Thursday, July 1, 2010

selamat hujung minggu

(30 minit, berusaha keras untuk tidak memulakan tajuk entri kali ini dengan tajuk picisan seperti hello julai!)


aku tanya kau, pernah tak kamu rasa lega dan gembira hanya kerana selesai pemeriksaan kesihatan? kalau korang tanya aku balik, dengan berlagak sejuknya(act cool) aku jawab pernah.

*mencarut*

ok. secara keseluruhan, pemeriksaan kesihatan aku mengambil masa 2 minggu. kenapa? sebab selama seminggu aku disuruh balik oleh nurse akibat kehabisan nombor giliran serta tidak membawa wang dan selama seminggu lagi aku menunggu keputusan ujian darah aku. so, seminggu campur seminggu sama dengan 2 minggu.

aku rasa ini merupakan rekod baru dalam dunia pemeriksaan kesihatan aku, sambil menggelengkan kepala sebagai tanda 'ya' yang selama ni aku buat pemeriksaan kesihatan tak sampai 26 minit dengan menggunakan khidmat klinik panel. yelah, aku faham ramai orang.

kini kelancaran perkhidmatan dan produktiviti yang dimiliki jabatan-jabatan kerajaan akan semakin diyakini dengan ada nya rekod sebegini.

aku memang tak mahu komen mengenai doktor yang berkhidmat. dia perempuan. dan dalam bilik dia ramai perempuan. first soalan dia tanya aku, adik ada penyakit angin pasang tak? aku hanya 'haaaa..' selama 5 saat. mungkin soalan favourite dia kepada pelanggan lelaki agaknya.

dia tanya lagi dengan nada yang lebih amarah, adik ada penyakit angin pasang tak? aku pun jawab dengan nada yang agak meyakinkan, erm tidak ada doktor! (kebetulan disitu memang ramai perempuan). agak cemerlang. sah, aku tidak menghidap seberang penyakit serius.

minggu depan, aku akan ke gmi, bangi untuk a-level.

*french navy by camera obscura




Saturday, June 19, 2010

operasi hujung minggu







the square, klcc.

keletihan.

dan kepada skuad world cup england, itulah aku dah kata, overrated sangat. sama je macam justin bi*b*r yang terlalu famous tapi belum lagi memenangi grammy. haha!



Friday, June 11, 2010

apa makanan kegemaran kau

maaflah semua ya.

dek kerana kesuntukan masa, aku memang jarang update blog ini. sekarang memang susah. ya, aku merupakan pembazir masa separuh masa, pembaca blog juga separuh masa dan apabila tiba untuk meng'update' blog sendiri, tiada masa pula. haha, memang betul-betul penulis picisan.

tengah hari tadi aku mengharapkan sesuatu yang magik daripada periuk mak aku. fuh, memberangsangkan. ya, periuk mak aku memang beraksi dengan begitu cemerlang. memang 'kung klang-kung kleng' habis. dan hasilnya, asam pedas lagi. lagi dan lagi.

dan dimasaknya ikan goreng sebagai masakan 'back-up' bagi asam pedas tadi. itu memang biasa.
mak aku dah tau yang aku memang susah nak makan asam pedas. walaupun asam pedas die sedap mcm kat peranakan place tu, tetap aku makan lauk lain.

jika mahu berdiskusi mengenai hubungan aku dengan asam pedas pada hari ini, fuh memang ajaib. dan baru tengah hari tadi mereka tidak tahu yang aku berjaya makan asam pedas secara diam-diam dengan jayanya. bravo!(bunyi tepukan diselangi percikan bunga api). memang aku terasa hero habis.

sebenarnya orang barat pun ramai yang sudah mula mencintai asam pedas. cuma mereka segan untuk mengakuinya. kepada orang melayu yang tidak menyukai asam pedas dan sekutunya, boleh pergilah kamu!

jadi apa makanan kegemaran kau?

*august by rilo kiley

Tuesday, June 1, 2010






selamat pengantin baru kepada abang boy dan kak ida

semoga bahagia hingga ke anak cucu

Saturday, May 22, 2010

think more deeper

stairways to heaven karya eugenio merino


aku tau. sekali tengok memang macam menghina. tapi, kalau 145 kali tengok (nombor diambil secara random) memang buat kita sedar. so, think more deeper.

segala pencarutan, segala perasaan kelam kabut sudah pergi. semua nya gara-gara kelembapan otak aku untuk menyediakan segala yang perlu untuk pendaftaran di um. tapi syukur, dapat gak aku rasa duit mara kt gmi nanti. sebenarnya aku memang tak yakin aku boleh dapat biasiswa mcm ni.

aku pergi interview pun dgn stokin koyak (aku memang tak sangka kena buka kasut mase interview tu), dgn ade soalan yang mampu buat aku senyum tanpa suara. baru aku sedar kenapa interviewer tu selalu pandang kaki aku semasa sesi interview tu. fuh, tidak meyakinkan.

aku tau la, semua siri turutan majlis gembira macam ini memang jarang berulang pada masa depan. aku cakap ber'siri' sebab aku dapat tawaran um, kemudian aku dapat tawaran mara, dan yang paling best, aku masih dapat mengikuti world cup 2010 dengan selesanya di rumah sendiri.

dan kenapa aku cakap 'jarang berulang'. sebabnya, korang sendiri pun ramai yang cakap hidup ni macam roda la, macam eskalator la, kejap kita di atas kejap kita di bawah. jadi, kepada semua rakan-rakan, sentiasalah berusaha.


Saturday, May 15, 2010

photo of the day

(tekan gambar utk pembesaran maksimum, tekan save utk yang berminat, haha)


-selamat hari guru-

Wednesday, April 28, 2010

bicara nafsu kabur

baru malam tadi aku berfantasi. oh ya, pernahkah korang berfantasi sambil tersengeh tentang wanita idaman yang korang akan miliki pada masa depan ketika sedang merenung cerek elektrik?

fantasi aku tidak lah sehebat mana. perlu mendaki gunung-ganang dan berenang di lautan api hanya untuk mencari seorang wanita yang diidam-idamkan. dalam perjalanan tu siap ade king kong yang bajet hensem yang berupaya menghalang usaha aku untuk mendapatkan wanita tersebut. tidak sama sekali.

kalau dulu, orang tak pernah kisah siapa yang akan kau ambili untuk menjadi teman hidup. apa yang penting orang tu mesti ade kriteria bersopan-santun(oh ya, perkara yang akan terjadi di ranjang tidak diambil kira dalam kes ini), pandai hormati suami, taat pada agama dan paling penting pandai ambil hati ibu bapa. kalau perempuan tu ade kriteria sebegini rupa, konfem dah boleh buat bini.

erm tapi ini kisah dulu.

tapi ini la klise artis-artis malaysia jika ditemuramah mengenai siapa yang akan dijadikan teman hidup. hipokrit. padahal masing-masing sibuk berparti liar di sana-sini. sibuk ingin mendedahkan dada yang berjerawat sambil mengenakan off-shoulder tops yang akan menampakkan lagi kesan suntikan BCG di zaman sekolah dulu-dulu. tapi bila ditanya mengenai calon hidup, susunan ayat memang memainkan peranan penting. itu hak masing-masing.

semuanya mungkin berbeza kini.

aku juga pernah terfikir mengenai hal ini dan mendapati aku punyai citarasa pelik terhadap wanita idaman aku.

1. seorang wartawan. ini penting. aku mempunyai impian untuk memliki sebuah kedai urut. jadi, mungkin kerja-kerja promosi akan menjadi lebih mudah. tapi, wartawan hiburan mmg aku bungkus siap-siap. aku sendiri pun sudah begini rupa. berkahwin pula dengan wanita sebegini, sentiasa sibok dengan gosip picisan yang tidak memberi faedah. sah-sah akan bersama di neraka juga di tingkat yang sama.

2. wanita yang mempunyai minat mendalam terhadap alam sekitar dan haiwan. ini penting. korang juga tahu betapa jarangnya aku bersama channel animal planet dan betapa seramnya aku dengan haiwan, serangga, etc diluar sana.

3. kini aku belum lagi terdesak, jadi paras rupa, ukuran badan, etc mungkin diambil kira.

topik ini sebenarnya terlalu subjektif (wah aku gune ayat ko sam) untuk dibincangkan. sebenarnya, tidak perlu untuk menaip entri sebegini panjang untuk menafikan seseorang itu gay, lesbo, etc. tapi aku akan tulis, jika aku mahu. hehe..

oh ya, tahniah kepada shiro, fahmi n carrot kerana terpilih untuk ke france. aku tengok korang ni pon aku da tahu, mungkin korang memang sama power dengan nur amalina 17A1. yang lain nye cuma korang belum masuk iklan pensel peperiksaan dan pati ayam brands je lagi.
Powered By Blogger