Friday, March 4, 2011

the unprofessional love stealer


bermula dengan 'masquerade' kemudian 'night of stars' begitulah tema yang telah ditetapkan pihak penganjur untuk majlis makan malam kali ini. macam biasa la brader, tema untuk dinner kat mana-mana tempat pun memang pelik dan selalu berakhir dengan pemakaian pakaian sesuka hati oleh pelajar, bercampur gaul seperti nasi beriani gam Ammerali di seksyen 15, bangi.

hai come on lah, aku rasa korang pun patut tahu yang majlis makan malam sebegini memang tiada apa yang lagi penting selain dari makan dan juga aktiviti selepas makan...bergambar.


meja telah disetupkan dan disusunkan mengikut bilik. dan budak bilik aku dapat meja 15, agak terpisah jauh dengan rakan satu batch tetapi agak dekat dengan senior. korang jangan main-main, nombor ni memang 'ong' beb dan akan dibuktikan semasa exam AS dan A2 nanti.

ini pula gambar bersama apai dan amir hamdi, senior se-persekolahan dulu. keupayaan mereka melepasi cut-off point dalam a-level cukup mengagumkan. dan apa yang lagi penting, ketahuilah bahawa kedudukan dalam gambar ini disusun secara rawak, bukannya mengikut ketinggian. lihat saja muka aku yang puas setelah membawa pulang satu hamper pada malam itu.

gambar berdua begini memang ada untuk sekali dalam setahun. jangan mudah terpengaruh dengan wajah comel din cute. disebalik wajahnya yang begitu, ketahuilah bahawa segala maklumat tentang drama korea ada di hujung jarinya. dan mengenai wanita SNSD juga mungkin?

ini foto din cute bersama syaza yang riang bersama baju canggih nya. alang-alang dia dah duduk kat situ, dia jelah budak perempuan batch aku yang berjaya ada dalam koleksi gambar untuk majlis kali ini.

bagi kiteorang berempat, kak sarah lah yang merupakan 'queen of the night'. tapi sayang, apabila diajak bergambar dicakapnya pula ,"husband akak boleh masuk gambar tak?" sambil melihat kepada iqtidar ahmad. terasa seperti love stealer pula. walau apa pun, dia tetap sporting memberi shot-shot nakal ketika sesi pengambaran.

ini pula gambar kami sebagai rakan sebilik setelah berusaha keras untuk tidak memasukkan amir di dalam gambar, tetapi gagal. kami kemudiannya cuba untuk memberi senyuman ikhlas, dan aku rasa itu berhasil!

ini pula gambar bersama senior adib. antara senior se-persekolahan yang rapat dan banyak memberikan tips-tips berguna kepada kami. terima kasih, dan semoga bersua lagi di jerman nanti. amin.



Powered By Blogger