Friday, April 24, 2009

kem JPAM negeri sembilan


take 1


take 2


take 3



okay aku mula dari masuk kelas bm, then tiba-tiba si capap, acad dan ari datang. well, it's time to go. so, aku, remi dan baby terus clearkan meja dan blah dari kelas bm dengan senyuman dengan harapan agar rakan-rakan di kelas cemburu. then, lepas packing semua, kiteorg terus pergi ke kem rimba ilmu yang terletak di juasseh. memang sucks juga kem tu. nama je best. di sana kiteorg disediakan dengan tandas 'gred' paling rendah. sounds cool.

first day. makanan kat situ memang sedap gila, tapi bila nak makan banyak sikit je, apek pun tegur, "wei ko makan banyak-banyak ni nanti nak berak kat mana?", then hujan pula. so nak tak nak kiteorg kene keluar dari khemah untuk buat saliran.

boleh kata banjir satu khemah, baju-baju semua tak yah la aku cerita betapa kuyupnya. kat campsite, kiteorg berjiran dengan smk dato haji mohd redza dan smk rantau(totally non function) aktiviti kiteorg bermula pada malamnya, dimana sebanyak 10 sekolah dikehendaki buat persembahan kebudayaan.

2nd day. we're in action. bermula dengan kawad kaki, then pemilihan untuk ke kebangsaan dan seingat aku kiteorg giliran ke-2 bagi merempuh halangan. memang aku tengok laju juga pergerakan diorang. then malam tu kiteorg buat persembahan kebudayaan (sketsa pahlawan golobo). memang masa untuk mencapap beb time tu.

3rd day. masing-masing sibuk dengan section masing-masing. awal pagi lagi aku, capap, kamal, baby dan azrin dah kene buat action kat section pertolongan cemas. boleh kata menggigil gak siot tangan aku waktu tu, gratefully, kiteorg buat je apa yang disuruh. then ada pertandingan mengawal kebakaran. section paling best beb pernah aku tengok. sebelum tu ada gak pertandingan untuk section penyelamat. tapi memang sedih, disqualified la pulak then malam tu ada kebudayaan final. so ada 6 team je.

last day. kiteorg diberi penghormatan bersama tkc untuk kawad kawalan. so kiteorg kawad je macam biasa. fish pun mase tu dah janji die akan berak sekali lagi kalau saser menang kawad kaki. tapi sedih, hajat tu memang perlu dibatalkan. kami dapat naib johan bagi kebudayaan, pertolongan cemas , kawad kaki dan johan bagi mengawal kebakaran.

so sebelum balik sempat juga kiteorg buat cheer tengah panas buta tu.

*macam biasa. sampai je sekolah semua cari tandas dulu. then jerit puas-puas dalam tandas.

Saturday, March 21, 2009

full tank

wah. full tank bai minyak kereta. macam biasa, tu tandanya kiteorg ni nak jalan jauh. esok lepas hantar aku, erm mungkin diorang singgah damansara. itu pasal la kene full tank.

ok. sebab esok aku nak balik so macam biasa, kita buat checklist,

keje umah :

fizik. better tunggu kawan la
kimia. check. kertas ujian pinjam kawan
bm. kat sekolah dah settle
bi. check
+math. check
math. check
bio. ada lompang-lompang. buat kat sekolah je
agama. check

ha itu je untuk sesi kali ini ya. setiap kali balik sekolah macam ni je la ceritanya. homework aku antara tak pernah siap dan tiru kawan. so thanks kat kawan-kawan yang banyak bantu(copy je).
korang memang layak digelar kawan lah.

balik rumah, berat turun

erm. memang macam tu la senarionya setiap kali aku balik rumah untuk habiskan cuti sekolah. yeah!! baru-baru ni aku pun telah kehilangan 0.5 kg. memang satu berita buruk untuk aku.

yup. sebagai seorang yang kurus, aku sememangnya sedang berusaha untuk menjadi gemuk atau dalam erti kata lain, erm, 'berisi' yup. memang satu masalah juga bila balik rumah je, memang nasi jarang disediakan.

ini mungkin disebabkan kesibukan parents aku mencari rezeki. however, duit tetap ditinggalkan untuk makan.

so bila aku dah pegang duit, mestilah aku tak cari nasi di kedai. sebaliknya, hanyalah roti, mcd, kfc, kadang-kadang pizza. so mungkin inilah punca kepada penurunan berat aku. yup perkara ini memang berbeza di sekolah, di mana nasi dan lauk pauk disediakan dengan banyaknya. so memang tak heran beb kalau berat aku bertambah hanya bila kat skola.

*special thanks to dm saser. walaupun masakan tak berapa nak sedap. tapi nasi juga yang jadi hidangan.

Monday, March 16, 2009

Papan selaju baru!

sebaik je aku tamatkan perbualan aku dengan budak ira kat hp, then my bro pun ajak turun bawah. ingatkan nak tunjuk apa. yeah, he just bought a brand new deck which is malaysian made. aku pelik gak la. tengok budak ni nak main kat mana. ada skatepark ke kat muar ni? pelik pelik pelik.

then on the tomorrow morning. i decided to have a nice jog at tanjung, sempat gak la usha-usha awek kat situ, tiba-tiba aku nampak signboard 'MUAR EXTREME PARK' i'm just 'wow'. tempat ni kire ok la. erm seingat aku tempat tu macam kat sunway city tambun tu, ada futsal, paintball, motocross dan skatepark. kira ok la skatepark tu, tak yah la nak compare dengan kat kl ke, putrajaya ke. asal ada sudah.

then balik je jog, ada gak semangat nak skate balik. walaupun kaki dah tak biasa dengan skate ni. so aku cakap dengan mak aku. rasa nak skate balik la lepas spm. then she just said 'ok'.

Sunday, March 15, 2009

SBP CRICKET CHAMPIONSHIP SOUTHERN ZONE





seperti biasa. bila balik je saser, semua budak tanya 'wei kriket kalah ke kalah?'.

Saturday, February 21, 2009

to find another deck.



ni la yang terjadi bila deck dah patah. sekarang kalau nak cari baru, peh, of course kene kos, paling minima rm 160. kalau tak silap aku.

amacam ada bran?

sepagi,sepetang di jalan Allah.

yeah. segalanya bermula bila mula je cuti CNY. so macam biasa, aku diberi pilihan, nak pergi kl or balik muar. so aku decide nak lepak kl la. then kawan ayah aku, mr.kasuan yang jemput aku kat saser. dari saser kiteorg terus pergi putrajaya untuk ambil anak dia yang dok blajaq di ssp. sambil tu dapat aku makan malam kat rumah saudara dia yang juga guru dia di ssp tu.

makan malam kat situ memang mewah. even lauk dia simple je tapi ok. kiteorg makan, then terus pergi uitm shah alam. then stay dengan abang aku kat situ. kiteorg duduk kat surau kolej jati.

kat situ hidup aku simple je, semuanya related to sunnah. dari cara tido sampai la cara makan, semuanya ikut sunnah rasul. then esoknya abang aku ajak pergi surau seksyen 7, di mana ramai student uitm,intec malah budak sekolah macam aku berkumpul untuk jalan Allah. biasanya ada sesi taklim dan kuliah agama je kat situ.

then kiteorg dibahagikan group dan group kiteorg kene pergi surau seksyen 25,shah alam. so disitu, kiteorg dikehedaki menjalankan aktiviti seperti beramal, taklim, kuliah agama, ajak orang sembahyang jemaah dan bercakap mengenai kebesaran Allah.

memang aku insaf ketika menjalani aktiviti yang dipanggil 'keluar' ni. 'keluar' tu bererti keluar di jalan Allah untuk meningkatkan iman kita. di sini, surau la tempat kita berteduh. dan makan semua dimasak oleh brader-brader uitm tu. kiteorg berada kat situ selama 3 hari. then aku, azam dan amal decide balik muar, sebab cuti aku nak habis beb.

*kesimpulan, selama ni memang aku dah lalai.
Powered By Blogger