Thursday, December 30, 2010

Zuckerberg si biliona muda bakal ramaikah antara kita?



(tajuk dipetik dari a samad said, pantun pilihan raya, 7 disember 2010)

ini sebuah tribut untuk anda semua, penghuni kelompok 3. aku tak tahu apa akan jd pada sem depan. aku target aku memang kekal dalam kelompok ini. aku buat sinopsis untuk korang. aku tau next year aku mmg dah jarang nak update dah.



  • Khairun amir - suara kau menjerit kadang-kadang memang menyakitkan telinga. tapi, bila suruh baca text deutsch, suara kau paling ayu.
  • Po - rakan sebilik dan sekelas yang paling ideal. lawak kau kadang-kadang buat aku gelak tak henti-henti.
  • Yesh - dalam kelas kau memang kaki gelak, tapi kau pandai, dan bagi aku itu cool.
  • Nobita - ketua kelas. kemahiran kau dalam membuat situasi saspens sewaktu ingin mengumumkan sesuatu amat mengharukan.
  • GB pronounced as gay-bey - kalau kau seorang objek, aku akan panggil kau mesin. kerajinan kau yang mendahului orang lain membuatkan aku jeles dengan pencapaian kau.
  • Shidi - kalau main futsal, aku rasa kaulah lelaki perlawanan, man of the match. begitu juga dengan mechanics. terima kasih banyak ajar aku.
  • Din cute/dupont - kalau aku perempuan memang aku dah couple dengan kau dah. haha, aku memang perlukan pemahaman fizik kau. aku semakin rapat dengan kau berbanding sewaktu di sekolah dulu.
  • Adi - lawak kau memang macam biskut. kekadang masuk kekadang tak masuk.
  • Luncaiok - kau sama seperti zaman sekolah dulu. tak stadi pun kau boleh excel. semoga berbahagia dengan si dia.
  • Loko - kecil-kecil cili padi. haha, sering digelakkan Po akibat lawaknya yang kurang masuk.
  • Brot - kepantasan kau bila bermain futsal menyebabkan aku terfikir yang kau akan mewakili bayern munchen semasa belajar di jerman nanti.
  • Payit - dalam kelas kau memang selalu act cool.
  • Laiciok - sering digossip bersama sakinah tetapi kau tetap act cool. aku rasa kau defender terbaik dalam futsal.
  • Hanis - sifat kau yang semakin banyak bercakap sejak kebelakangan ini membuatkan orang lain semakin senang dengan kau. jangan risau, satu program jejak kasih edisi khas akan diadakan untuk kau dan shidi.
  • Acap - tanpa kau, hidup aku akan menjadi lebih bosan pada hujung minggu. terima kasih sebab kasi pinjam psp dan lebih utama tayangan filem hujung minggu di bilik aku.
  • Ipe - haha kau ipe, orang yang paling semangat bila main futsal. sedikit gelojoh semasa di kelas tapi aku rasa itu kelakar.
  • Syahir - aku berterima kasih kat kau. kerana dorongan kau, dapat gak aku menimba ilmu agama. mashaAllah.
  • Izraf - sering dituduh merokok. sikap kau seakan-akan GB. kau memang rajin tahap dewa. dalam rajin kau juga jiwang ya.
  • Sakinah - kau juga, kecil-kecil cili padi. lain kali kalau buat open house jemput-jemput la kiteorg ya.
  • Syahira - serba salah aku dibuatnya. bila bercakap, aku nak salahkan telinga aku ke atau nak salahkan suara kau. haha.
  • Diyana - dialek kau memang cool. seolah-olah perempuan melayu terakhir dari belah utara.

5 comments:

Fathul said...

uih..style hayatok.haha
tp ko mane???

hayat said...

kalau aku tulis utk aku..haha kau akan nampak semua yang baik je

sknh said...

haha . aku suke yg ni . :))
betul tu , kau mane hayat?

nadtravellerina said...

haha! x bley blah! penat ak gelak!

hayat said...

aku punya biar korang buatkan..

Powered By Blogger