

(post ini berstatus panjang. aku sendiri pun tidak mengharapkan yang ianya dibaca. kadang-kadang ada sesuatu yang perlu diluahkan)
5 theta?owh tidak. habis segala macam perkara yang menyebabkan pergerakan di dalam dunia ini terhenti. ini barangkali disebabkan semuanya seakan akan terpaku melihat diriku terkejang dipanah panahan rindu 5 theta. orang yang sedang memandu kereta terus terhenti. orang yang sedang makan turut terhenti. peguam yang sedang membicarakan kesnya di mahkamah pun hanya terpaku apatah lagi pasangan manusia yang sedang berkopulasi. pun turut terpaku dan terhenti.
ini barangkali disebabkan berlakunya suatu perkara yang dianggap tidak logik untuk menghasilkan sebuah introduksi bagi entry kali ini.
5 theta merupakan sebuah kelas di saser yang berstatus agak skema. kenapa?aku pon tak tahu.
bagi aku kelas ini terdiri daripada 22 orang pelajar yang boleh dianggap low profile. seakan menjadi kebiasaan apabila qodong dan rakan-rakannya bersembang mengenai topik gay secara terbuka. seakan membuat suatu perkara yang salah apabila kami sering bermain poker bersama. seakan menjadi hiburan apabila melihat ada rakan yang terkena flying doggy(posisi kopulasi ciptaan botak).
seakan juga menjadi kemestian apabila rakan ini mengutuk atau men'drop' rakan itu. seakan menjadi trauma apabila melihat seorang rakan terkena beger pada locker(seorang rakan akan dihimpit ke locker secara ganas dan beramai-ramai). aku rase itulah penyebab terbesar yang menyumbang kepada kerosakan locker di kelas ini.
seakan tiada kerja yang hendak dibuat apabila kami menghantar flyer sesat(dedication card yg dijumpai dimana saja secara percuma kemudian ditulis sebuah mesej yang bukan-bukan kemudian dihantar kepada org yang tidak dikenali).
idea asal oleh aku tetapi yang menulisnya ramai. yup seingat aku,yang pernah menjadi mangsa ialah naziha dari stf. seorang yang aku sendiri pun tidak tahu siapakah gerangannya. sama ada kurus atau gemok. totally unknown. dan kalau ada antara mereka terbaca entry ini. sori kerana menganggu anda.
kelas ini menjadi saksi terhadap semua perkara yang berlaku dalam kalangan kami. ketika kami ketawa. ketika kami bergaduh dan bertumbuk. ketika kami dimarahi guru. ketika datuk onn dibuli. ketika kami serius belajar.
kelas ini menjadi saksi terhadap semua perkara yang berlaku dalam kalangan kami. ketika kami ketawa. ketika kami bergaduh dan bertumbuk. ketika kami dimarahi guru. ketika datuk onn dibuli. ketika kami serius belajar.
ketika kami menggondol naib johan ragbi. ketika kami berbelah bagi sama ada nak pergi waktu PJ atau tidak (this is the 'skema' part). aku mmg nk PJ setiap masa haha!. ketika kami dikerah untuk membayar 20 sen kerana tidak mengosongkan meja. ketika kami dikerah untuk menglap tingkap. ketika kami mengambil spm. dan kini....semuanya tiada lagi.
(12 feb,tarikh kami mula mengenali theta dan hari ini 12 feb,kami tidak lagi seperti dulu)
(12 feb,tarikh kami mula mengenali theta dan hari ini 12 feb,kami tidak lagi seperti dulu)
No comments:
Post a Comment