Saturday, June 13, 2009

balik la

yehhaaa!!! before 6!!!

Thursday, June 11, 2009

apabila khusyuk bermain


itu pasal lah kerje rumah aku tak siap-siap

Monday, June 1, 2009

warisan


bilik 216


bersama pak ibrahim dan pak khalid last day ( :

kem biro tatanegara (btn). bila aku dengar je kem ni diadakan untuk budak sbp, aku pun naik pelik. aku ingatkan btn ni untuk orang yang bekerja kerajaan je, rupanya budak sekolah pun boleh join. dan seramai 112 orang budak saser telah jadi volunteer (dengan harapan untuk tidak menghadiri kelas) untuk kem ini.

apa yang aku boleh cerita, kem ni memang best gila beb. dari makanan sampai ke tempat penginapan, dari fasilitator sampai ke jurulatih, semuanya best tahap dewa.

first day, bermula dengan pembahagian dorm dan aku msuk bilik 216 bersama apeng, ifwat, obama, syed, sheikh, santa, afwan, skem dan aniq, selepas itu bermula la ceramah. then 2nd day, kiteorg dibahagikan kepada beberapa group dan fasilitator. aku masuk group 5 dan fasilitatornya ialah pn akma. cun.

apa yang best kat sini ialah jurulatih nya. pak ibrahim dan pak khalid yang sporting lagi memelikkan. pak ibrahim especially, memang sumpah kelakar dan sikit-sikit suruh 'bumping', dari padang kawad sampai la kat dalam hutan, still dia suruh bumping gak.

part yang paling aku suka masa kembara malam. satu group diberi satu lampu suluh then travel la dalam hutan tu. then kat checkpoint 2, kiteorg dilepaskan sorang-sorang. jalan dalam hutan berpandukan lampu LED berkelip merah. sebelum kembara mlm, kiteorg dengan sedihnya mengucapkan gudbye kat fasi kiteorg. 'ya, kamulah warisan'.

*tak boleh lupa pak ibrahim, pn akma, dan seman

Sunday, May 31, 2009

one to seven


baru baru ni saser dikejutkan dengan berita bahawa namanya akan ditukar kepada sm sains tunku muhriz. dan kat blog dendron pun dah mula nak buat kempen untuk bantah penukaran nama ni. so pihak sekolah hanya diberi masa setahun untuk membuat keputusan.

pada pendapat aku. benda macam ni hanya membazir tenaga dan wang. yela dari cadar hingga ke neck tie, dari lencana hingga ke lagu sekolah, semuanya kene tukar baru bagi mewujudkan identiti baru tu.

so poster kat atas ni aku ambil kat dendron untuk beri support kepada pembantahan penukaran nama tersebut.

Saturday, May 2, 2009

Friday, April 24, 2009

puzzle!

haha. ayah mahu belikan laptop baru. haha. ini yang ore dok pikir nak yang mana satu.

kem JPAM negeri sembilan


take 1


take 2


take 3



okay aku mula dari masuk kelas bm, then tiba-tiba si capap, acad dan ari datang. well, it's time to go. so, aku, remi dan baby terus clearkan meja dan blah dari kelas bm dengan senyuman dengan harapan agar rakan-rakan di kelas cemburu. then, lepas packing semua, kiteorg terus pergi ke kem rimba ilmu yang terletak di juasseh. memang sucks juga kem tu. nama je best. di sana kiteorg disediakan dengan tandas 'gred' paling rendah. sounds cool.

first day. makanan kat situ memang sedap gila, tapi bila nak makan banyak sikit je, apek pun tegur, "wei ko makan banyak-banyak ni nanti nak berak kat mana?", then hujan pula. so nak tak nak kiteorg kene keluar dari khemah untuk buat saliran.

boleh kata banjir satu khemah, baju-baju semua tak yah la aku cerita betapa kuyupnya. kat campsite, kiteorg berjiran dengan smk dato haji mohd redza dan smk rantau(totally non function) aktiviti kiteorg bermula pada malamnya, dimana sebanyak 10 sekolah dikehendaki buat persembahan kebudayaan.

2nd day. we're in action. bermula dengan kawad kaki, then pemilihan untuk ke kebangsaan dan seingat aku kiteorg giliran ke-2 bagi merempuh halangan. memang aku tengok laju juga pergerakan diorang. then malam tu kiteorg buat persembahan kebudayaan (sketsa pahlawan golobo). memang masa untuk mencapap beb time tu.

3rd day. masing-masing sibuk dengan section masing-masing. awal pagi lagi aku, capap, kamal, baby dan azrin dah kene buat action kat section pertolongan cemas. boleh kata menggigil gak siot tangan aku waktu tu, gratefully, kiteorg buat je apa yang disuruh. then ada pertandingan mengawal kebakaran. section paling best beb pernah aku tengok. sebelum tu ada gak pertandingan untuk section penyelamat. tapi memang sedih, disqualified la pulak then malam tu ada kebudayaan final. so ada 6 team je.

last day. kiteorg diberi penghormatan bersama tkc untuk kawad kawalan. so kiteorg kawad je macam biasa. fish pun mase tu dah janji die akan berak sekali lagi kalau saser menang kawad kaki. tapi sedih, hajat tu memang perlu dibatalkan. kami dapat naib johan bagi kebudayaan, pertolongan cemas , kawad kaki dan johan bagi mengawal kebakaran.

so sebelum balik sempat juga kiteorg buat cheer tengah panas buta tu.

*macam biasa. sampai je sekolah semua cari tandas dulu. then jerit puas-puas dalam tandas.
Powered By Blogger