Sunday, April 28, 2013

GE 13



Dengan ini kami mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi di luar sana. Kami  mengharapkan agar pengundi-pengundi di luar sana membuat pilihan yang bijak. Bukan apa, cuma kalau dapat pendidikan percuma tu macam terbaik gak. haha.


Wednesday, April 10, 2013

budak german


hai geng! hari ni gua ingat gua nak cerita sikitlah pasal kursus yang gua ambil kat uni gua ni. jadi macam biasa, gua akan pilih 10 fakta yang terbaik. ayuh!

1. nama kursus gua ialah ijazah sarjana muda kejuruteraan automotif (ump-hska). so, kalau kita tengok kat situ ada ump dgn hska. hska stands for hochschule karlsruhe atau nak senang cerita universiti karlsruhe.

2. kursus ni merupakan kursus dwi ijazah. kira kalau gua dah grad nanti gua akan dapat dua ijazah dari dua uni tadi. tu je lah kot yang gua rasa special.

3. ada lagi. yuran kursus gua memang berada di tahap yang mengecewakan. setiap tahun gua kene bayar RM 20,000++.  gua pun tak tahu kenapa. hasilnya, gua terpaksa menggunakan duit rakyat untuk membayarnya sekali gus mengelakkan result exam gua di'bar'.

4. ramai lecturer dari fakulti lain panggil kiteorang budak german. sampai sekarang gua tak nampak signifikannya.

5. kebanyakan student dwi ijazah ni terdiri daripada budak matrikulasi dengan budak german-malaysian institute yang tidak berjaya ke jerman.

6. gua rasa program ni hardcore sangat sebab gua nak kene tempuh 9 semester baru boleh grad. jadi, bila kita relate kan dengan fakta no.3 gua kene bayar lebih kurang RM 90,000(woah!). tiba-tiba gua rasa macam orang kaya pula.

7. semua orang tahu yang mechanical ni susah. keadaan ini bertambah buruk apabila subjek engineering akan di ajar dalam bahasa jerman di sini. so, ni kira nak expose kan kiteorg dengan suasana pembelajaran yang sama dengan suasana di hska.

8. semua orang di sini menganggap yang kami akan fly ke germany. tapi sebenarnya tak perlu pun. gua tak tahu pendapat rakan-rakan lain, tapi bagi gua stay di sini pun dah orait dah.

9. untuk kelas jerman, gua diberi 2 hari je(ini serius tidak kelakar geng) dalam satu semester untuk cuti sakit bagai. tapi gua dah guna 3 hari dah.

10. doakan gua berjaya.

Sunday, April 7, 2013

sayangilah malaysia


cuti-cuti macam ni rutin harian gua waktu pukul 8 malam memang tengok berita je lah kerja nya. tak kira lah berita berat sebelah ke, berita tu menipu ke, gua tak kisah janji berita.

tapi baru tadi gua tengok berita tv3 yang sekarang ni memang sibuk cerita pasal manifesto barisan nasional. itu gua tak kisah sangat lah sebab gua rasa seluruh rakyat malaysia pun dah tau berita tv3 ni macam mana.

tapi apa yang menarik perhatian gua ialah komen seorang professor upsi. dia cakap "manifesto bn kali ni bagus, sebab lebih menekankan pendidikan", lebih kurang macam tu lah. gua dengar je gua terus macam ha? gua rasa betul dia cakap, tapi sepatutnya manifesto macam ni ada waktu 30 tahun dulu.

gua rasa pelik gak sebab takkan macam tu je komen dari seorang professor. simple gila sampai gua rasa gua pun boleh masuk tv untuk beri komen macam tu. terus gua fikir, dia ni mesti baca dialog ni.

Powered By Blogger