Tuesday, November 5, 2013
Friday, May 17, 2013
kami guru malaysia
this song reminds me of my school days, where even the students were very keen to sing this song.
thank you very much to all the teachers!
Sunday, April 28, 2013
GE 13
Dengan ini kami mengucapkan selamat mengundi kepada pengundi-pengundi di luar sana. Kami mengharapkan agar pengundi-pengundi di luar sana membuat pilihan yang bijak. Bukan apa, cuma kalau dapat pendidikan percuma tu macam terbaik gak. haha.
Wednesday, April 10, 2013
budak german
hai geng! hari ni gua ingat gua nak cerita sikitlah pasal kursus yang gua ambil kat uni gua ni. jadi macam biasa, gua akan pilih 10 fakta yang terbaik. ayuh!
1. nama kursus gua ialah ijazah sarjana muda kejuruteraan automotif (ump-hska). so, kalau kita tengok kat situ ada ump dgn hska. hska stands for hochschule karlsruhe atau nak senang cerita universiti karlsruhe.
2. kursus ni merupakan kursus dwi ijazah. kira kalau gua dah grad nanti gua akan dapat dua ijazah dari dua uni tadi. tu je lah kot yang gua rasa special.
3. ada lagi. yuran kursus gua memang berada di tahap yang mengecewakan. setiap tahun gua kene bayar RM 20,000++. gua pun tak tahu kenapa. hasilnya, gua terpaksa menggunakan duit rakyat untuk membayarnya sekali gus mengelakkan result exam gua di'bar'.
4. ramai lecturer dari fakulti lain panggil kiteorang budak german. sampai sekarang gua tak nampak signifikannya.
5. kebanyakan student dwi ijazah ni terdiri daripada budak matrikulasi dengan budak german-malaysian institute yang tidak berjaya ke jerman.
6. gua rasa program ni hardcore sangat sebab gua nak kene tempuh 9 semester baru boleh grad. jadi, bila kita relate kan dengan fakta no.3 gua kene bayar lebih kurang RM 90,000(woah!). tiba-tiba gua rasa macam orang kaya pula.
7. semua orang tahu yang mechanical ni susah. keadaan ini bertambah buruk apabila subjek engineering akan di ajar dalam bahasa jerman di sini. so, ni kira nak expose kan kiteorg dengan suasana pembelajaran yang sama dengan suasana di hska.
8. semua orang di sini menganggap yang kami akan fly ke germany. tapi sebenarnya tak perlu pun. gua tak tahu pendapat rakan-rakan lain, tapi bagi gua stay di sini pun dah orait dah.
9. untuk kelas jerman, gua diberi 2 hari je(ini serius tidak kelakar geng) dalam satu semester untuk cuti sakit bagai. tapi gua dah guna 3 hari dah.
10. doakan gua berjaya.
Sunday, April 7, 2013
sayangilah malaysia
cuti-cuti macam ni rutin harian gua waktu pukul 8 malam memang tengok berita je lah kerja nya. tak kira lah berita berat sebelah ke, berita tu menipu ke, gua tak kisah janji berita.
tapi baru tadi gua tengok berita tv3 yang sekarang ni memang sibuk cerita pasal manifesto barisan nasional. itu gua tak kisah sangat lah sebab gua rasa seluruh rakyat malaysia pun dah tau berita tv3 ni macam mana.
tapi apa yang menarik perhatian gua ialah komen seorang professor upsi. dia cakap "manifesto bn kali ni bagus, sebab lebih menekankan pendidikan", lebih kurang macam tu lah. gua dengar je gua terus macam ha? gua rasa betul dia cakap, tapi sepatutnya manifesto macam ni ada waktu 30 tahun dulu.
gua rasa pelik gak sebab takkan macam tu je komen dari seorang professor. simple gila sampai gua rasa gua pun boleh masuk tv untuk beri komen macam tu. terus gua fikir, dia ni mesti baca dialog ni.
Friday, March 1, 2013
jiwang
my friends are telling me i shouldn't waste my time, but i can't concentrate until i make u mine.
Wednesday, January 30, 2013
marilah menunaikan solat
Sebenarnya dah lama dah gua fikir nak buat post nasihat menasihati begini tapi tulah disebabkan kesuntukan masa, nak update blog pun gua dah tak sempat.
tema dan persoalan nya mudah. solat itu tiang agama dan kalau tak solat, agama akan runtuh. gua rasa semua orang tahu yang solat ni penting tapi selalunya benda penting ni lah yang selalu kita buat sambil lewa. bila gua tanya diri sendiri, gua sendiri pun tak terjawab.
tapi kalau dari segi pengamatan gua dengan tambahan daripada buku pendidikan islam tingkatan 3, kita semua lalai solat disebabkan :
a. environment. tengok kawan lain buat tak tahu je, kita pun dok ikut rilek je lah.
b. jarang dengar hadis. since kita tak nampak apa yang kita akan dapat bila solat, jadi kita kene ambil tahu lah sikit-sikit. so dalam hadis ni banyak cerita pasal ganjaran-ganjaran solat yang sekali gus membakar lagi semangat kita yang selama ini malap je. feh ayat aku dasyat.
c. dah banyak sangat tinggal solat. sampaikan bila tak solat pun dah tak rasa apa-apa dah.
d. korang boleh tajak sendiri dah, apa-apa jawapan yang releven semuanya betul.
gua bukan apa sebenarnya, cuma gua terkilan. gua terkilan dek kerana apa yang Rasulullah risaukan, tangiskan dan gusarkan selama ini mengenai lalai solat umatnya betul-betul terjadi kat depan mata gua. lebih menyedihkan isu ini terjadi kat gua sendiri.
jadi ingatlah sahabat-sahabat, kita ni bila mana dilahirkan ke muka bumi, kita akan diazankan. dan apabila kita mati pula, kita akan disolatkan. tapi sayang tuan-tuan, jarak antara azan dengan solat tak lama.
jika Tuhan nak kita pergi, dalam apa jua keadaan pun kita boleh pergi even dalam kelambu sekali pun.
Tuesday, January 1, 2013
if i could be who you wanted, all time
"I am more worried about being a good person than being the best football player in the world. When this is all over, what are you left with?" - Barcelona and Argentina forward, Lionel Messi.
Friday, November 23, 2012
we are accidents waiting to happen
kemunculan hero 'mee bandung muar'. ayuh!
dulu masa gua kecik-kecik, gua tak pernah percaya yang pelajaran boleh menjamin masa depan, jadi gua pernah tanam cita-cita nak jadi pro skater. dari bawah sampai ke atas semuanya orang sponsor.
serius heaven. tiap-tiap hari buat benda yang gua suka. tapi cita-cita gua semakin kabur bila gua masuk sekolah menengah.
serius heaven. tiap-tiap hari buat benda yang gua suka. tapi cita-cita gua semakin kabur bila gua masuk sekolah menengah.
masa tu gua baru tahu yang gua bukan jenis 'super-human' yang boleh fokus banyak benda. so gua terus dengan cita-cita gua yang lain untuk jadi jurutera. gua ingat lagi masa kecik-kecik nak pergi sekolah, setiap pagi gua akan sarapan.
sambil-sambil mak gua hidangkan sarapan, dia akan cakap 'sila makan bakal engineer'. aduh, punya sweet mak gua walaupun masa tu gua tak paham pun apa dia cakap.
sambil-sambil mak gua hidangkan sarapan, dia akan cakap 'sila makan bakal engineer'. aduh, punya sweet mak gua walaupun masa tu gua tak paham pun apa dia cakap.
jadi gua pun tekad untuk terus maju dalam pelajaran. tapi gua kalau belajar memang tak pernah serius pun dari dulu. sampai satu tahap gua tak tahu ape tujuan gua belajar calculus yang siap ada double integral bagai. cis.
tapi gua macam biasa, waktu tak ok gua ok, waktu ok pun gua ok.
tapi gua macam biasa, waktu tak ok gua ok, waktu ok pun gua ok.
Saturday, October 27, 2012
i might be wrong
berikut merupakan 10 fakta yang perlu kita renungi bersama-sama, yelah sementara kita semua ni ada free time nak baca benda-benda macam ni, yedok?
mari mulakan!
1. okay sekarang dah nak masuk 2 bulan dah belajar kat ump. tapi life dah sebijik macam kat gmi. keadaan bertambah buruk bila kampus yang gua duduki ini terletak jauh ceruk nun sana. cis ayat pun dah tak betul dah.
2. buat pengetahuan semua, gua ada kelas german setiap hari pukul 8 pagi. aduh punya azab. gua dah berazam untuk tidak ponteng pun tahun ni. tapi tulah, tak nak ponteng pun last-last gua ter-ponteng jugak.
3. gua ada sorang lecturer german dari ukraine. disebabkan kat sini byk cuti dengan event makan-makan, lantas beliau menamakan malaysia sebagai negara 'makan-makan'.
4. haritu ada pilihanraya kampus. nak cerita gua punya sikap yang tak 'up-to-date' kat kampus tu, gua main undi je awek yang agak-agak cun. dah macam nak pilih gula kapas dah.
5. ok tak habis lagi cerita pasal gadis-gadis. kat sini feh, ramai gila awek muslimah. adoi perlu ke aku terangkan lebih lanjut lagi? lupakan.
6. kelas yang paling gua blur sampai sekarang ialah kelas engineering material. padahal gua belajar dalam english ni, paham nye idok gak.
7. harga teh o ais kat sini still ada yang rm 0.80. waktu first time beli, gua siap suruh brader tu ulang suara 2 kali atas sebab ragu-ragu.
8. mengikut khabar angin, gua dikatakan akan menduduki exam testdaf tahun depan. haha. gua macam dah boleh nampak dah masa depan gua mcm mana. yelah bab belajar bahasa ni memang gua slow banyak.
9. aktiviti paling best kat sini ape lagi kalau bukan futsal disertakan dengan game bola PES 2013 sebagai aktiviti 'cool down'. pantang ada masa free, terus satu rumah turun main futsal.
10. beautiful family, beautiful friends. subhanallah, what more could I ask for? thank you, Allah.
gambar ala-ala cover album backstreet boys, amacam?
Tuesday, August 28, 2012
raya 2012
tidak mengecewakan. cuma bila umur dah jejak puluh-puluh-an ni nak main bunga api pun kene sorok-sorok. makan pun tak boleh comot-comot lagi dah. cis.
kalaulah masa aku budak (tak kisah la puasa cukup ke tak) dulu memang meriah. boleh main bunga api secara terang-terangan. makan ketupat dengan kuah kacang pun boleh comot-comot.
ini gambar kami 4 beradik. ketahuilah senyuman bukan dibuat-buat malah cukup meyakinkan ini bukan untuk dijaja. cuma jangan ditanya puasa kami cukup atau tak. raya tetap raya.
haha biasalah, bila sudah lama tak berjumpa gambar tipikal lompat-lompat mesti ada. cuma bezanya kami tak perlu lompat banyak kali. haha.
Saturday, July 21, 2012
Monday, July 16, 2012
courage is the absence of fear
-if howard schultz gave up after being turned down by bank 242 times, there would be no starbucks today.
-if j.k rowling stopped after being turned down by multiple publisher for years, there would be no harry potter.
-if walt disney quit too soon after his theme park concept was trashed 302 times, there would be no disneyland.
so guys just don't give up and do your best for testdaf.
Friday, July 13, 2012
bermalas-malasan
semenjak dua menjak ni gua dah selalu sangat kene tipu dengan cuaca. cis. cuaca selalu redup je macam waktu pagi. kalau gua bangun kul 8 tu memang betul lah sebab gua tengok jam pun pukul 8. tapi kalau gua bangun pukul 12 pun gua rasa macam pukul 8.
siap excited bangun nak sarapan lepas tu nak jogging. sekali tengok jam dah pukul 12 tengah hari. cilake.
baru tadi aku chat dengan brader po. aku bukan apa, cuma macam down sikitlah tengok kawan-kawan lain tak dapat tawaran masuk uni. so aku cakap baik-baik kat brader po. insyaAllah banyak lagi peluang kalau nak sambung belajar. second intake ada lagi. ipts ada lagi. rayuan pun boleh try lagi. mohon terus ke uni pun boleh lagi.
never give up guys. because if you give up too soon, you'll never know what you'll be missing!so just keep going.
aku cakap ni untuk ingatkan diri aku juga. sebab kadang-kadang quotes macam ni boleh melegakan aku bila aku betul-betul down. just melegakan lah. takdelah tiba-tiba terus bangkit berjaya nya.
so guys, whatever you do always give it 100% unless you donating blood.
Thursday, June 28, 2012
fratelli d'italia
dulu aku pernah tengok macam-macam aznil kat astro ria. pastu ada sorang mamat cina ni dia pandai nyanyi semua national anthem dari negara lain. sumpah style. even aku pun jadi jakun jap tengok dia. dan-dan dalam hati aku cakap "eleh aku pun boleh buat".
nak cerita aku punya takde kerja sepanjang cuti ni. ha, aku dah boleh nyanyi national anthem itali dgn perancis. setiap kali ada match euro kat astro melibatkan 2 pasukan ni, aku dah standby dah depan tv just nak ikut diorg nyanyi sama-sama. kes ni kalau aku tengok bola sorang-sorang la. takde kat mamak aku selamba nak bantai nyanyi nye.
sebut pasal euro ni aku tak sokong mana-mana team lah. harimau malaya tetap harimau malaya. haha semangat betul. apa pun aku minat cara spain dengan itali main.
kalau spain main, memang diorg main passing bola sampai mampus lah jawabnya. tapi betul lah tu. yelah kalau dah ada 11 orang kat atas padang tu nak expact apa? so kene lah rajin main pass bola kat teammate yedak. ok habis cerita bola.
baru-baru ni gak, aku dapat tahu yang ibu kepada anas dan ibu kepada akem dah meninggal dunia. kepada anas dan akem, takziah aku ucapkan. dua-dua kawan masa kat saser dulu. kalau anas tu memang aku baca setiap perkembangan pasal mak dia kat blog dia. sedih, aku tak tipu.
tu bahagian diorang. bahagian aku, aku tak tahu lah macam mana. cuma lambat atau cepat semua akan pergi juga.
Saturday, June 16, 2012
20 tahun mengenal dunia
kepada semua pembaca, alhamdulillah masuk hari ini dah 20 tahun dah aku belajar mengenal dunia.
alhamdulillah, Allah masih beri lagi aku peluang untuk terus mengenal Allah, kenal dunia, kenal diri sendiri, kenal ibu bapa, kenal adik beradik, kenal kawan-kawan, kenal semua lah senang cerita.
kalau nak ikutkan, 20 tahun tu memang dah cukup dah nak kenal semua ni. tapi disebabkan aku ni manusia biasa, aku selalu pentingkan benda yang tak penting. jadi tu yang buat masa selalu tak cukup. kalau nak bukak balik apa yang aku dah buat sepanjang cuti ni memang segan beb. macam-macam salah dah aku buat.
solat masih selalu lewat. kalau boleh dah nak hujung waktu baru lah nak berwuduk. nak tolong ibu pun malas. macam selalu ada benda bisik macam ni, "yat kite rilek dulu yat, nanti-nanti kau tolong lah mak kau tu, kau tengok bola ni dulu, lepas ni nak gol kot". lebih kurang macam tu r. padahal kat rumah dah install PVR ni.
ibu, ayah, ayat selalu nak jadi budak baik, tapi tulah susah betul nak dengar kata.
kepada kawan-kawan, aku nak ucap terima kasih, dengan adanya korang, hidup aku gembira kot. aku sengaja je sorok birthday alert kat fb tuh. haha bukan nak bajet hot, bukan nak uji korang ingat ke tak birthday aku ke apa. sebabnya birthday korang pun aku tak pernah nak wish. haha. tapi sebenarnya aku sendiri pun jenis tak kisah.
apa-apa hal pun, cuti ni biar kita kasi layan euro dgn durian dulu!
Saturday, June 2, 2012
YNWA #3
-'Liverpool appoint Rodgers'
untuk sesi YNWA kali ni, gua nak ucap tahniah kat brader rodgers ni. tadi aku baca komen-komen kat eurosport ada yang cakap "queen rogers 'the average joe' manager of loserfool". haha. macam betul gak tuh.
sebab masa nak cari manager baru bukan main heboh lagi. gua siap dah bayangkan guardiola, rafa benitez ke, guus hiddink ke. last-last, diorang appoint rodgers je. tapi apa-apa hal pun gua rasa macam terlalu awal nak cakap macam tu. sebab tengok swansea main season lepas memang best broo.
jadi, gua harap kali ni biar player yang best-best je main kat anfield. tu rembat iker muniain, adrian lopez kasi bawak masuk anfield la satu kali. adoi APTB (ape pun tak boleh) la.
Wednesday, May 30, 2012
suddenly summer
salam.
fuh bila baca tajuk gua macam dah ada kat jerman, tapi kat malaysia je sebenarnya, tiap-tiap hari 'summer'.
hari ni gua macam nak update status lah. sampai sekarang gua tak tahu kenapa gua takut nak update status kat fb, padahal kat wall sendiri kot. tu salah satu tabiat pelik gua la.
ok berikut merupakan status gua :
'okay aku dah dapat offer dari uni malaysia pahang, hapelagi suruh sambung belajar la tuh'
ok dah.
sebenarnya gua rasa bersyukur sangat lah. sebab gua mohon satu ni je uni untuk sambung belajar. uni yang lain semua gua dah terlepas dateline. alhamdulillah dapat. ni gua kasi satu lagu untuk korang.
Saturday, May 26, 2012
daydreaming
ok hari tu gua baru je upload lagu kegemaran gua. jadi, seiring dengan rentak lagu radiohead yang semakin rancak tu tetiba gua rasa macam nak berangan. kali ni tanpa gangguan nyamuk, gua ingat gua nak senaraikan angan-angan gua siap detail sekali lah senang cerita.
- anfield, liverpool
orait, ni bukan nak tunjuk gua gelabah sangat dengan bola sepak EPL la. bukan apa, stadium bukit jalil gua dah pergi, stadium jcorp (home of johor fc) pun dah pernah tengok. jadi teringin gak lah nak tengok bola secara live kat anfield ni. sebab mana taknya aku tengok dalam tv pun dah terlompat-lompat teruja dengan diorang punya chants semua. selama ni tengok bola kat malaysia byk bunyi 'vuvuzela' je. kene join ultras baru ada chants. letih bai.
- porsche 911
cekik darah. kereta idaman macam ni memang selalu ada dalam mimpi gua. walaupun gua tahu yang gua akan end up dengan proton savvy nanti. tapi gua memang minat habis. senang cerita kalau sebelah ada gambar jessica ennis pastu sebelah lagi ada gambar 911 ni, gua rasa gua tolak gambar jessica ennis guna jari kelenking je. selamba habis.
-street league, USA
korang cakap je pro skater mana yang korang minat, korang boleh tengok diorang main kat sini. walaupun dalam comp, tapi gua tengok diorang main dah macam dalam games dah. aku yang pernah masuk comp aku tahu lah die punya nervous mcm mana. adrenalin. gigil lutut beb. tapi mat saleh semua ni power habis.
-beach wedding (PD pun boleh la)
ok aku serius ni. walaupun gua macam tahu yang gua akan kahwin lambat lagi. tapi gua dah plan macam-macam. nak pakai costume hang tuah lah, nak pakai capal lah, nak naik kuda lah, nak potong kek guna keris lah. pendek kata semua dah ada dalam kepala. maaflah gua teruja plak guna word 'lah'. yang penting nanti kita semua makan bersila ok!
-around the world in 100 days
yang ni gua dah tekad dah. gua macam teringin nak buat rekod tak tentu pasal. macam selalu yang korang tengok kat tv. ok aku bagi contoh 'ekspidisi bermotor ke tanah suci', 'berenang menyeberangi selat inggeris',
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)



