Saturday, June 18, 2011

turbulence






puas hati
ohh kali ni awek betul-betul semegah
damn semua trick mengganas

Wednesday, June 15, 2011

oh AS











melaka bandar bersejarah
awek melaka yang tidak semegah
RM 199.90 ialah harga makanan (ikan bakar) dan dihidang untuk 8 humanoid yang lapar


ricochet


betullah kata orang. malang sangat berbau. tapi, apa yang korang tahu pasal malang? benda yang korang kalau boleh nak sangat elak, tapi akhirnya terjadi gak kat korang. dan akhirnya korang gak yang mengalami frustrasi yang amat.

jadi inilah dia, aku kumpulkan segala jenis malang untuk korang baca pastu gelak kat diri sendiri, contohnya :


1. kau ada musuh ketat. dan yang paling tak bestnya, musuh ketat kau dapat apa semua yang kau tidak dapat.

2. gagal mendapatkan satu lagi markah untuk melepasi nilai minimum dalam ujian berkomputer untuk mendapatkan lesen memandu L.

3. kau lapar. dan kau berusaha untuk makan percuma pada majlis bacaan yaasin di surau berdekatan pada malam jumaat, tapi tiada makanan disediakan pada malam itu.

4. bekas teman wanita lama kau kini bercinta pula dengan kawan baik kau.

5. kawan lama kau kembali menghubungi kau setelah sekian lama, dan apabila berjumpa ianya hanyalah semata-mata untuk perangkap kau untuk terlibat masuk dalam MLM (multi level marketing). ini memang boleh buat bergaduh.

6. dalam permainan bola sepak, kau telah menggelecek(dribble) seramai 4 orang untuk menuju ke gawang gol, namun apabila di depan gawang gol, kau mensia-sia kan peluang apabila hayunan kaki kau tak sentuh pun bola tu.

7. kau sibuk bercerita mengenai kereta baru kau Porsche GT3 RS 4.0. namun apabila disuruh untuk memulakan enjin (start engine), kau baru sedar yang kunci kereta kau tertinggal di dalam kereta.

8. kawan-kawan kau bukan sahaja tidak mentertawakan jenaka kau, bahkan yang lagi teruk mereka tak perasan langsung yang kau sedang bercakap.

9. kau sudah mengeluarkan duit yang banyak untuk persiapan pakaian pada majlis makan malam tahunan. apabila tiba di majlis tersebut, kau baru sedar yang kau silap tema, dan kawan-kawan kau tetap memberikan semangat kepada kau untuk terus menghadiri majlis itu semata-mata untuk menghabiskan makanan yang ada.

10. kau berbangga dengan lagak seperti rockstar apabila kau berjaya menghabiskan puluhan minuman tin redbull pada sebuah gig band tempatan. namun 5 minit selepas itu kau disaman oleh pakcik tua penjaga kelab kerana membuang secara sesuka hati.

11. apa-apa sajalah yang kau bengang terhadap.



Friday, June 10, 2011

what a start



kali ini aku dah buat keputusan. dengan nafas lebih segar, aku dah tukar link blog.

jangan tanya aku kenapa aku guna word 'porn'. barangkali sudah malas nak promote blog agaknya. alah korang pun tahu kan berapa juta orang taip word porn setiap hari kat google search.

so, kalau search porn kat google. korang tahu yang korang akan jumpe blog aku dulu.




i take 2.5 years to make this 86th post



momentarily rarely been online, but i promise i will get to you guys personally when i have the chance. i wish it will be a great comeback for me during this 10-days free time.

and for my mum, i promise that i will study seriously after this.


Tuesday, May 17, 2011

AS


DOAKAN SAYA UNTUK EXAM AS

Friday, March 4, 2011

the unprofessional love stealer


bermula dengan 'masquerade' kemudian 'night of stars' begitulah tema yang telah ditetapkan pihak penganjur untuk majlis makan malam kali ini. macam biasa la brader, tema untuk dinner kat mana-mana tempat pun memang pelik dan selalu berakhir dengan pemakaian pakaian sesuka hati oleh pelajar, bercampur gaul seperti nasi beriani gam Ammerali di seksyen 15, bangi.

hai come on lah, aku rasa korang pun patut tahu yang majlis makan malam sebegini memang tiada apa yang lagi penting selain dari makan dan juga aktiviti selepas makan...bergambar.


meja telah disetupkan dan disusunkan mengikut bilik. dan budak bilik aku dapat meja 15, agak terpisah jauh dengan rakan satu batch tetapi agak dekat dengan senior. korang jangan main-main, nombor ni memang 'ong' beb dan akan dibuktikan semasa exam AS dan A2 nanti.

ini pula gambar bersama apai dan amir hamdi, senior se-persekolahan dulu. keupayaan mereka melepasi cut-off point dalam a-level cukup mengagumkan. dan apa yang lagi penting, ketahuilah bahawa kedudukan dalam gambar ini disusun secara rawak, bukannya mengikut ketinggian. lihat saja muka aku yang puas setelah membawa pulang satu hamper pada malam itu.

gambar berdua begini memang ada untuk sekali dalam setahun. jangan mudah terpengaruh dengan wajah comel din cute. disebalik wajahnya yang begitu, ketahuilah bahawa segala maklumat tentang drama korea ada di hujung jarinya. dan mengenai wanita SNSD juga mungkin?

ini foto din cute bersama syaza yang riang bersama baju canggih nya. alang-alang dia dah duduk kat situ, dia jelah budak perempuan batch aku yang berjaya ada dalam koleksi gambar untuk majlis kali ini.

bagi kiteorang berempat, kak sarah lah yang merupakan 'queen of the night'. tapi sayang, apabila diajak bergambar dicakapnya pula ,"husband akak boleh masuk gambar tak?" sambil melihat kepada iqtidar ahmad. terasa seperti love stealer pula. walau apa pun, dia tetap sporting memberi shot-shot nakal ketika sesi pengambaran.

ini pula gambar kami sebagai rakan sebilik setelah berusaha keras untuk tidak memasukkan amir di dalam gambar, tetapi gagal. kami kemudiannya cuba untuk memberi senyuman ikhlas, dan aku rasa itu berhasil!

ini pula gambar bersama senior adib. antara senior se-persekolahan yang rapat dan banyak memberikan tips-tips berguna kepada kami. terima kasih, dan semoga bersua lagi di jerman nanti. amin.



Powered By Blogger