hari ni saja aku nak guna 'gua'. sajalah kasi nampak macam brader-brader sikit.
orait lepas dah dok cerita pasal aktiviti harian gua hari tu, so hari ni gua ingat gua nak buat flashback lah sikit. yelah bukan apa, baru tadi gua duk belek-belek laptop gua tetiba gua perasan satu benda. punyalah banyak gambar-gambar gua masa kat college dulu yang memang gua tak pernah upload kat mana-mana pun.
jadi untuk mengelakkan masa daripada terbuang dengan jayanya, so gua dah plan nak buat satu post pasal trip gua bersama roomate gua ke penang.
tema dan persoalannya mudah.
kami berlima terasa ingin menambah baik pengetahuan kami mengenai malaysia dengan lebih lanjut. maka kami terus pergi ke pulau pinang.
namun jalan ceritanya tak berapa nak mudah sebenarnya. cis, baru 4 jam dalam kereta kau dah mengeluh ya?
baiklah mari kita terus melihat gambar-gambarnya.

orait, kita mulakan dengan gambar encik wafiy bersama nasi kandaq-nya. lihat, betapa menggunung nya nasi beliau. disini gua nak nasihatkan korang supaya jangan sekali-kali terpedaya dengan ketinggian gunung nasi itu. apakata korang cek dulu harga dia.
ok, lepas dah kenyang kami lepak-lepak jap cerita pasal masa depan. tiba-tiba bunyi wisel kedengaran!ha, tu semua kerja brader m.u. ni. dia port baik duduk kat depan sinki semata-mata nak tiup wisel then tanya "line clear?". yang ni gua nasihatkan layan je la brader ni. jawab je lah "line clear!".
baiklah gambar seterusnya. disebalik poket yang sudah kering, ketahuilah keceriaan yang terpancar pada muka brader po dan wafiy ini bukanlah dibuat-buat.
amacam? masih mahu nafikan bahawa gua rindu lecturer chemistry gua? kini tidak lagi. haha. kau bayangkan tengah gua berseronok berjalan-jalan dekat georgtown, tetiba gua jumpa ini. hapalagi, kasi snap satu kali la.
ini gambar gua di hadapan hotel penginapan. bilik dia mak ai punyalah kecik. apapun, gua selesa tidur kat hotel ni. tapi gua sengaja tak nak tanya 4 kawan gua yang lain keesokan harinya.

kalau gambar sebelum ni diorang senyum. kini tidak lagi. barangkali lapar agaknya. ketahuilah juga bahawa keseriusan pada riak wajah brader ini pun bukanlah dibuat-buat. disini gua ada nak bagi satu nasihat. untuk yang ada masalah makan awal, korang jangan risau. standby duit, terus je datang kedai ni.