Thursday, November 4, 2010

ibu kandung suluh budiman


aku dah kira-kira, rupanya dah sebulan aku hilang. kalau aku sekarang seorang jurutera yang agak malas untuk berfikir, aku rasa gaji aku memang dah masuk dan siap ada simbol '-1000' lagi. peh, tak guna punye pemalas. ok, cukup aku jujur dengan korang semua. dan kalau aku nak cerita aku punya malas, sampai bulan depan pun tak habis.

dan kalau korang tanya aku ke mana menghilang selama sebulan ni?aku akan jawab 'aku bz stadi r'. biasalah tu, jawapan klise pelajar asasi yang sengaja tidak mahu membawa laptopnya ke hostel kemudian memberi alasan supaya senang fokus belajar. hah, pergi matilah. kalau ada masa, elok aku panggil acap rockstar bawak laptop, kemudian tengok movie sampai larut malam.

dah 4 bulan aku kat gmi, tapi macam tak de apa yang berlaku. ya, nak dijadikan indikator betapa lamanya 4 bulan, rambut aku boleh sempat panjang dan serabai kemudian aku potong dan sekarang panjang dan serabai kembali.

tapi apa yang menarik sepanjang 4 bulan aku belajar kat sini, aku dapat tgk macam-macam kelompok dalam program yang aku ikut ni.

first, kelompok pelajar yang berusaha menjermankan dirinya sehabis baik.

-kelompok ni memang ada. dah kalau nama pun pelajar program persediaan jerman kalau boleh semua barang nak dari jerman, download lagu dan filem dari jerman. dan...semua sudah pasang impian mahu memiliki kereta berstatus se-pek nestle honeystar yang dibuat di jerman. haha, aku suka part ni.

second, kelompok pelajar yang pasif tetapi dalam kelas merekalah kesatria budiman.

-aku dapat saksikan ini dalam kelas aku sendiri, kelompok 3 munchen. ya, dalam kelas aku memang ada satu set powerpuff girls. tak dinafikan, mereka hebat. aku tak boleh cerita banyak, cakap dengan diorg pun aku jarang sangat. lihat saja prestasi mereka dalam kelas jerman. amat jarang untuk melihat mereka berdiri atas kerusi hanya sebab tak hafal sesuatu vocab jerman yang begitu tidak mesra telinga.

third, kelompok yang suka buat hal sendiri kemudian selalu tanya 'weh apa homework hari ni?'

-kadang-kadang aku termasuk dalam kelompok ni jugak. tapi tak lah selalu. kelompok ni amat sedikit dan akan sentiasa mengekalkan status sebagai minoriti di gmi.

fourth, kelompok yang mengambil kursus ini hanya sebab 'please la, aku tak suka biology'.

-biasa dengar kan? haha, ini aku peduli apa. alasan pelik. aku tahu la, kalau kau berada di sini, takkan la kau nak jadi dokter. aku rasa kelompok ni ramai. cuma mereka sengaja malu mahu mengaku.

cukuplah sampai sini. korang pun tahu, kalau hati dibenarkan bercakap, memang perkara ringkas pun boleh jadi buku. dan kalau hati dibenarkan berkebun, lihat, padang pasir pun boleh jadi babylon. begitulah hati-hati kita semua, hati manusia. sekian.


6 comments:

. said...

hahahaha,yat rindu kau ouh

hayat said...

aku rindu kau jugak sam..see..post ko sumer da lain..haha

sknh said...

haha , hayat rajin aa dlm kelas .

hayat said...

ek eh..hang lg rajin teruk na..serius x tipu

sknh said...

tu lakonan je tuh , haha

hayat said...

Haha..yeye oo je

Powered By Blogger