Wednesday, December 3, 2008

demam video game

video game? cakap je, PS2? xbox? semua aku dah pernah try. tapi satu je belum, Wii by Nintendo. aku nak je beli satu kat kedai, tapi tu la, ekonomiku tak membenarkan. yeah, sekarang ni pun tengah gila video game. tiap-tiap hari aku sentuh PS2 tu. hampir semua game aku dah try. dari game sukan sampailah ke game yang adventure. memang melalaikan.

cakap pasal video game ni, pernah juga aku main PS sampai tak mkan. ini semua berlaku selepas PMR la beb. tu la, rase free gila masa tu. ingat lagi dulu, lepas je habis kertas geografi, aku dan kawan terus je balik rumah, campak bag, neck tie, stokin then main PS2 sampai nak maghrib. memang game freak dan tiada life mungkin.

as usual, demam tu kembali setelah munculnya cuti panjang begini. pagi? petang? malam? tgh malam? masa habis kat depan tv je, luckily, homework banyak yang dah tiru masa kat sekolah lagi. aku tau, next year spm. lama lagi. "hayat! bile mau baca buku tu! kesian buku tu, menangis tak ada org baca" demikianlah teriakan mak aku sepanjang hari kalau dia ternampak aku khusyuk depan tv.

*sedar-sedar la yat...next year spm..sumpah lama lagi

No comments:

Powered By Blogger