Friday, December 25, 2009

layangan

GULP! rm 120 melayang untuk dualshock ps2 yang baru.

mulai hari ini. officially, aku dah takde duit.

Thursday, December 24, 2009

-k e c i l-

putih

belang

haha. kecil. tajuk memang macam letup. aku jumpa gambar lama ini daripada adila. memang nostalgik gambar ni. so aku terus ambil gambar ni masuk dalam blog. biar kekal sampai bila-bila.


Monday, December 21, 2009

kuantan trip meh

yeah. finally! i'm home, minggu yang paling penat bagi aku. dari kuantan, aku terus je pergi seremban dan seterusnya damansara. duduk sana 2 hari. kemudian, balik muar dan esoknya nak pergi ke jb pula.

ok apa yang aku nak cerita ialah pasal trip aku ke kuantan. macam biasa cuti akhir tahun je mesti ada plan untuk buat trip bersama kawan yang tidak lagi gay (atau masih gay?). kalau dulu pergi ipoh. tapi kali ni kuantan.

first day. sampai je seremban, aku jumpa apeng yang tengah membelek novel kat popular. jom gerak! ok kiteorg naik bas ke kuantan dari terminal 2. perghh! memang lama gila siot nak sampai kuantan. siap tidur pastu bangun balik pun belum sampai. then, sampai je taman tas 'rumah sam' bagi salam sikit dan kemudian tidur.

second day. jom pergi telok chempedak. itu la plan kiteorg kat kuantan ni. tapi kes ni lain sikit. kiteorg mendaki bukit pelindung dulu, pastu baru jumpa pantai. memang penat tahap max sial. kulit kalau yang putih jadi itam dan yang memang sudah hitam pula macam takde beza. lapar, so pergi makan. punya banyak lauk aku ambil, rm 3.50 je dia 'pau' aku siap dengan milo ais. bapak best kuantan. murah.

third day. mandi lagi, sesi kali ini di bukit gambang water park. tengok sekali macam sama je dengan lost world of tambun, tapi sebenarnya lain sikit. buat yeah, still not bad. kiteorg habis kan masa paling lama kat tempat budak-budak. apeng kata nak cari awek kuantan. takkan dapat punya lah!

last day. ini paling best. parents sam belanja makan ikan bakar kat tg lumpur. punya la lama pilih restoran yang terbaik, at last dapat la gak makan kat satu restoran ni. hujan memang lebat. siap blackout satu restoran. ikan dah ada depan mata, atap bocor pun, aku buat bodo je. setiap inci isi ikan amat berharga bila orang belanja. full!

*haha. rm 440.30 habis untuk skateboard baru.

Monday, December 14, 2009

the drunken mastas


a shot, 2 shots, 4 shots only for nescafe. inilah budak-budak yang selalu stay up dengan aku masa sekolah dahulu.

*malaysia boleh. final tu beb!

Sunday, December 13, 2009

ketinggalan



di satu petang yang agak panas, sedang aku sibuk mengadap laptop amal. oh ya, pada masa ini, aku merupakan banduan berilmu lepasan penjara yang juga berilmu mungkin. tetapi sayang, apa yang aku tahu mengenai dunia luar.

aku : haih? video extremely sorry dah keluar ke?
amal : dah la, ko je ketinggalan, dah lama keluar dah. itulah duduk lagi asrama. tak tahu apa-apa.
aku : (apa point dia cakap panjang lebar pun aku tak tau) erm, kau dah download ke?
amal : dah la, cari kat my computer.

aku pun duk cari video flip-extremely sorry ni. video ini sebenarnya video skate untuk team flip skateboards. memang dah lama aku tunggu dan hasilnya begitu memuaskan!

Saturday, December 12, 2009

-unity-

-raksaser 7th-

Wednesday, December 9, 2009

goodbye all,goodbye saser








last paper

qodong. aku tahu ko takkan bogel depan aku lagi. masih segar dalam ingatan.


Saturday, September 26, 2009

nice to wear

classic dan emerica-romero

tarrraaa! ini just nak show off je kasut baru aku dari globe. mana la tau kot-kot nak skate balik next year. tidak mengapa ya, even deck takde lagi, at least kasut dah ada.

takziah kepada emerica-leo romero yang baru je hilang semasa riuh raya di jb kelmarin. dah la mahal, azam kan kaya, angkut je yang baru. apa susah.

Tuesday, September 22, 2009

Sunday, September 20, 2009

knee-hurt



memang seperti dirancang, aku dan 2 orang abang aku plan nak spent duit kat ou untuk baju raya aku. inilah first time aku shopping gila, sampai tak ingat dunia dan rm 500 hangus tak silap aku. jangan banyak cerita, mari mengira,


kasut globe rm 196
baju radioactive rm 35 2 psg
baju fourskin rm 35 2 psg
crocs curduroy rm 220 (hadiah untuk ayah)
zara jeans rm ntah (untuk abg)


then sebelum balik muar, kita tengok dulu cerita 'up' kat tgv. ya ya, aku tak tipu, kartun tu memang comel.


happy eid mubarak

Friday, September 18, 2009

raya bersama kertas

RAYA!


well kita memang selalu dengar orang akan happy bila dengar raya. tapi bagi aku, tahun ni memang lain gila dari raya yang lain. dah la masih tersekat kat damansara ni. dapat balik kampung pun malam raya je.

one more thing. kertas, kertas dan kertas. tahulah budak sekolah so, memang homework melambak. tak tau nak start dari mana. (sambil mengharap rakan lain sudah menyiapkannya terlebih dulu). kalau ikut tradisi, kalau bab pasal homework ni memang tak pernah complete pun.


SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, August 24, 2009

the last for remembrance

inilah gambar terakhir aku bersama semua budak lekir

lekir 08-09

Sunday, August 23, 2009

p e r i n g a t a n


sampai sekarang aku tak tahu dah berapa banyak kali aku ter'missed' solat ni..(taubat sekejap)

Saturday, August 22, 2009

ramadhan

selamat menjalani ibadah puasa

kepada semua muslim di dunia.

Sunday, July 19, 2009

guten morgen

aku sendiri tak tau kenapa aku boleh bangun pagi gila semalam. mimpi basah agaknya. masih terlalu pagi. maybe untuk hilangkan tension. so aku try panjat atas rumah dan ambil gambar dari atas tu.



kelihatan IPD muar dan big tree


aku rasa ini la first time aku panjat atas rumah ni sepanjang 2 tahun aku duduk kat jalan othman ni.

Friday, July 17, 2009

BESARkan SAIZ tulisan anda! terima kasih

macam itu lah komen yang ditulis cikgu haris sebaik je dia marking karangan aku. well, macam dah tau, orang yang first gelakkan aku..-sam-..a scrawny led person who never been keep quiet in the class.

but one day..
bilik bahasa..

c.haris : sewaktu menulis karangan, besar kan saiz tulisan kamu. (beberapa kepala dah menoleh ke arah aku).
sam : yat betulkan tulisan yat.
c.haris : kau pun sama je sam. kalau tulisan hayat saya kene guna spec paling power, baru nampak.
ayat : AGAK la sam.

then satu kelas gelak..

sebenarnya aku pun tiada idea macam mana nak buat dengan tulisan aku ni. even spm nak dekat pun. belum ada usaha dilakukan untuk membesarkan tulisan aku ni.

*bagi aku tulisan aku dah ok sangat. cume saiz je.

Saturday, June 13, 2009

balik la

yehhaaa!!! before 6!!!

Thursday, June 11, 2009

apabila khusyuk bermain


itu pasal lah kerje rumah aku tak siap-siap

Monday, June 1, 2009

warisan


bilik 216


bersama pak ibrahim dan pak khalid last day ( :

kem biro tatanegara (btn). bila aku dengar je kem ni diadakan untuk budak sbp, aku pun naik pelik. aku ingatkan btn ni untuk orang yang bekerja kerajaan je, rupanya budak sekolah pun boleh join. dan seramai 112 orang budak saser telah jadi volunteer (dengan harapan untuk tidak menghadiri kelas) untuk kem ini.

apa yang aku boleh cerita, kem ni memang best gila beb. dari makanan sampai ke tempat penginapan, dari fasilitator sampai ke jurulatih, semuanya best tahap dewa.

first day, bermula dengan pembahagian dorm dan aku msuk bilik 216 bersama apeng, ifwat, obama, syed, sheikh, santa, afwan, skem dan aniq, selepas itu bermula la ceramah. then 2nd day, kiteorg dibahagikan kepada beberapa group dan fasilitator. aku masuk group 5 dan fasilitatornya ialah pn akma. cun.

apa yang best kat sini ialah jurulatih nya. pak ibrahim dan pak khalid yang sporting lagi memelikkan. pak ibrahim especially, memang sumpah kelakar dan sikit-sikit suruh 'bumping', dari padang kawad sampai la kat dalam hutan, still dia suruh bumping gak.

part yang paling aku suka masa kembara malam. satu group diberi satu lampu suluh then travel la dalam hutan tu. then kat checkpoint 2, kiteorg dilepaskan sorang-sorang. jalan dalam hutan berpandukan lampu LED berkelip merah. sebelum kembara mlm, kiteorg dengan sedihnya mengucapkan gudbye kat fasi kiteorg. 'ya, kamulah warisan'.

*tak boleh lupa pak ibrahim, pn akma, dan seman

Sunday, May 31, 2009

one to seven


baru baru ni saser dikejutkan dengan berita bahawa namanya akan ditukar kepada sm sains tunku muhriz. dan kat blog dendron pun dah mula nak buat kempen untuk bantah penukaran nama ni. so pihak sekolah hanya diberi masa setahun untuk membuat keputusan.

pada pendapat aku. benda macam ni hanya membazir tenaga dan wang. yela dari cadar hingga ke neck tie, dari lencana hingga ke lagu sekolah, semuanya kene tukar baru bagi mewujudkan identiti baru tu.

so poster kat atas ni aku ambil kat dendron untuk beri support kepada pembantahan penukaran nama tersebut.

Saturday, May 2, 2009

Friday, April 24, 2009

puzzle!

haha. ayah mahu belikan laptop baru. haha. ini yang ore dok pikir nak yang mana satu.

kem JPAM negeri sembilan


take 1


take 2


take 3



okay aku mula dari masuk kelas bm, then tiba-tiba si capap, acad dan ari datang. well, it's time to go. so, aku, remi dan baby terus clearkan meja dan blah dari kelas bm dengan senyuman dengan harapan agar rakan-rakan di kelas cemburu. then, lepas packing semua, kiteorg terus pergi ke kem rimba ilmu yang terletak di juasseh. memang sucks juga kem tu. nama je best. di sana kiteorg disediakan dengan tandas 'gred' paling rendah. sounds cool.

first day. makanan kat situ memang sedap gila, tapi bila nak makan banyak sikit je, apek pun tegur, "wei ko makan banyak-banyak ni nanti nak berak kat mana?", then hujan pula. so nak tak nak kiteorg kene keluar dari khemah untuk buat saliran.

boleh kata banjir satu khemah, baju-baju semua tak yah la aku cerita betapa kuyupnya. kat campsite, kiteorg berjiran dengan smk dato haji mohd redza dan smk rantau(totally non function) aktiviti kiteorg bermula pada malamnya, dimana sebanyak 10 sekolah dikehendaki buat persembahan kebudayaan.

2nd day. we're in action. bermula dengan kawad kaki, then pemilihan untuk ke kebangsaan dan seingat aku kiteorg giliran ke-2 bagi merempuh halangan. memang aku tengok laju juga pergerakan diorang. then malam tu kiteorg buat persembahan kebudayaan (sketsa pahlawan golobo). memang masa untuk mencapap beb time tu.

3rd day. masing-masing sibuk dengan section masing-masing. awal pagi lagi aku, capap, kamal, baby dan azrin dah kene buat action kat section pertolongan cemas. boleh kata menggigil gak siot tangan aku waktu tu, gratefully, kiteorg buat je apa yang disuruh. then ada pertandingan mengawal kebakaran. section paling best beb pernah aku tengok. sebelum tu ada gak pertandingan untuk section penyelamat. tapi memang sedih, disqualified la pulak then malam tu ada kebudayaan final. so ada 6 team je.

last day. kiteorg diberi penghormatan bersama tkc untuk kawad kawalan. so kiteorg kawad je macam biasa. fish pun mase tu dah janji die akan berak sekali lagi kalau saser menang kawad kaki. tapi sedih, hajat tu memang perlu dibatalkan. kami dapat naib johan bagi kebudayaan, pertolongan cemas , kawad kaki dan johan bagi mengawal kebakaran.

so sebelum balik sempat juga kiteorg buat cheer tengah panas buta tu.

*macam biasa. sampai je sekolah semua cari tandas dulu. then jerit puas-puas dalam tandas.

Saturday, March 21, 2009

full tank

wah. full tank bai minyak kereta. macam biasa, tu tandanya kiteorg ni nak jalan jauh. esok lepas hantar aku, erm mungkin diorang singgah damansara. itu pasal la kene full tank.

ok. sebab esok aku nak balik so macam biasa, kita buat checklist,

keje umah :

fizik. better tunggu kawan la
kimia. check. kertas ujian pinjam kawan
bm. kat sekolah dah settle
bi. check
+math. check
math. check
bio. ada lompang-lompang. buat kat sekolah je
agama. check

ha itu je untuk sesi kali ini ya. setiap kali balik sekolah macam ni je la ceritanya. homework aku antara tak pernah siap dan tiru kawan. so thanks kat kawan-kawan yang banyak bantu(copy je).
korang memang layak digelar kawan lah.

balik rumah, berat turun

erm. memang macam tu la senarionya setiap kali aku balik rumah untuk habiskan cuti sekolah. yeah!! baru-baru ni aku pun telah kehilangan 0.5 kg. memang satu berita buruk untuk aku.

yup. sebagai seorang yang kurus, aku sememangnya sedang berusaha untuk menjadi gemuk atau dalam erti kata lain, erm, 'berisi' yup. memang satu masalah juga bila balik rumah je, memang nasi jarang disediakan.

ini mungkin disebabkan kesibukan parents aku mencari rezeki. however, duit tetap ditinggalkan untuk makan.

so bila aku dah pegang duit, mestilah aku tak cari nasi di kedai. sebaliknya, hanyalah roti, mcd, kfc, kadang-kadang pizza. so mungkin inilah punca kepada penurunan berat aku. yup perkara ini memang berbeza di sekolah, di mana nasi dan lauk pauk disediakan dengan banyaknya. so memang tak heran beb kalau berat aku bertambah hanya bila kat skola.

*special thanks to dm saser. walaupun masakan tak berapa nak sedap. tapi nasi juga yang jadi hidangan.

Monday, March 16, 2009

Papan selaju baru!

sebaik je aku tamatkan perbualan aku dengan budak ira kat hp, then my bro pun ajak turun bawah. ingatkan nak tunjuk apa. yeah, he just bought a brand new deck which is malaysian made. aku pelik gak la. tengok budak ni nak main kat mana. ada skatepark ke kat muar ni? pelik pelik pelik.

then on the tomorrow morning. i decided to have a nice jog at tanjung, sempat gak la usha-usha awek kat situ, tiba-tiba aku nampak signboard 'MUAR EXTREME PARK' i'm just 'wow'. tempat ni kire ok la. erm seingat aku tempat tu macam kat sunway city tambun tu, ada futsal, paintball, motocross dan skatepark. kira ok la skatepark tu, tak yah la nak compare dengan kat kl ke, putrajaya ke. asal ada sudah.

then balik je jog, ada gak semangat nak skate balik. walaupun kaki dah tak biasa dengan skate ni. so aku cakap dengan mak aku. rasa nak skate balik la lepas spm. then she just said 'ok'.

Sunday, March 15, 2009

SBP CRICKET CHAMPIONSHIP SOUTHERN ZONE





seperti biasa. bila balik je saser, semua budak tanya 'wei kriket kalah ke kalah?'.

Saturday, February 21, 2009

to find another deck.



ni la yang terjadi bila deck dah patah. sekarang kalau nak cari baru, peh, of course kene kos, paling minima rm 160. kalau tak silap aku.

amacam ada bran?

sepagi,sepetang di jalan Allah.

yeah. segalanya bermula bila mula je cuti CNY. so macam biasa, aku diberi pilihan, nak pergi kl or balik muar. so aku decide nak lepak kl la. then kawan ayah aku, mr.kasuan yang jemput aku kat saser. dari saser kiteorg terus pergi putrajaya untuk ambil anak dia yang dok blajaq di ssp. sambil tu dapat aku makan malam kat rumah saudara dia yang juga guru dia di ssp tu.

makan malam kat situ memang mewah. even lauk dia simple je tapi ok. kiteorg makan, then terus pergi uitm shah alam. then stay dengan abang aku kat situ. kiteorg duduk kat surau kolej jati.

kat situ hidup aku simple je, semuanya related to sunnah. dari cara tido sampai la cara makan, semuanya ikut sunnah rasul. then esoknya abang aku ajak pergi surau seksyen 7, di mana ramai student uitm,intec malah budak sekolah macam aku berkumpul untuk jalan Allah. biasanya ada sesi taklim dan kuliah agama je kat situ.

then kiteorg dibahagikan group dan group kiteorg kene pergi surau seksyen 25,shah alam. so disitu, kiteorg dikehedaki menjalankan aktiviti seperti beramal, taklim, kuliah agama, ajak orang sembahyang jemaah dan bercakap mengenai kebesaran Allah.

memang aku insaf ketika menjalani aktiviti yang dipanggil 'keluar' ni. 'keluar' tu bererti keluar di jalan Allah untuk meningkatkan iman kita. di sini, surau la tempat kita berteduh. dan makan semua dimasak oleh brader-brader uitm tu. kiteorg berada kat situ selama 3 hari. then aku, azam dan amal decide balik muar, sebab cuti aku nak habis beb.

*kesimpulan, selama ni memang aku dah lalai.

Monday, January 26, 2009

first week at school

adoi first week kat saser ni memang antara paling best. mana taknya, first week dah kene denda dengan cikgu shahrul. berdiri kat court basketball, waktu tu, 1.15 pg, 11 januari 2009.

esoknya outing. so macam biasa malam tu kiteorg pergi blok kasturi, iaitu blok paling hujung. kiteorg plan nak kene kan kamal, seorang pengawas yang sungguh unik suaranya. tapi tak kisah semua tu, kiteorg nak letak colgate kat muka dia.

sambil-sambil tu, kiteorg lepak dorm haziq, masuk je dorm haziq aku terus kene 'beger', adoi remuk tulang aku. tak silap aku ada 3 orang gemuk kat dorm tu. at last kiteorg decide nak panggil shafiq atau lebih dikenali dengan panggilan dato onn. so kiteorg dapat 'beger' dia puas-puas.

tiba-tiba je, cikgu syahrul dah ada kat depan pintu, dia switch on lampu (it's time for acting meh) semua terus je buat-buat tidur. panik gila time tu. then dia dengan watak selambanya. 'bangun! jangan cuba buat-buat tido!' so dengan menggeletar nya kiteorg pun bangun la. dia check semua satu badan. ye la takut kalau ada yang bawak hp ke kan, pastu dia suruh kiteorg ikut dia dalam satu barisan (mcm banduan).

kiteorg kene pergi court basketball kat blok lekir tu. berdiri la kiteorg sampai pukul 3 pagi.

*yang terlibat, hayat, q-dong, apeng, bobo, ekal, jagung, dato onn, rain, amirul guje-guje.

7 cars crashed at seremban.



terkejut gak, tengah jammed jalan. tiba-tiba je ada kereta sondol dari belakang. ingatkan 2 buah kereta je, sekali 7 buah la.
Powered By Blogger