al fatihah kepada almarhum DYMM Sultan Iskandar.
hari ini hari jumaat. dan hari aku bermula seperti hari hari sebelumnya, tetapi hari semakin mendung, dari situ aku tahu betapa lebatnya hujan yang akan membasahi bumi ini. semakin petang semakin mendung.
bapa pulang. "yat buka awani yat. sultan johor nak mangkat" err ok aku pun duk cari channel awani yang sememangnya amat jarang ditonton. hari semakin maghrib. dan pukul 8 malam ibu dapat msg dari sepupu. ya, mangkatnya sultan johor.
hal ini jelas mengembalikan ingatan aku ketika aku kecil dahulu. aku tanya kat atok aku.
"siapa orang dalam gambar ni tok?"
"dia la sultan."
seterusnya dia sedikit sebanyak cerita mengenai sultan. walaupun aku tak faham apa dia nak ceritakan tetapi masih segar diingatan walaupun 13 tahun perkara itu sudah berlalu.
No comments:
Post a Comment