Wednesday, January 30, 2013

marilah menunaikan solat


Sebenarnya dah lama dah gua fikir nak buat post nasihat menasihati begini tapi tulah disebabkan kesuntukan masa, nak update blog pun gua dah tak sempat.

tema dan persoalan nya mudah. solat itu tiang agama dan kalau tak solat, agama akan runtuh. gua rasa semua orang tahu yang solat ni penting tapi selalunya benda penting ni lah yang selalu kita buat sambil lewa. bila gua tanya diri sendiri, gua sendiri pun tak terjawab.

tapi kalau dari segi pengamatan gua dengan tambahan daripada buku pendidikan islam tingkatan 3, kita semua lalai solat disebabkan :

a. environment. tengok kawan lain buat tak tahu je, kita pun dok ikut rilek je lah.
b. jarang dengar hadis. since kita tak nampak apa yang kita akan dapat bila solat, jadi kita kene ambil tahu lah sikit-sikit. so dalam hadis ni banyak cerita pasal ganjaran-ganjaran solat yang sekali gus membakar lagi semangat kita yang selama ini malap je. feh ayat aku dasyat.
c. dah banyak sangat tinggal solat. sampaikan bila tak solat pun dah tak rasa apa-apa dah.
d. korang boleh tajak sendiri dah, apa-apa jawapan yang releven semuanya betul.

gua bukan apa sebenarnya, cuma gua terkilan. gua terkilan dek kerana apa yang Rasulullah risaukan, tangiskan dan gusarkan selama ini mengenai lalai solat umatnya betul-betul terjadi kat depan mata gua. lebih menyedihkan isu ini terjadi kat gua sendiri.

jadi ingatlah sahabat-sahabat, kita ni bila mana dilahirkan ke muka bumi, kita akan diazankan. dan apabila kita mati pula, kita akan disolatkan. tapi sayang tuan-tuan, jarak antara azan dengan solat tak lama.

jika Tuhan nak kita pergi, dalam apa jua keadaan pun kita boleh pergi even dalam kelambu sekali pun.

Tuesday, January 1, 2013

if i could be who you wanted, all time




"I am more worried about being a good person than being the best football player in the world. When this is all over, what are you left with?" - Barcelona and Argentina forward, Lionel Messi.



Friday, November 23, 2012

we are accidents waiting to happen


kemunculan hero 'mee bandung muar'. ayuh!


dulu masa gua kecik-kecik, gua tak pernah percaya yang pelajaran boleh menjamin masa depan, jadi gua pernah tanam cita-cita nak jadi pro skater. dari bawah sampai ke atas semuanya orang sponsor.

serius heaven. tiap-tiap hari buat benda yang gua suka. tapi cita-cita gua semakin kabur bila gua masuk sekolah menengah.

masa tu gua baru tahu yang gua bukan jenis 'super-human' yang boleh fokus banyak benda. so gua terus dengan cita-cita gua yang lain untuk jadi jurutera. gua ingat lagi masa kecik-kecik nak pergi sekolah, setiap pagi gua akan sarapan.

sambil-sambil mak gua hidangkan sarapan, dia akan cakap 'sila makan bakal engineer'. aduh, punya sweet mak gua walaupun masa tu gua tak paham pun apa dia cakap.

jadi gua pun tekad untuk terus maju dalam pelajaran. tapi gua kalau belajar memang tak pernah serius pun dari dulu. sampai satu tahap gua tak tahu ape tujuan gua belajar calculus yang siap ada double integral bagai. cis.

tapi gua macam biasa, waktu tak ok gua ok, waktu ok pun gua ok.


Saturday, October 27, 2012

i might be wrong


berikut merupakan 10 fakta yang perlu kita renungi bersama-sama, yelah sementara kita semua ni ada free time nak baca benda-benda macam ni, yedok?

mari mulakan!

1. okay sekarang dah nak masuk 2 bulan dah belajar kat ump. tapi life dah sebijik macam kat gmi. keadaan bertambah buruk bila kampus yang gua duduki ini terletak jauh ceruk nun sana. cis ayat pun dah tak betul dah.

2. buat pengetahuan semua, gua ada kelas german setiap hari pukul 8 pagi. aduh punya azab. gua dah berazam untuk tidak ponteng pun tahun ni. tapi tulah, tak nak ponteng pun last-last gua ter-ponteng jugak.

3. gua ada sorang lecturer german dari ukraine. disebabkan kat sini byk cuti dengan event makan-makan, lantas beliau menamakan malaysia sebagai negara 'makan-makan'.

4. haritu ada pilihanraya kampus. nak cerita gua punya sikap yang tak 'up-to-date' kat kampus tu, gua main undi je awek yang agak-agak cun. dah macam nak pilih gula kapas dah.

5. ok tak habis lagi cerita pasal gadis-gadis. kat sini feh, ramai gila awek muslimah. adoi perlu ke aku terangkan lebih lanjut lagi? lupakan.

6. kelas yang paling gua blur sampai sekarang ialah kelas engineering material. padahal gua belajar dalam english ni, paham nye idok gak.

7. harga teh o ais kat sini still ada yang rm 0.80. waktu first time beli, gua siap suruh brader tu ulang suara 2 kali atas sebab ragu-ragu.

8. mengikut khabar angin, gua dikatakan akan menduduki exam testdaf tahun depan. haha. gua macam dah boleh nampak dah masa depan gua mcm mana. yelah bab belajar bahasa ni memang gua slow banyak.

9. aktiviti paling best kat sini ape lagi kalau bukan futsal disertakan dengan game bola PES 2013 sebagai aktiviti 'cool down'. pantang ada masa free, terus satu rumah turun main futsal.

10. beautiful family, beautiful friends. subhanallah, what more could I ask for? thank you, Allah.

gambar ala-ala cover album backstreet boys, amacam?



Tuesday, August 28, 2012

raya 2012


tidak mengecewakan. cuma bila umur dah jejak puluh-puluh-an ni nak main bunga api pun kene sorok-sorok. makan pun tak boleh comot-comot lagi dah. cis.

kalaulah masa aku budak (tak kisah la puasa cukup ke tak) dulu memang meriah. boleh main bunga api secara terang-terangan. makan ketupat dengan kuah kacang pun boleh comot-comot.


ini gambar kami 4 beradik. ketahuilah senyuman bukan dibuat-buat malah cukup meyakinkan ini bukan untuk dijaja. cuma jangan ditanya puasa kami cukup atau tak. raya tetap raya.


haha biasalah, bila sudah lama tak berjumpa gambar tipikal lompat-lompat mesti ada. cuma bezanya kami tak perlu lompat banyak kali. haha.


Saturday, July 21, 2012

don't act like i never told ya



mari perbanyakkan amalan dalam bulan yang mulia ini.

salam ramadan dari kami sekeluarga.

Monday, July 16, 2012

courage is the absence of fear


-if howard schultz gave up after being turned down by bank 242 times, there would be no starbucks today.

-if j.k rowling stopped after being turned down by multiple publisher for years, there would be no harry potter.

-if walt disney quit too soon after his theme park concept was trashed 302 times, there would be no disneyland.

so guys just don't give up and do your best for testdaf.


Powered By Blogger