Wednesday, April 28, 2010

bicara nafsu kabur

baru malam tadi aku berfantasi. oh ya, pernahkah korang berfantasi sambil tersengeh tentang wanita idaman yang korang akan miliki pada masa depan ketika sedang merenung cerek elektrik?

fantasi aku tidak lah sehebat mana. perlu mendaki gunung-ganang dan berenang di lautan api hanya untuk mencari seorang wanita yang diidam-idamkan. dalam perjalanan tu siap ade king kong yang bajet hensem yang berupaya menghalang usaha aku untuk mendapatkan wanita tersebut. tidak sama sekali.

kalau dulu, orang tak pernah kisah siapa yang akan kau ambili untuk menjadi teman hidup. apa yang penting orang tu mesti ade kriteria bersopan-santun(oh ya, perkara yang akan terjadi di ranjang tidak diambil kira dalam kes ini), pandai hormati suami, taat pada agama dan paling penting pandai ambil hati ibu bapa. kalau perempuan tu ade kriteria sebegini rupa, konfem dah boleh buat bini.

erm tapi ini kisah dulu.

tapi ini la klise artis-artis malaysia jika ditemuramah mengenai siapa yang akan dijadikan teman hidup. hipokrit. padahal masing-masing sibuk berparti liar di sana-sini. sibuk ingin mendedahkan dada yang berjerawat sambil mengenakan off-shoulder tops yang akan menampakkan lagi kesan suntikan BCG di zaman sekolah dulu-dulu. tapi bila ditanya mengenai calon hidup, susunan ayat memang memainkan peranan penting. itu hak masing-masing.

semuanya mungkin berbeza kini.

aku juga pernah terfikir mengenai hal ini dan mendapati aku punyai citarasa pelik terhadap wanita idaman aku.

1. seorang wartawan. ini penting. aku mempunyai impian untuk memliki sebuah kedai urut. jadi, mungkin kerja-kerja promosi akan menjadi lebih mudah. tapi, wartawan hiburan mmg aku bungkus siap-siap. aku sendiri pun sudah begini rupa. berkahwin pula dengan wanita sebegini, sentiasa sibok dengan gosip picisan yang tidak memberi faedah. sah-sah akan bersama di neraka juga di tingkat yang sama.

2. wanita yang mempunyai minat mendalam terhadap alam sekitar dan haiwan. ini penting. korang juga tahu betapa jarangnya aku bersama channel animal planet dan betapa seramnya aku dengan haiwan, serangga, etc diluar sana.

3. kini aku belum lagi terdesak, jadi paras rupa, ukuran badan, etc mungkin diambil kira.

topik ini sebenarnya terlalu subjektif (wah aku gune ayat ko sam) untuk dibincangkan. sebenarnya, tidak perlu untuk menaip entri sebegini panjang untuk menafikan seseorang itu gay, lesbo, etc. tapi aku akan tulis, jika aku mahu. hehe..

oh ya, tahniah kepada shiro, fahmi n carrot kerana terpilih untuk ke france. aku tengok korang ni pon aku da tahu, mungkin korang memang sama power dengan nur amalina 17A1. yang lain nye cuma korang belum masuk iklan pensel peperiksaan dan pati ayam brands je lagi.

4 comments:

. said...

post kau,selalu best.siot jah.hahhaha.

aku paling suka part nie
"sah-sah akan bersama di neraka juga di tingkat yang sama."

hayat said...

aku plak suka 'topik ini sebenarnya terlalu subjektif untuk dibincangkan'

haha

Anonymous said...

x masok ayam brand?
lepas nie aku nak masok iklan bak kut teh

hayat said...

iklan carefree pon okey

Powered By Blogger