Saturday, June 19, 2010

operasi hujung minggu







the square, klcc.

keletihan.

dan kepada skuad world cup england, itulah aku dah kata, overrated sangat. sama je macam justin bi*b*r yang terlalu famous tapi belum lagi memenangi grammy. haha!



Friday, June 11, 2010

apa makanan kegemaran kau

maaflah semua ya.

dek kerana kesuntukan masa, aku memang jarang update blog ini. sekarang memang susah. ya, aku merupakan pembazir masa separuh masa, pembaca blog juga separuh masa dan apabila tiba untuk meng'update' blog sendiri, tiada masa pula. haha, memang betul-betul penulis picisan.

tengah hari tadi aku mengharapkan sesuatu yang magik daripada periuk mak aku. fuh, memberangsangkan. ya, periuk mak aku memang beraksi dengan begitu cemerlang. memang 'kung klang-kung kleng' habis. dan hasilnya, asam pedas lagi. lagi dan lagi.

dan dimasaknya ikan goreng sebagai masakan 'back-up' bagi asam pedas tadi. itu memang biasa.
mak aku dah tau yang aku memang susah nak makan asam pedas. walaupun asam pedas die sedap mcm kat peranakan place tu, tetap aku makan lauk lain.

jika mahu berdiskusi mengenai hubungan aku dengan asam pedas pada hari ini, fuh memang ajaib. dan baru tengah hari tadi mereka tidak tahu yang aku berjaya makan asam pedas secara diam-diam dengan jayanya. bravo!(bunyi tepukan diselangi percikan bunga api). memang aku terasa hero habis.

sebenarnya orang barat pun ramai yang sudah mula mencintai asam pedas. cuma mereka segan untuk mengakuinya. kepada orang melayu yang tidak menyukai asam pedas dan sekutunya, boleh pergilah kamu!

jadi apa makanan kegemaran kau?

*august by rilo kiley

Tuesday, June 1, 2010






selamat pengantin baru kepada abang boy dan kak ida

semoga bahagia hingga ke anak cucu
Powered By Blogger