Saturday, February 20, 2010

skateboarding



(sebagai sebuah dedikasi kepada org yang support aku dalam sukan ni x kire la parents ke, adik-beradik ke, amoi atau bangla-bangla yang selalu pelik tgk aku main benda ni)


orait. jgn tanya aku kenapa kaki aku beruratkan dawai. tough(jgn pcaye ni). haha. fuhh. hari ini aku tak nak ambil gambar. sekadar ingin menyingkap kembali zaman awal bagaimana aku libatkan diri dalam skateboarding. sukan yang bagi aku dulu hanya golongan hetero/urban saja yang menggilainya. sehinggakan atok aku menggelarkannya sbg sukan org putih. haha ok. aku kenal sukan ni sejak aku berumur 11 tahun dan waktu tu lah aku dapat deck 'cikai' hadiah bapaku. selain drpd pengaruh abang2 aku,tak silap aku game tony hawk pro skater 4 la yang memulakan segalanya. daripada dok ketagih main game tu, baik aku try je main betol-betol. then, aku stop kejap. alasan nak upsr tetapi sebenarnya aku serik. haha. dok jatuh sana sini, sape yang tak serik beb?

then lepas je upsr, aku plan start skate balik. berbekalkan duit hasil upsr, aku terus beli deck kedua. powell minilogo. menyedari sukan ni seperti berhantu. bila masuk je form 1 dan form 2, aku memang tak boleh nak stop. terpukau dgn grafitti di sk8park di stadium muar. dok bergaul dengan abang yang jauh lebih dewasa yang terdiri daripada perokok yang sgt sgt tegar, aku mmg tak boleh stop main benda ni. sedangkan kawan-kawan yang seusia dgn aku pada waktu tu sibuk dgn awek cantik la(cantik tu subjektif bak kata sam), kapel la, awek tetek besar la, gay sana sini la, kopulasi la, pornografi la, organ-organ sulit la, sementara aku? aku pulak tak habis-habis dgn benda ni.

secara metaforanya, se purnama masa diambil utk belajar sebahagian trick2 sk8board. trick pertama aku ollie(sampai habis sumer kasut sukan kat rumah aku rosak terok). habis segala benda nk dilompatnye. nampak kayu je ollie. nampak rumput je ollie. tapi hari ni aku land k-grind. haha. ok sambung. then sampai form 3 aku stop lagi sekali. mcm biase, alasan seperti org yg nk smbung ekor beruang...pmr. lepas tu jgn cerita la bila aku masuk saser. terus je berhenti.




(k-grind, sekual ke-5 je aku terus jatuh mcm nangka)

jadi selepas spm aku tekad kembali. melihat adik dan abang aku yang dah semakin power, aku semakin jeles. jalan-jalan kat ou. singgah 'the push' dan sekali lagi ayah aku support, sekali lagi aku dapat satu deck complete. so, sesapa nk beli deck complete baru, belilah kt the push,ou. boleh gak la dpt murah. tapi sumpah aku tak jamin. haha. so sehingga kini aku penuhi hari-hari aku dengan skateboard. jatuh sane tergolek sini, jatuh sini tergolek sane dan tak pula bekerje apatah lagi smbung study.

noseslide

(lokasi-laman maharani,muar)

2 comments:

Anonymous said...

hahah. da besar ye kaw budak!

hayat said...

yeah!membesar dan trus membesar

Powered By Blogger