Thursday, July 1, 2010

selamat hujung minggu

(30 minit, berusaha keras untuk tidak memulakan tajuk entri kali ini dengan tajuk picisan seperti hello julai!)


aku tanya kau, pernah tak kamu rasa lega dan gembira hanya kerana selesai pemeriksaan kesihatan? kalau korang tanya aku balik, dengan berlagak sejuknya(act cool) aku jawab pernah.

*mencarut*

ok. secara keseluruhan, pemeriksaan kesihatan aku mengambil masa 2 minggu. kenapa? sebab selama seminggu aku disuruh balik oleh nurse akibat kehabisan nombor giliran serta tidak membawa wang dan selama seminggu lagi aku menunggu keputusan ujian darah aku. so, seminggu campur seminggu sama dengan 2 minggu.

aku rasa ini merupakan rekod baru dalam dunia pemeriksaan kesihatan aku, sambil menggelengkan kepala sebagai tanda 'ya' yang selama ni aku buat pemeriksaan kesihatan tak sampai 26 minit dengan menggunakan khidmat klinik panel. yelah, aku faham ramai orang.

kini kelancaran perkhidmatan dan produktiviti yang dimiliki jabatan-jabatan kerajaan akan semakin diyakini dengan ada nya rekod sebegini.

aku memang tak mahu komen mengenai doktor yang berkhidmat. dia perempuan. dan dalam bilik dia ramai perempuan. first soalan dia tanya aku, adik ada penyakit angin pasang tak? aku hanya 'haaaa..' selama 5 saat. mungkin soalan favourite dia kepada pelanggan lelaki agaknya.

dia tanya lagi dengan nada yang lebih amarah, adik ada penyakit angin pasang tak? aku pun jawab dengan nada yang agak meyakinkan, erm tidak ada doktor! (kebetulan disitu memang ramai perempuan). agak cemerlang. sah, aku tidak menghidap seberang penyakit serius.

minggu depan, aku akan ke gmi, bangi untuk a-level.

*french navy by camera obscura




1 comment:

. said...

wahh.gmi ehh.so after dz jadik org jerman arr:)

Powered By Blogger