti je tak sah kalau tak main bola sama kwn tiap-tiap pagi. rasanye itu je la akitviti plg 'fun' kiteorg boleh buat.

yeah..tp sejak dah pindah sekolah ni, cuti mcm tak cuti plak. yela, dgn 'bekalan' yang cikgu bagi tu memang macam untuk cuti setahun. to make dis holiday more memorable. aku,afwan,sam n dido plan pergi bercuti kat ipoh. haha, bagi aku ni la cuti yg paling terancang penah aku join. dengan bertemakan 'DIDO DOES IPOH!!!' kiteorg jalan la satu ipoh. dan sampai ke taiping.


First Day...
sebelum loceng bunyi. kiteorg dah ada kt dorm. lepak-lepak, baring-baring(karl siap dah mandi dah). sampai kiteorg dibenarkan keluar pintu pagar saser. keluar je aku,afwan,sam terus g stesen KTM Seremban. sumpah aku tak tipu, rase mcm merdeka bila dapat keluar dari sekolah. tepat pukol 4.30 ptg, kiteorg naik komuter untuk ke KL Sentral, then from KL sentral, kiteorg straight pergi ipoh.

we arrived at ipoh around 11.30 p.m. , smpai je, parents afwan dah tunggu. aku,sam,dido jd jakun jap dok tengok bangunan stesen keretapi Ipoh tu. Taj Mahal Of Malaysia tu beb. after that, kiteorg singgah warung, parents afwan belanja nsi goreng cina. then, terus g rumah dia kt sunway city,tambun.

Second Day...

bgn je tido, kiteorg terus terjun kolam mandi dpn rumah tu. mandi-mandi sampai pukol 10 pg. only then we straight went to Lost World Of Tambun(main priority dtg ipoh). org ramai gler beratur beli tiket, at last dpt gak beli tiket tu. seingat aku la, RM 18 untuk seorang. kiteorg try sumer benda, like we used to..from dry park to wet park sumer kasi balun!!but at last hujan pun turun la dgn lebatnye. fortunately kite dah feel segala entertainment kt situ. we used to run all the way back home!!argghh. cool la gak. so basah la kami semua.

Third Day...

ahah!!!it's Taiping trip!!4 of us pergi la Taiping dgn priority utama: mau jumpa mak long sam!!. kiteorg terus pergi medan kidd utk beli tiket ke taiping. rm 11.30 melayang dari dompet kami. sampai kt kamunting, kiteorg catch cab utk ke penjara ISA. pelik la gak, ingatkan mak long si sam ni masuk ISA ke. rupenye rumah mak long die tu mmg btol-btol depan ISA tu. lepas lawat mak long sam. kita pergi la bandar Taiping, not bad beb taiping(bandar air).

Fourth Day...

kiteorg pergi round satu bandar ipoh. dari kinta city ke pasar besar ipoh. dari medan kidd ke medan gopeng, sumer da pergi. yang paling best mase pergi pasar besar ipoh la. siap sesat lagi. semata-mata nk cari kuah rojak!! then pukol 6 ptg, dido says goodbye to us. mlm itu aku dan sam ambek kesempatan untuk lepak kt warung mamak kt sunway city tu.

Last Day...
bgun je tdo, kiteorg bersiap pulang ke tmpat masing-masing. mak afwan siap beli sarapan yg bleh tahan byk la kuantitinya, lepas makan, mak afwan la jugak yg hantar kiteorg pergi medan gopeng, stesen bas ekspres ipoh.

*special thanks to afwan and dido..4 hari tanpa subuh!!!!!
Powered By Blogger