Wednesday, February 17, 2010

the arrivals


bosan? ok hari ini aku mengalihkan segala perhatian aku ke sebuah cerita. sama ada cerita atau sebuah dokumentari. itu aku sendiri tidak pasti. ya. the arrivals. daripada noreagaaa & achernahr production. tengok tu. this series will investigate the Arrivals of the Antichrist Dajjal, Imam Al-Mahdi, and The Second Coming of the Christ...

dokumentari ni menerangkan asal-usul dan matlamat freemason. seingat aku dulu, yang selalu bising pasal hal ni ifwat sorang je. tapi tu dulu. memang aku tak ambil pusing pun. masa begitu mendewasakan aku. so jom tengok.

Thursday, February 11, 2010

5 theta





(post ini berstatus panjang. aku sendiri pun tidak mengharapkan yang ianya dibaca. kadang-kadang ada sesuatu yang perlu diluahkan)

5 theta?owh tidak. habis segala macam perkara yang menyebabkan pergerakan di dalam dunia ini terhenti. ini barangkali disebabkan semuanya seakan akan terpaku melihat diriku terkejang dipanah panahan rindu 5 theta. orang yang sedang memandu kereta terus terhenti. orang yang sedang makan turut terhenti. peguam yang sedang membicarakan kesnya di mahkamah pun hanya terpaku apatah lagi pasangan manusia yang sedang berkopulasi. pun turut terpaku dan terhenti.

ini barangkali disebabkan berlakunya suatu perkara yang dianggap tidak logik untuk menghasilkan sebuah introduksi bagi entry kali ini.

5 theta merupakan sebuah kelas di saser yang berstatus agak skema. kenapa?aku pon tak tahu.
bagi aku kelas ini terdiri daripada 22 orang pelajar yang boleh dianggap low profile. seakan menjadi kebiasaan apabila qodong dan rakan-rakannya bersembang mengenai topik gay secara terbuka. seakan membuat suatu perkara yang salah apabila kami sering bermain poker bersama. seakan menjadi hiburan apabila melihat ada rakan yang terkena flying doggy(posisi kopulasi ciptaan botak).

seakan juga menjadi kemestian apabila rakan ini mengutuk atau men'drop' rakan itu. seakan menjadi trauma apabila melihat seorang rakan terkena beger pada locker(seorang rakan akan dihimpit ke locker secara ganas dan beramai-ramai). aku rase itulah penyebab terbesar yang menyumbang kepada kerosakan locker di kelas ini.

seakan tiada kerja yang hendak dibuat apabila kami menghantar flyer sesat(dedication card yg dijumpai dimana saja secara percuma kemudian ditulis sebuah mesej yang bukan-bukan kemudian dihantar kepada org yang tidak dikenali).

idea asal oleh aku tetapi yang menulisnya ramai. yup seingat aku,yang pernah menjadi mangsa ialah naziha dari stf. seorang yang aku sendiri pun tidak tahu siapakah gerangannya. sama ada kurus atau gemok. totally unknown. dan kalau ada antara mereka terbaca entry ini. sori kerana menganggu anda.

kelas ini menjadi saksi terhadap semua perkara yang berlaku dalam kalangan kami. ketika kami ketawa. ketika kami bergaduh dan bertumbuk. ketika kami dimarahi guru. ketika datuk onn dibuli. ketika kami serius belajar.

ketika kami menggondol naib johan ragbi. ketika kami berbelah bagi sama ada nak pergi waktu PJ atau tidak (this is the 'skema' part). aku mmg nk PJ setiap masa haha!. ketika kami dikerah untuk membayar 20 sen kerana tidak mengosongkan meja. ketika kami dikerah untuk menglap tingkap. ketika kami mengambil spm. dan kini....semuanya tiada lagi.

(12 feb,tarikh kami mula mengenali theta dan hari ini 12 feb,kami tidak lagi seperti dulu)

Wednesday, February 3, 2010

sepetang






(ihsan d3000)

lokasi-kelab golf tanjung emas,muar

snap







(tiada apa yang perlu dibaca,sekadar melihat)

lokasi-putrajaya,malaysia

Monday, February 1, 2010

tumbesaran

lapliplup. lapliplup. lapliplup. ya kini aku berusia 18 tahun, dah ada janggut dan bulu-bulu yang lain. semakin tinggi dan berat badan pun semakin naik. tapi, aku tak tahu sebab apa orang-orang diluar sana masih tak dapat nak membezakan yang mana satu abang dan yang mana satu adik.

situasi 1 (jemputan kahwin)

ok biasanya jemputan kahwin ni melibatkan parents aku. aku kalau ikut pun sebab lapar je. biasanya diorang akan cakap "ha awak ni mesti anak last kan?" then aku angguk je.

situasi 2 (kt saser)

sedang-sedang aku duk punggah barang naik ke B102. adik aku pun kadang-kadang ikut naik. then ifwat tegur "yat agak la bawak naik abang!" nasib baik takde cikgu time tu. then bila dah selesai aku punggah barang. beberapa jam kemudian dia tanya aku lagi.

"yat tadi abang ke adik ko?"

"adik aku"

"aik? kenapa dia macam abang ko, badan dia lagi besar"

"haha sebab badan aku lagi kecik"

situasi 3 (hari raya)

ha ni memang paling best. nama pun hari raya, jadi semua sanak saudara duk berkumpul kat rumah atok. bayangkan la 13 family dalam satu rumah, konfem banyak cerita punyalah. sesi mengukur siapa labih tinggi dari siapa pasti berlaku. kalau ada saudara yang jarang jumpa. mesti diorang cakap aku anak last dalam family aku.

*kecil itu menawan.

Monday, January 25, 2010

30 days


yup. baru sebentar tadi aku buka themont-k.com then, aku tengok ada video promo baru berjudul 30 days. sumpah cool gila video ni. featuring malaysian skaters dan aku pula memang dah lama tak tengok skate video dari malaysia ni. seingat aku, last video aku tengok ialah video panorama.

coming soon, early feb 2010!

Friday, January 22, 2010

kembali

setiap hari hari aku selalu meninggalkan pelbagai peristiwa. tetapi selalu ketandusan idea untuk mengupdate blog ini.

al fatihah kepada almarhum DYMM Sultan Iskandar.

hari ini hari jumaat. dan hari aku bermula seperti hari hari sebelumnya, tetapi hari semakin mendung, dari situ aku tahu betapa lebatnya hujan yang akan membasahi bumi ini. semakin petang semakin mendung.

bapa pulang. "yat buka awani yat. sultan johor nak mangkat" err ok aku pun duk cari channel awani yang sememangnya amat jarang ditonton. hari semakin maghrib. dan pukul 8 malam ibu dapat msg dari sepupu. ya, mangkatnya sultan johor.

hal ini jelas mengembalikan ingatan aku ketika aku kecil dahulu. aku tanya kat atok aku.

"siapa orang dalam gambar ni tok?"

"dia la sultan."

seterusnya dia sedikit sebanyak cerita mengenai sultan. walaupun aku tak faham apa dia nak ceritakan tetapi masih segar diingatan walaupun 13 tahun perkara itu sudah berlalu.


Powered By Blogger