Wednesday, April 10, 2013

budak german


hai geng! hari ni gua ingat gua nak cerita sikitlah pasal kursus yang gua ambil kat uni gua ni. jadi macam biasa, gua akan pilih 10 fakta yang terbaik. ayuh!

1. nama kursus gua ialah ijazah sarjana muda kejuruteraan automotif (ump-hska). so, kalau kita tengok kat situ ada ump dgn hska. hska stands for hochschule karlsruhe atau nak senang cerita universiti karlsruhe.

2. kursus ni merupakan kursus dwi ijazah. kira kalau gua dah grad nanti gua akan dapat dua ijazah dari dua uni tadi. tu je lah kot yang gua rasa special.

3. ada lagi. yuran kursus gua memang berada di tahap yang mengecewakan. setiap tahun gua kene bayar RM 20,000++.  gua pun tak tahu kenapa. hasilnya, gua terpaksa menggunakan duit rakyat untuk membayarnya sekali gus mengelakkan result exam gua di'bar'.

4. ramai lecturer dari fakulti lain panggil kiteorang budak german. sampai sekarang gua tak nampak signifikannya.

5. kebanyakan student dwi ijazah ni terdiri daripada budak matrikulasi dengan budak german-malaysian institute yang tidak berjaya ke jerman.

6. gua rasa program ni hardcore sangat sebab gua nak kene tempuh 9 semester baru boleh grad. jadi, bila kita relate kan dengan fakta no.3 gua kene bayar lebih kurang RM 90,000(woah!). tiba-tiba gua rasa macam orang kaya pula.

7. semua orang tahu yang mechanical ni susah. keadaan ini bertambah buruk apabila subjek engineering akan di ajar dalam bahasa jerman di sini. so, ni kira nak expose kan kiteorg dengan suasana pembelajaran yang sama dengan suasana di hska.

8. semua orang di sini menganggap yang kami akan fly ke germany. tapi sebenarnya tak perlu pun. gua tak tahu pendapat rakan-rakan lain, tapi bagi gua stay di sini pun dah orait dah.

9. untuk kelas jerman, gua diberi 2 hari je(ini serius tidak kelakar geng) dalam satu semester untuk cuti sakit bagai. tapi gua dah guna 3 hari dah.

10. doakan gua berjaya.

No comments:

Powered By Blogger