Friday, January 21, 2011
Saturday, January 8, 2011
laman sosial alam maya
laman sosial alam maya.
aku tak nafikan, benda ni memang dah macam keperluan hidup. perfek. kau bayangkan, kau boleh bersosial tanpa had waktu walaupun sebenarnya kita bukannya jenis yang suka bersosial sangat pun. maksud aku, kalau bab menekan papan kekunci kau memang nombor satu, tapi bila kat dunia sebenar, kau pendiam yang nombor satu.
ala biasalah, benda macam ni memang ada pro dan kontra nya. namun tahukah kau, di sini aku ingin berkongsi beberapa perkara mengenai ragam alam maya.
1. laman ini menyebabkan penghabisan masa berskala besar tapi kau tetap cakap ini satu keperluan
aku tak boleh bayangkan kalau ada manusia yang kerjanya online 24/7 dengan menekan butang suka (like), memberi komen (comment) dan membaca suapan berita (news feed) secara konsisten. yalah, sebenarnya benda macam ini aku tak ambil kisah sangat pun sebab sekurang-kurangnya mereka ambil tahu hal orang lain daripada melayari laman bersifat kelucahan. kerja-kerja macam ini akan menjadi semakin rancak jika tiadanya gangguan orang yang tak dikenali dan yang lebih utama, nyamuk.
2. wujudnya trend-trend baru yang bermusim
korang sendiri pun tahu yang laman sosial ada kuiz dan permainan yang pelik-pelik. aku sendiri pernah jadi petani secara maya melalui farmville. pada masa yang sama aku juga pernah menjadi mafia secara maya melalui mafia wars.
kemudian bermula trend kuiz dan muncullah kuiz seperti adakah kau orang kelantan sejati?, adakah kamu kawan sebenar saya?, dan yang lebih kronik, berapa banyak peratuskah anda mahukan seks pada hari ini? kau pun tahu kuiz seperti ini tidak membangunkan bangsa tapi kau ambil juga, mengapa?
dan trend terkini tidak lain tidak bukan ialah dengan memberi nombor kepada seseorang melalui inbox dan orang itu akan menulis mengenai kau dengan sejujurnya pada dinding profil nya (wall). cool.
3. "gambar profil tak menunjukkan diri saya sebenar"
ini selalunya kenyataan orang perempuan yang berlagak alim tetapi tidak sedar yang gambar penanggalan tudung yang diletakkan di profilnya seolah-olah sudah cukup untuk menunjukkan diri dia yang sebenar. yelah, nama pun nak pertahankan diri (defend) jadi keluarlah ayat-ayat seperti 'don't judge a book by its cover' dan 'iman saya Allah saja yang tahu'.
sebenarnya aku tak kisah sangat pasal hal-hal begini karena adik-beradik aku pun semua lelaki. tapi sekurang-kurangnya aku tahu lah bahawa kau nak expose diri kau yang cantik dan seksi tapi sedarlah yang kau exposekan tu sebenarnya jerawat yang berada di dada dan pipi kau.
4. wujudnya kelompok-kelompok yang sebenarnya belum matang tetapi berlagak matang
golongan ini aku rasa mereka terlebih upaya. kau bayangkan penat tak penat untuk tulis ayat macam ini :
sAyerzz sAYunk aWAk
aku tahu ini trend dulu-dulu. tapi aku sendiri pun penat nak taip tiga perkataan macam contoh kat atas ni. bagi aku golongan ini memang pelik. silakan matang ya. kau buat maksiat rajin pun tak matang-matang kah?
sudah-sudah lah tu, aku yang menaip ini pun sama je sebenarnya. pergi tutup suis komputer kemudian cabutkannya dengan kasar, dan pergi baca buku. jangan senyum lebih dihadapan komputer, tetapi sila senyum lebih dalam kehidupan sebenar.
Thursday, December 30, 2010
Zuckerberg si biliona muda bakal ramaikah antara kita?

(tajuk dipetik dari a samad said, pantun pilihan raya, 7 disember 2010)
ini sebuah tribut untuk anda semua, penghuni kelompok 3. aku tak tahu apa akan jd pada sem depan. aku target aku memang kekal dalam kelompok ini. aku buat sinopsis untuk korang. aku tau next year aku mmg dah jarang nak update dah.
- Khairun amir - suara kau menjerit kadang-kadang memang menyakitkan telinga. tapi, bila suruh baca text deutsch, suara kau paling ayu.
- Po - rakan sebilik dan sekelas yang paling ideal. lawak kau kadang-kadang buat aku gelak tak henti-henti.
- Yesh - dalam kelas kau memang kaki gelak, tapi kau pandai, dan bagi aku itu cool.
- Nobita - ketua kelas. kemahiran kau dalam membuat situasi saspens sewaktu ingin mengumumkan sesuatu amat mengharukan.
- GB pronounced as gay-bey - kalau kau seorang objek, aku akan panggil kau mesin. kerajinan kau yang mendahului orang lain membuatkan aku jeles dengan pencapaian kau.
- Shidi - kalau main futsal, aku rasa kaulah lelaki perlawanan, man of the match. begitu juga dengan mechanics. terima kasih banyak ajar aku.
- Din cute/dupont - kalau aku perempuan memang aku dah couple dengan kau dah. haha, aku memang perlukan pemahaman fizik kau. aku semakin rapat dengan kau berbanding sewaktu di sekolah dulu.
- Adi - lawak kau memang macam biskut. kekadang masuk kekadang tak masuk.
- Luncaiok - kau sama seperti zaman sekolah dulu. tak stadi pun kau boleh excel. semoga berbahagia dengan si dia.
- Loko - kecil-kecil cili padi. haha, sering digelakkan Po akibat lawaknya yang kurang masuk.
- Brot - kepantasan kau bila bermain futsal menyebabkan aku terfikir yang kau akan mewakili bayern munchen semasa belajar di jerman nanti.
- Payit - dalam kelas kau memang selalu act cool.
- Laiciok - sering digossip bersama sakinah tetapi kau tetap act cool. aku rasa kau defender terbaik dalam futsal.
- Hanis - sifat kau yang semakin banyak bercakap sejak kebelakangan ini membuatkan orang lain semakin senang dengan kau. jangan risau, satu program jejak kasih edisi khas akan diadakan untuk kau dan shidi.
- Acap - tanpa kau, hidup aku akan menjadi lebih bosan pada hujung minggu. terima kasih sebab kasi pinjam psp dan lebih utama tayangan filem hujung minggu di bilik aku.
- Ipe - haha kau ipe, orang yang paling semangat bila main futsal. sedikit gelojoh semasa di kelas tapi aku rasa itu kelakar.
- Syahir - aku berterima kasih kat kau. kerana dorongan kau, dapat gak aku menimba ilmu agama. mashaAllah.
- Izraf - sering dituduh merokok. sikap kau seakan-akan GB. kau memang rajin tahap dewa. dalam rajin kau juga jiwang ya.
- Sakinah - kau juga, kecil-kecil cili padi. lain kali kalau buat open house jemput-jemput la kiteorg ya.
- Syahira - serba salah aku dibuatnya. bila bercakap, aku nak salahkan telinga aku ke atau nak salahkan suara kau. haha.
- Diyana - dialek kau memang cool. seolah-olah perempuan melayu terakhir dari belah utara.
Tuesday, December 28, 2010
ulangtayang tahunan kembali

JANUARI
- tiada apa yang menarik. banduan berilmu baru sahaja dilepaskan. cukup gembira selepas spm.
- kembali aktif dengan skateboarding selepas 2 tahun menyepi. sememangnya suatu anjakan paradigma sebagai insan yang aktif, haha padahal memang tiada kerja yang nak di buat masa ni.
- sombong. dengan selambanya aku menolak pelawaan ayah aku yang bermurah hati untuk membiayai kos lesen kereta pertama aku.
- sindrom bangun lewat masih berleluasa.
FEBRUARI
- akhirnya menukar fikiran untuk mengambil lesen kereta dengan rela hati.
- sindrom bangun lewat masih berleluasa.
- masih tiada nafsu untuk bekerja seperti lepasan spm yang lain. sebagai pembazir masa sepenuh masa, aku memang tiada masa untuk hal-hal mencari duit seperti ini.
MAC
- keputusan spm. perasaan HIDUP MATI GEMBIRA SEDIH dan segalanya timbul pada masa ni. alhamdulillah, hasil penghafalan jawapan spm, aku berjaya lepasinya dengan baik.
- dengan lagak berhemah di jalan raya, lihat, aku berjaya mendapatkan lesen kereta pertama aku.
- mula sibuk dengan permohonan sana sini.
- aku berjaya dalam perebutan tempat untuk temuduga biasiswa di johor bahru.
- cuba mengubah imej diri dengan meluruskan rambut (rebonding).
APRIL
- sayang sekali, sesi potong rambut telah dijalankan. tiada lagi iklan rambut lurus ala-ala iklan sunsilk 'guna jari pun boleh' di hadapan adik aku.
- menghadiri temuduga dengan perwatakan sederhana. aku suka buat muka kesian dan tidak bersalah aku, dengan harapan aku dapat memikat hati interviewer.
- ingatan aku agak kabur. susah nak ingat apa yang berlaku pada bulan ni.
- oh juga tidak lupa, pengalaman bermalam di utp sangat sederhana. aku bersyukur kerana masih terpilih.
MEI
- aku memilih untuk menerima tawaran mara.
- secara drastik dan spastik nya, membuka saluran sukan setiap kali menonton televisyen. inilah namanya demam world cup.
- kerap menghabiskan masa bersama rakan-rakan semasa di sekolah tinggi muar.
JUN
- masih dengan piala dunia. dan aku masih leka dengan nikmat cuti yang tidak berpanjangan.
- pada bulan ini, aku berumur 18 tahun. masih tiada azam yang nyata tetapi yang ada hanya nafsu yang kabur.
- mencuba pelbagai cara mencari rentak untuk belajar semula dan kesemuanya gagal.
- cuti hampir tamat. apa yang telah aku lakukan?
JULAI
- pendaftaran gmi. PENDIAM PEMALU GEMBIRA TAKUT bercampur baur.
- menjalani minggu orientasi dan out campus camp dengan penuh sabar bersama 6 rakan saser dan rakan-rakan baru yang lain.
- pembentukan dan penyesuaian diri di kelompok 3 dan di A3-6-10. kami berazam untuk melepasi a-level dengan penuh yakin.
OGOS
- bulan puasa bulan mulia.
- kembali ke sekolah untuk kali pertama setelah bergelar bekas pelajar.
- rambut kerinting semakin panjang dan meliar.
- kelas a-level berjalan seperti biasa.
- wan ismail mula menghilangkan diri dari hostel.
SEPTEMBER
- kemerosotan Liverpool dalam liga perdana inggeris berterusan. aku tahu, korang main memang dah ok, cuma belum cukup bagus.
- mula menjadikan alasan 'aku bz' sebagai alasan favourite setiap kali syahira ajak keluar.
- raya berjalan seperti biasa. sembahyang kemudian makan seterusnya melawat sanak saudara, tak sampai half way aku dah tertidur.
OKTOBER
- aku semakin gian dengan skateboarding. sudah mula berani untuk pulang ke rumah sebulan sekali untuk tujuan ini.
- fokus belajar semakin hilang. apa yang harus aku lakukan?
- masih berlagak dengan status single yang sedia ada dari dulu (haha menggelabah).
NOVEMBER
- mengalami rasa tidak selesa setelah mendapat markah teruk setiap kali exam math. berazam untuk belajar kembali, lagi dan lagi.
- sabun baju aku hilang di hostel. perkara yang sama berulang semasa zaman hingusan sebagai budak sekolah suatu ketika dulu.
DISEMBER
- summative exam!! aku masih memikirkan alasan terbaik untuk mak aku berikutan keputusan yang diramal tidak memberangsangkan. apa alasan anda?
- berita gembira. pelajar gapp diberi cuti selama 2 minggu.
- dengan semangat jitu, aku, din cute, laici, razi, brot, mon dan serk menyaksikan kemenangan malaysia di bukit jalil.
- akan menyambut tahun baru di bilik, sepertimana yang biasa aku lakukan sepanjang 18 tahun.
tahun genting dan akan digunakan sebaiknya. selamat datang 2011.
Sunday, December 26, 2010
sepagi,sepetang di jalan Allah vol dua.
alhamdulillah, aku sudah pulang rumah untuk bercuti. 3 hari memang tak cukup untuk membaiki
iman yakin aku.
oh ya, tahniah kepada skuad harimau malaya.
duduk kat tempat media memang selesa. tapi, tak boleh menjerit selalu.
Thursday, November 18, 2010
hai syahira!
terima kasih, dengan adanya laman sosial alam maya, buat kali ini dan seterusnya, jangan harap aku akan lupa birthday orang lagi.
HERZLICHEN GLUEKWUNSCH ZUM GEBURTSTAG. HOFFENTLICH EIN LANGES LEBEN.
juga, terima kasih kepada google translator :D.
see you guys with more rampaging posts in december. danke.
Tuesday, November 16, 2010
combie
Subscribe to:
Posts (Atom)

