Friday, August 27, 2010

saser : die Heimat



sesi kembali ke sekolah untuk kali pertama. (fuh rasa macam balik rumah)

terima kasih semua.

kepada thetarians

miss you all so bad









Thursday, August 26, 2010

it's a hit


(apabila diri terasa seperti rockstar, sebaik saja bangun dari tidur untuk bersahur, aku terus je jerit 'selamat pagi malaysia!') fuh gila cool.

baiklah, hari ini aku akan menggunakan masa sebanyak 3 minit hanya untuk menaip event pada minggu-minggu yang lepas. oh maaf, ok lah 20 minit (serius aku tidak mahu menipu di bulan mulia).






idea warga A3-6-10 simple, pergi ke ou, bergelak-gelak di batting cages dan kemudian balik gmi. plan punye plan, kiteorg pun sampai di a&w p.j. untuk tunggu po (bukan nama sebenar). tunggu punye tunggu, poh pun sampai dan kiteorg terus gerak ke damansara. on the way, bob pulak baru terperasan yang henset dia hilang. aiseyman, mau tak mau, kiteorg mesti patah balik ke a&w untuk cari henset si bob.

itulah, satu benda yang aku pelik dengan si bob ni, henset dah hilang dia boleh buat muka happy je.

sampai di ou, kiteorg terus cari batting cages. dulu aku pernah juga main kriket untuk saser. macam cool dan memang cool. korang ada ke rekod 100% kalah untuk sesuatu game yang korang wakili? aku ada. inilah dia, kriket.

tapi kalau bab batting dalam kriket ni memang aku out. pengecut habis. tapi, kali ni kiteorg pilih sofball. stail. dapat jugak rasa batting bola sofball. satisfied.

apa korang rasa bila bola selaju 70 mph menuju ke arah korang? gigil beb kaki aku. tapi bila korang dapat hit je bola tu, korang akan rasa puas. belaka aku tak tipu.


Friday, July 30, 2010

abend


hallo!

(segala teknik penceritaan, setiap ayat dan huruf sehinggalah ke titik noktah dalam entri ini adalah benar belaka dan asli.)

dah hampir sebulan aku belajar kat gmi. first impression aku mengenai a-level, memang macam..macam..erm macam pukimak la senang cerita. ada 4 subjek, fizik, pure math, chemistry dan deutsch. kalau nak compare dengan spm memang subjek a-level lagi sikit, tapi usaha kene lagi banyak daripada masa spm, dan aku tak cuba untuk menipu disini ya.



untuk tahun ni batch german a-level preparatory prog. (gapp) ada dalam 60++ orang. nasib baik ada 7 org kawan saser. so, orientasi agak best lah. dari tadika dulu, aku memang lambat tunjuk belang. aku lebih suka berdiam diri memerhatikan kawan-kawan baru aku. und dann, bila dah lama sikit baru diorang nampak sikap aku sebenar. pemalas. ah aku dah kata dah dari dulu, aku memang tak bagus mana pun.

tapi beberapa bulan dulu eminem kata 'you must proud who you are', aku dah cuba bangga dengan diri aku dah, tetap aku cakap diri aku tak bagus mana pun.

orientasi untuk budak gapp memang lain berbanding budak diploma. kiteorang ada outcampus camp. kem tu ok. setakat river crossing, panjat bukit, es ca pet gila babi@jadah haram(aktiviti yang tak best@bodoh), berenang lumpur, selam dalam air paya, berjalan dalam hujan, tak lah seteruk semasa kem jpa dulu. belaka, aku enjoi dengan kem tu.

oh ya, lupakan niat untuk mencari 'dream girl' kat sini. haha. perempuan pun ada 8 orang je kat sini. itu pun belum sempat aku tegur semua. ya, korang boleh kata aku memang tak mesra dengan perempuan tapi aku je selalu tak nak mengaku.

sudahlah, mari mulakan hidup baru tanpa memadamkan memori 5 tahun persekolahan bersama pelajar-pelajar lelaki saja. learn how to say hai or salam to girls. haha.


in and out of love-armin van buuren


Thursday, July 1, 2010

selamat hujung minggu

(30 minit, berusaha keras untuk tidak memulakan tajuk entri kali ini dengan tajuk picisan seperti hello julai!)


aku tanya kau, pernah tak kamu rasa lega dan gembira hanya kerana selesai pemeriksaan kesihatan? kalau korang tanya aku balik, dengan berlagak sejuknya(act cool) aku jawab pernah.

*mencarut*

ok. secara keseluruhan, pemeriksaan kesihatan aku mengambil masa 2 minggu. kenapa? sebab selama seminggu aku disuruh balik oleh nurse akibat kehabisan nombor giliran serta tidak membawa wang dan selama seminggu lagi aku menunggu keputusan ujian darah aku. so, seminggu campur seminggu sama dengan 2 minggu.

aku rasa ini merupakan rekod baru dalam dunia pemeriksaan kesihatan aku, sambil menggelengkan kepala sebagai tanda 'ya' yang selama ni aku buat pemeriksaan kesihatan tak sampai 26 minit dengan menggunakan khidmat klinik panel. yelah, aku faham ramai orang.

kini kelancaran perkhidmatan dan produktiviti yang dimiliki jabatan-jabatan kerajaan akan semakin diyakini dengan ada nya rekod sebegini.

aku memang tak mahu komen mengenai doktor yang berkhidmat. dia perempuan. dan dalam bilik dia ramai perempuan. first soalan dia tanya aku, adik ada penyakit angin pasang tak? aku hanya 'haaaa..' selama 5 saat. mungkin soalan favourite dia kepada pelanggan lelaki agaknya.

dia tanya lagi dengan nada yang lebih amarah, adik ada penyakit angin pasang tak? aku pun jawab dengan nada yang agak meyakinkan, erm tidak ada doktor! (kebetulan disitu memang ramai perempuan). agak cemerlang. sah, aku tidak menghidap seberang penyakit serius.

minggu depan, aku akan ke gmi, bangi untuk a-level.

*french navy by camera obscura




Saturday, June 19, 2010

operasi hujung minggu







the square, klcc.

keletihan.

dan kepada skuad world cup england, itulah aku dah kata, overrated sangat. sama je macam justin bi*b*r yang terlalu famous tapi belum lagi memenangi grammy. haha!



Friday, June 11, 2010

apa makanan kegemaran kau

maaflah semua ya.

dek kerana kesuntukan masa, aku memang jarang update blog ini. sekarang memang susah. ya, aku merupakan pembazir masa separuh masa, pembaca blog juga separuh masa dan apabila tiba untuk meng'update' blog sendiri, tiada masa pula. haha, memang betul-betul penulis picisan.

tengah hari tadi aku mengharapkan sesuatu yang magik daripada periuk mak aku. fuh, memberangsangkan. ya, periuk mak aku memang beraksi dengan begitu cemerlang. memang 'kung klang-kung kleng' habis. dan hasilnya, asam pedas lagi. lagi dan lagi.

dan dimasaknya ikan goreng sebagai masakan 'back-up' bagi asam pedas tadi. itu memang biasa.
mak aku dah tau yang aku memang susah nak makan asam pedas. walaupun asam pedas die sedap mcm kat peranakan place tu, tetap aku makan lauk lain.

jika mahu berdiskusi mengenai hubungan aku dengan asam pedas pada hari ini, fuh memang ajaib. dan baru tengah hari tadi mereka tidak tahu yang aku berjaya makan asam pedas secara diam-diam dengan jayanya. bravo!(bunyi tepukan diselangi percikan bunga api). memang aku terasa hero habis.

sebenarnya orang barat pun ramai yang sudah mula mencintai asam pedas. cuma mereka segan untuk mengakuinya. kepada orang melayu yang tidak menyukai asam pedas dan sekutunya, boleh pergilah kamu!

jadi apa makanan kegemaran kau?

*august by rilo kiley

Tuesday, June 1, 2010






selamat pengantin baru kepada abang boy dan kak ida

semoga bahagia hingga ke anak cucu
Powered By Blogger