Friday, March 19, 2010

cerita untuk tegan&sara

hari isnin minggu hadapan merupakan hari yang istimewa. hari dimana aku mengambil ujian permainan jpj yang telah lama aku idamkan. jadi aktiviti menonton video terhangat melayu di halaman melayuboleh memanglah suatu idea yang kurang bernas di saat genting begini.

haha, aku tahu mungkin anak-anak remaja di kawasan kundang hulu lebih arif mengenai kepupusan laman web seperti itu, jadi sah-sah aku ketinggalan zaman. tiada kena-mengena dengan tegan&sara.

jam analog bagaikan statik pada minggu lepas. suatu minggu-yang-amat-hectic. sejarah membuktikan bahawa aku telah merangka satu strategi yang tidak islamik bagi memilih course terbaik untuk permohonan biasiswa. ya tuan-tuan, biasiswa!yang selalu digunakan oleh anak melayu untuk membeli gajet-gajet teknologi terkini yang kelihatan sangat kool dimata penduduk kampung pisang.

strateginya mudah. pemadam adik aku yang dipotong seperti cube atau lebih senang kita panggil dadu. kemudian ditulis pula kursus-kursus yang aku minat dengan menggunakan kod tertentu. setelah diundi selama tiga kali, yeah hasilnya, aku memilih kejuruteraan jerman. pernah juga aku membuat search di ejen pencarian google mengenai kursus ini, tetapi pelik. bagaikan suatu kebetulan apabila keputusannya merujuk kepada 'sasha gray and jenna jameson tour on germany'?!. what the...

secara jujurnya, aku tidak mengharapkan apa-apa untuk biasiswa ni. apa yang aku harapkan ialah aku dapat mendengar lagu dendangan tegan&sara setiap hari. owh ya, alangkah baiknya jika aku dapat ke putrajaya esok hari. barangkali boleh juga aku menyaksikan pro skater europe (rujuk skatemalaysia.com) beraksi di malaysia, tanah tumpahnya darahku.

7 comments:

Mohamad Iskandar said...

wow..german..bkal2 stdent ALG ar ney...anyway..gudluck!!

hayat said...

ckp gudluck byk2 kat aku k!

farid™ said...

haha..bahaye dow nak ujian tk melayuboleh.hux...

hayat said...

tu la pasal

syahira said...

wah!akhrnya.
HAHA.gudluck2.

hayat said...

gudluck to u too

adam said...

ceh shasha grey and jenna jameson siot haha
siot betul:P

Powered By Blogger