Tuesday, December 28, 2010

ulangtayang tahunan kembali





JANUARI
  • tiada apa yang menarik. banduan berilmu baru sahaja dilepaskan. cukup gembira selepas spm.
  • kembali aktif dengan skateboarding selepas 2 tahun menyepi. sememangnya suatu anjakan paradigma sebagai insan yang aktif, haha padahal memang tiada kerja yang nak di buat masa ni.
  • sombong. dengan selambanya aku menolak pelawaan ayah aku yang bermurah hati untuk membiayai kos lesen kereta pertama aku.
  • sindrom bangun lewat masih berleluasa.
FEBRUARI
  • akhirnya menukar fikiran untuk mengambil lesen kereta dengan rela hati.
  • sindrom bangun lewat masih berleluasa.
  • masih tiada nafsu untuk bekerja seperti lepasan spm yang lain. sebagai pembazir masa sepenuh masa, aku memang tiada masa untuk hal-hal mencari duit seperti ini.
MAC
  • keputusan spm. perasaan HIDUP MATI GEMBIRA SEDIH dan segalanya timbul pada masa ni. alhamdulillah, hasil penghafalan jawapan spm, aku berjaya lepasinya dengan baik.
  • dengan lagak berhemah di jalan raya, lihat, aku berjaya mendapatkan lesen kereta pertama aku.
  • mula sibuk dengan permohonan sana sini.
  • aku berjaya dalam perebutan tempat untuk temuduga biasiswa di johor bahru.
  • cuba mengubah imej diri dengan meluruskan rambut (rebonding).
APRIL
  • sayang sekali, sesi potong rambut telah dijalankan. tiada lagi iklan rambut lurus ala-ala iklan sunsilk 'guna jari pun boleh' di hadapan adik aku.
  • menghadiri temuduga dengan perwatakan sederhana. aku suka buat muka kesian dan tidak bersalah aku, dengan harapan aku dapat memikat hati interviewer.
  • ingatan aku agak kabur. susah nak ingat apa yang berlaku pada bulan ni.
  • oh juga tidak lupa, pengalaman bermalam di utp sangat sederhana. aku bersyukur kerana masih terpilih.
MEI
  • aku memilih untuk menerima tawaran mara.
  • secara drastik dan spastik nya, membuka saluran sukan setiap kali menonton televisyen. inilah namanya demam world cup.
  • kerap menghabiskan masa bersama rakan-rakan semasa di sekolah tinggi muar.
JUN
  • masih dengan piala dunia. dan aku masih leka dengan nikmat cuti yang tidak berpanjangan.
  • pada bulan ini, aku berumur 18 tahun. masih tiada azam yang nyata tetapi yang ada hanya nafsu yang kabur.
  • mencuba pelbagai cara mencari rentak untuk belajar semula dan kesemuanya gagal.
  • cuti hampir tamat. apa yang telah aku lakukan?
JULAI
  • pendaftaran gmi. PENDIAM PEMALU GEMBIRA TAKUT bercampur baur.
  • menjalani minggu orientasi dan out campus camp dengan penuh sabar bersama 6 rakan saser dan rakan-rakan baru yang lain.
  • pembentukan dan penyesuaian diri di kelompok 3 dan di A3-6-10. kami berazam untuk melepasi a-level dengan penuh yakin.
OGOS
  • bulan puasa bulan mulia.
  • kembali ke sekolah untuk kali pertama setelah bergelar bekas pelajar.
  • rambut kerinting semakin panjang dan meliar.
  • kelas a-level berjalan seperti biasa.
  • wan ismail mula menghilangkan diri dari hostel.
SEPTEMBER
  • kemerosotan Liverpool dalam liga perdana inggeris berterusan. aku tahu, korang main memang dah ok, cuma belum cukup bagus.
  • mula menjadikan alasan 'aku bz' sebagai alasan favourite setiap kali syahira ajak keluar.
  • raya berjalan seperti biasa. sembahyang kemudian makan seterusnya melawat sanak saudara, tak sampai half way aku dah tertidur.
OKTOBER
  • aku semakin gian dengan skateboarding. sudah mula berani untuk pulang ke rumah sebulan sekali untuk tujuan ini.
  • fokus belajar semakin hilang. apa yang harus aku lakukan?
  • masih berlagak dengan status single yang sedia ada dari dulu (haha menggelabah).
NOVEMBER
  • mengalami rasa tidak selesa setelah mendapat markah teruk setiap kali exam math. berazam untuk belajar kembali, lagi dan lagi.
  • sabun baju aku hilang di hostel. perkara yang sama berulang semasa zaman hingusan sebagai budak sekolah suatu ketika dulu.
DISEMBER
  • summative exam!! aku masih memikirkan alasan terbaik untuk mak aku berikutan keputusan yang diramal tidak memberangsangkan. apa alasan anda?
  • berita gembira. pelajar gapp diberi cuti selama 2 minggu.
  • dengan semangat jitu, aku, din cute, laici, razi, brot, mon dan serk menyaksikan kemenangan malaysia di bukit jalil.
  • akan menyambut tahun baru di bilik, sepertimana yang biasa aku lakukan sepanjang 18 tahun.

tahun genting dan akan digunakan sebaiknya. selamat datang 2011.


2 comments:

syahira said...

Memang alasan yang sama bakal aku terima untuk sebulan, dua bulan atau mungkin setahun akan datang. kan?kan?

hayat said...

owh tidak..anda silap..tgk keadaan la

Powered By Blogger