Monday, March 8, 2010

episod 11 mac

ok. entry kali ini bermula dengan episod mak ani mencari kucing putihnya di tengah-tengah tasik titiwangsa, dan cerita bersambung apabila ade sepasang couple cina bercumbu di stesen LRT hang tuah dua bulan yang lalu, sehinggalah aku baru sahaja memperoleh sepasang kasut nike sb hari ini, kini aku sedar masa berlalu begitu cepat. mmg benar, time wait for no men.

kalau dulu heboh pasal nak tunggu 18 november, tapi hari ni, lagi kecoh pasal nak tunggu 11 mac.

"lek eleh, relaks la brader, result spm je, ni ha moto ni, kan boleh menjamin masa depan ko jugak", kata brader rempit yang tersangat 'cool' kepada arman yang baru je lepas lulus test jpj.

memang btol, spm je kot, haha, it's not the end of the world babe!tapi tu kata brader-brader shuffler yang dah pon lame abes spm. bagaimana dengan aku? seorang yang masih tak tau nak decide cita-cita sendiri.

atau lebih terang, tak tau ape course yang akan diambil untuk menyambung pengajianku di ipta/ipts yang selalunya dipandang tinggi oleh mak jah, seorang janda meletop yang mempunyai sebuah gerai goreng pisang di hujong kampung pisang.

kemudian episod cerita ini akan disambung, bermula dengan detik aku berjalan kaki dengan berbaju melayu pada 11 mac, 10.45 pagi. menuju ke stesen bas. then naik bas hingga ke seremban, kemudian naik teksi untuk ke saser. selepas itu, cerita akan terhenti, kerana aku pon tak tahu apa yang akan keluar pada slip keputusan nanti.

kemudian bermula pula episod berjumpa guru dan rakan-rakan seperjuangan, bergelak ketawa hanya sekadar untuk melupakan kekecewaan. selepas itu, balik ke rumah, campak baju melayu dalam washing machine kemudian dok la mengadap fesbook, twitter, maispace, etc. di situ sudah pastinya terdapat status rakan yang gembira dan ada yang 'redha sajalah'.

so, bagi rakan-rakan saser, marilah berbaju melayu pada khamis nanti (ni je mesej yang aku nk sampaikan sebenarnye)

No comments:

Powered By Blogger