Wednesday, February 24, 2010

sudah tiba

daripada dokumentari 'the arrivals', ucapan Imam lagenda Sheikh Imran Hussein

Pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. mengingatkan kita tentang pelepasan Dajjal sewaktu jangka hayat baginda. Baginda meneruskan lagi dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di atas muka bumi ini selama 40 hari.

satu hari seperti setahun,

satu hari seperti sebulan,

satu hari seperti seminggu, dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita. Tetapi apabila Dajjal berada pada hari seperti setahun, British merupakan tanah pemerintahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari seperti seminggu, die pergi balik semula ke tanah suci Israel. macam keling?ok biar aku explain lagi..

Menurut Islam, setahun di syurga sama seperti 1000 tahun manusia. Dari sini kita faham yang Dajjal telah memerintah Britain selama 1000 tahun. Dan bukan secara kebetulan, monarki British wujud sejak tahun 900 lagi. so, 900 + 1000 = 1900.

Pada 1917, Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia, dan inilah langkah yang diambil mereka untuk menerapkan Amerika sebagai kuasa agung global yang baru. Dan pada masa ni, Dajjal memerintah pada 'hari seperti sebulan'. ok, jika setahun syurga mcm 1000 tahun, so sebulan? 1000 bahagi 12, 83 tahun dan 1917+83=2000!

Sejak tragedi 11 september, Amerika ni terus je ceroboh timur tengah dan menubuhkan pangkalan di lebih 10 negara di situ. sekali gus mengukuhkan lagi pemerintahan dan keselamatan Israel sebagai pusat pemerintahan Dajjal yang terakhir seperti yang diberitahu Rasulullah S.A.W. 1400 yang lalu.

Dajjal sebenarnya sudah melengkapkan fasa pertamanya iaitu satu hari seperti setahun. Pada masa ni, Britain memerintah dunia dan nilai Pound menjadi nilai mata wang antarabangsa. Kemudian Dajjal pergi ke hari seperti sebulan dimana Amerika Syarikat kini menggantikan Britain sebagai pemerintah dunia.

Dan macam kita lihat sekarang U.S. dollar jadi mata wang antarabangsa. Dan sekarang Amerika Syarikat sedang menyerahkan kekuasaannya kepada Jerusalem(Israel) sebagai pemerintah dunia.

tapi persoalannya,apa mata wang yang akan memegang dunia kelak? ekonomi sekarang pun aku tau memang tak menentu. Jadi jawapannya, U.S. dollar akan diserang, dan ia akan tumpas dan membawa bersamanya kesemua duit kertas di dunia.

So, duit kertas memang tidak akan ada pada masa depan. Israel pun akan memperkenalkan duit halimunan, bukan dalam bentuk fizikal. Ia akan menjadi duit elektronik.

Ia akan dikawal oleh sistem perbankan di seluruh dunia dan Yahudi akan mengawal semua sistem perbankan dunia! ni biarlah kita tunggu dan lihat.

aku tulis ni bersempena maulidur rasul esok..

Saturday, February 20, 2010

skateboarding



(sebagai sebuah dedikasi kepada org yang support aku dalam sukan ni x kire la parents ke, adik-beradik ke, amoi atau bangla-bangla yang selalu pelik tgk aku main benda ni)


orait. jgn tanya aku kenapa kaki aku beruratkan dawai. tough(jgn pcaye ni). haha. fuhh. hari ini aku tak nak ambil gambar. sekadar ingin menyingkap kembali zaman awal bagaimana aku libatkan diri dalam skateboarding. sukan yang bagi aku dulu hanya golongan hetero/urban saja yang menggilainya. sehinggakan atok aku menggelarkannya sbg sukan org putih. haha ok. aku kenal sukan ni sejak aku berumur 11 tahun dan waktu tu lah aku dapat deck 'cikai' hadiah bapaku. selain drpd pengaruh abang2 aku,tak silap aku game tony hawk pro skater 4 la yang memulakan segalanya. daripada dok ketagih main game tu, baik aku try je main betol-betol. then, aku stop kejap. alasan nak upsr tetapi sebenarnya aku serik. haha. dok jatuh sana sini, sape yang tak serik beb?

then lepas je upsr, aku plan start skate balik. berbekalkan duit hasil upsr, aku terus beli deck kedua. powell minilogo. menyedari sukan ni seperti berhantu. bila masuk je form 1 dan form 2, aku memang tak boleh nak stop. terpukau dgn grafitti di sk8park di stadium muar. dok bergaul dengan abang yang jauh lebih dewasa yang terdiri daripada perokok yang sgt sgt tegar, aku mmg tak boleh stop main benda ni. sedangkan kawan-kawan yang seusia dgn aku pada waktu tu sibuk dgn awek cantik la(cantik tu subjektif bak kata sam), kapel la, awek tetek besar la, gay sana sini la, kopulasi la, pornografi la, organ-organ sulit la, sementara aku? aku pulak tak habis-habis dgn benda ni.

secara metaforanya, se purnama masa diambil utk belajar sebahagian trick2 sk8board. trick pertama aku ollie(sampai habis sumer kasut sukan kat rumah aku rosak terok). habis segala benda nk dilompatnye. nampak kayu je ollie. nampak rumput je ollie. tapi hari ni aku land k-grind. haha. ok sambung. then sampai form 3 aku stop lagi sekali. mcm biase, alasan seperti org yg nk smbung ekor beruang...pmr. lepas tu jgn cerita la bila aku masuk saser. terus je berhenti.




(k-grind, sekual ke-5 je aku terus jatuh mcm nangka)

jadi selepas spm aku tekad kembali. melihat adik dan abang aku yang dah semakin power, aku semakin jeles. jalan-jalan kat ou. singgah 'the push' dan sekali lagi ayah aku support, sekali lagi aku dapat satu deck complete. so, sesapa nk beli deck complete baru, belilah kt the push,ou. boleh gak la dpt murah. tapi sumpah aku tak jamin. haha. so sehingga kini aku penuhi hari-hari aku dengan skateboard. jatuh sane tergolek sini, jatuh sini tergolek sane dan tak pula bekerje apatah lagi smbung study.

noseslide

(lokasi-laman maharani,muar)

Wednesday, February 17, 2010

the arrivals


bosan? ok hari ini aku mengalihkan segala perhatian aku ke sebuah cerita. sama ada cerita atau sebuah dokumentari. itu aku sendiri tidak pasti. ya. the arrivals. daripada noreagaaa & achernahr production. tengok tu. this series will investigate the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of the Christ...

dokumentari ni menerangkan asal-usul dan matlamat freemason. seingat aku dulu, yang selalu bising pasal hal ni ifwat sorang je. tapi tu dulu. memang aku tak ambil pusing pun. masa begitu mendewasakan aku. so jom tengok.

Thursday, February 11, 2010

5 theta





(post ini berstatus panjang. aku sendiri pun tidak mengharapkan yang ianya dibaca. kadang-kadang ada sesuatu yang perlu diluahkan)

5 theta?owh tidak. habis segala macam perkara yang menyebabkan pergerakan di dalam dunia ini terhenti. ini barangkali disebabkan semuanya seakan akan terpaku melihat diriku terkejang dipanah panahan rindu 5 theta. orang yang sedang memandu kereta terus terhenti. orang yang sedang makan turut terhenti. peguam yang sedang membicarakan kesnya di mahkamah pun hanya terpaku apatah lagi pasangan manusia yang sedang berkopulasi. pun turut terpaku dan terhenti.

ini barangkali disebabkan berlakunya suatu perkara yang dianggap tidak logik untuk menghasilkan sebuah introduksi bagi entry kali ini.

5 theta merupakan sebuah kelas di saser yang berstatus agak skema. kenapa?aku pon tak tahu.
bagi aku kelas ini terdiri daripada 22 orang pelajar yang boleh dianggap low profile. seakan menjadi kebiasaan apabila qodong dan rakan-rakannya bersembang mengenai topik gay secara terbuka. seakan membuat suatu perkara yang salah apabila kami sering bermain poker bersama. seakan menjadi hiburan apabila melihat ada rakan yang terkena flying doggy(posisi kopulasi ciptaan botak).

seakan juga menjadi kemestian apabila rakan ini mengutuk atau men'drop' rakan itu. seakan menjadi trauma apabila melihat seorang rakan terkena beger pada locker(seorang rakan akan dihimpit ke locker secara ganas dan beramai-ramai). aku rase itulah penyebab terbesar yang menyumbang kepada kerosakan locker di kelas ini.

seakan tiada kerja yang hendak dibuat apabila kami menghantar flyer sesat(dedication card yg dijumpai dimana saja secara percuma kemudian ditulis sebuah mesej yang bukan-bukan kemudian dihantar kepada org yang tidak dikenali).

idea asal oleh aku tetapi yang menulisnya ramai. yup seingat aku,yang pernah menjadi mangsa ialah naziha dari stf. seorang yang aku sendiri pun tidak tahu siapakah gerangannya. sama ada kurus atau gemok. totally unknown. dan kalau ada antara mereka terbaca entry ini. sori kerana menganggu anda.

kelas ini menjadi saksi terhadap semua perkara yang berlaku dalam kalangan kami. ketika kami ketawa. ketika kami bergaduh dan bertumbuk. ketika kami dimarahi guru. ketika datuk onn dibuli. ketika kami serius belajar.

ketika kami menggondol naib johan ragbi. ketika kami berbelah bagi sama ada nak pergi waktu PJ atau tidak (this is the 'skema' part). aku mmg nk PJ setiap masa haha!. ketika kami dikerah untuk membayar 20 sen kerana tidak mengosongkan meja. ketika kami dikerah untuk menglap tingkap. ketika kami mengambil spm. dan kini....semuanya tiada lagi.

(12 feb,tarikh kami mula mengenali theta dan hari ini 12 feb,kami tidak lagi seperti dulu)

Wednesday, February 3, 2010

sepetang






(ihsan d3000)

lokasi-kelab golf tanjung emas,muar

snap







(tiada apa yang perlu dibaca,sekadar melihat)

lokasi-putrajaya,malaysia

Monday, February 1, 2010

tumbesaran

lapliplup. lapliplup. lapliplup. ya kini aku berusia 18 tahun, dah ada janggut dan bulu-bulu yang lain. semakin tinggi dan berat badan pun semakin naik. tapi, aku tak tahu sebab apa orang-orang diluar sana masih tak dapat nak membezakan yang mana satu abang dan yang mana satu adik.

situasi 1 (jemputan kahwin)

ok biasanya jemputan kahwin ni melibatkan parents aku. aku kalau ikut pun sebab lapar je. biasanya diorang akan cakap "ha awak ni mesti anak last kan?" then aku angguk je.

situasi 2 (kt saser)

sedang-sedang aku duk punggah barang naik ke B102. adik aku pun kadang-kadang ikut naik. then ifwat tegur "yat agak la bawak naik abang!" nasib baik takde cikgu time tu. then bila dah selesai aku punggah barang. beberapa jam kemudian dia tanya aku lagi.

"yat tadi abang ke adik ko?"

"adik aku"

"aik? kenapa dia macam abang ko, badan dia lagi besar"

"haha sebab badan aku lagi kecik"

situasi 3 (hari raya)

ha ni memang paling best. nama pun hari raya, jadi semua sanak saudara duk berkumpul kat rumah atok. bayangkan la 13 family dalam satu rumah, konfem banyak cerita punyalah. sesi mengukur siapa labih tinggi dari siapa pasti berlaku. kalau ada saudara yang jarang jumpa. mesti diorang cakap aku anak last dalam family aku.

*kecil itu menawan.
Powered By Blogger