Thursday, November 18, 2010

hai syahira!


terima kasih, dengan adanya laman sosial alam maya, buat kali ini dan seterusnya, jangan harap aku akan lupa birthday orang lagi.



HERZLICHEN GLUEKWUNSCH ZUM GEBURTSTAG. HOFFENTLICH EIN LANGES LEBEN.



juga, terima kasih kepada google translator :D.

see you guys with more rampaging posts in december. danke.


Tuesday, November 16, 2010

combie



SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.


(aku selitkan post ini bersama gambar terbaru)




(ini sesi bergambar dan ride bersama combie kepunyaan mikel selepas berusaha keras untuk tidak ke kelas pada hari esoknya.)


Saturday, November 6, 2010

tak perlu terlalu awal


secara drastik dan dramatiknya bakal ke bangi pada pagi ini. dah lama kat rumah
baru perasan yang aku lupa utk bawa pulang :


kerja pure maths

kerja deutsch

kerja mechanics

Thursday, November 4, 2010

ibu kandung suluh budiman


aku dah kira-kira, rupanya dah sebulan aku hilang. kalau aku sekarang seorang jurutera yang agak malas untuk berfikir, aku rasa gaji aku memang dah masuk dan siap ada simbol '-1000' lagi. peh, tak guna punye pemalas. ok, cukup aku jujur dengan korang semua. dan kalau aku nak cerita aku punya malas, sampai bulan depan pun tak habis.

dan kalau korang tanya aku ke mana menghilang selama sebulan ni?aku akan jawab 'aku bz stadi r'. biasalah tu, jawapan klise pelajar asasi yang sengaja tidak mahu membawa laptopnya ke hostel kemudian memberi alasan supaya senang fokus belajar. hah, pergi matilah. kalau ada masa, elok aku panggil acap rockstar bawak laptop, kemudian tengok movie sampai larut malam.

dah 4 bulan aku kat gmi, tapi macam tak de apa yang berlaku. ya, nak dijadikan indikator betapa lamanya 4 bulan, rambut aku boleh sempat panjang dan serabai kemudian aku potong dan sekarang panjang dan serabai kembali.

tapi apa yang menarik sepanjang 4 bulan aku belajar kat sini, aku dapat tgk macam-macam kelompok dalam program yang aku ikut ni.

first, kelompok pelajar yang berusaha menjermankan dirinya sehabis baik.

-kelompok ni memang ada. dah kalau nama pun pelajar program persediaan jerman kalau boleh semua barang nak dari jerman, download lagu dan filem dari jerman. dan...semua sudah pasang impian mahu memiliki kereta berstatus se-pek nestle honeystar yang dibuat di jerman. haha, aku suka part ni.

second, kelompok pelajar yang pasif tetapi dalam kelas merekalah kesatria budiman.

-aku dapat saksikan ini dalam kelas aku sendiri, kelompok 3 munchen. ya, dalam kelas aku memang ada satu set powerpuff girls. tak dinafikan, mereka hebat. aku tak boleh cerita banyak, cakap dengan diorg pun aku jarang sangat. lihat saja prestasi mereka dalam kelas jerman. amat jarang untuk melihat mereka berdiri atas kerusi hanya sebab tak hafal sesuatu vocab jerman yang begitu tidak mesra telinga.

third, kelompok yang suka buat hal sendiri kemudian selalu tanya 'weh apa homework hari ni?'

-kadang-kadang aku termasuk dalam kelompok ni jugak. tapi tak lah selalu. kelompok ni amat sedikit dan akan sentiasa mengekalkan status sebagai minoriti di gmi.

fourth, kelompok yang mengambil kursus ini hanya sebab 'please la, aku tak suka biology'.

-biasa dengar kan? haha, ini aku peduli apa. alasan pelik. aku tahu la, kalau kau berada di sini, takkan la kau nak jadi dokter. aku rasa kelompok ni ramai. cuma mereka sengaja malu mahu mengaku.

cukuplah sampai sini. korang pun tahu, kalau hati dibenarkan bercakap, memang perkara ringkas pun boleh jadi buku. dan kalau hati dibenarkan berkebun, lihat, padang pasir pun boleh jadi babylon. begitulah hati-hati kita semua, hati manusia. sekian.


Sunday, September 12, 2010

mimpi di siang hari


selamat hari raya kepada semua.


(johor bahru)







(rumah terbuka sultan johor)






(raya pertama)



warna-warni hari raya aidilfitri 2010...

(betul, memang penat main upload-upload gambar ni)


Friday, August 27, 2010

saser : die Heimat



sesi kembali ke sekolah untuk kali pertama. (fuh rasa macam balik rumah)

terima kasih semua.

kepada thetarians

miss you all so bad









Thursday, August 26, 2010

it's a hit


(apabila diri terasa seperti rockstar, sebaik saja bangun dari tidur untuk bersahur, aku terus je jerit 'selamat pagi malaysia!') fuh gila cool.

baiklah, hari ini aku akan menggunakan masa sebanyak 3 minit hanya untuk menaip event pada minggu-minggu yang lepas. oh maaf, ok lah 20 minit (serius aku tidak mahu menipu di bulan mulia).






idea warga A3-6-10 simple, pergi ke ou, bergelak-gelak di batting cages dan kemudian balik gmi. plan punye plan, kiteorg pun sampai di a&w p.j. untuk tunggu po (bukan nama sebenar). tunggu punye tunggu, poh pun sampai dan kiteorg terus gerak ke damansara. on the way, bob pulak baru terperasan yang henset dia hilang. aiseyman, mau tak mau, kiteorg mesti patah balik ke a&w untuk cari henset si bob.

itulah, satu benda yang aku pelik dengan si bob ni, henset dah hilang dia boleh buat muka happy je.

sampai di ou, kiteorg terus cari batting cages. dulu aku pernah juga main kriket untuk saser. macam cool dan memang cool. korang ada ke rekod 100% kalah untuk sesuatu game yang korang wakili? aku ada. inilah dia, kriket.

tapi kalau bab batting dalam kriket ni memang aku out. pengecut habis. tapi, kali ni kiteorg pilih sofball. stail. dapat jugak rasa batting bola sofball. satisfied.

apa korang rasa bila bola selaju 70 mph menuju ke arah korang? gigil beb kaki aku. tapi bila korang dapat hit je bola tu, korang akan rasa puas. belaka aku tak tipu.


Powered By Blogger